Tuesday, August 7, 2012

Count down exam


Assalammualaikum sahabat2 yang jauh di mata, dekat di hati. Kadang-kadang rindu sgt ngn korang esp geng2 fist. Rindu nk keje pun ada gak. Hari ni nak post dalam bahasa malaenglish broken, my mothertongue. Nak tulis in english lambat plak nk menaipnya dan lepas tu kena check grammar plak, masa lapang dahla x banyak mana. Ni pun nk cpt. But indeed, write in english is good exercise for you to write your thesis. Next time la.. kalau banyak masa. hehehe..  

Fuh.. fuh.. fuh.. pejam celik, pejam celik tinggal seminggu lagi nak exam. Rasa macam tak percaya, sejak bulan Mei aku start study secara berjadual, (berjadual la sgt, tp kadang2 x ikut gak sbb otak dah tepu n bosan sampai nk muntah..) Akhirnya kini tibalah hari-hari terakhir menghadapi exam yang telah mengorbankan jiwa raga dan keseronokan. hehe..  dan yang pastinya banyak giler bende kena ingat.  Preparation setakat ni okla kot, dah last2 minute ni aku study je apa yang mampu. Ada gak part yang susah giler nak faham yg aku reservekan untuk minggu terakhir ni. Tapi tak taulah sempat ke tak nak habiskan. Usaha dan tawakal je.

Ni nak cerita sikit content exam tu. Proving tu biasalah memang wajib. Kalau nak prove setakat 1 page tu ok lagi, ni 3 pages. ammak!! Apa taknya, bila prove 1 theorem tu perlu result dari theorem lain, pastu bukan boleh pakai amik je result tu, kena prove dulu. So memang macam pembuktian dalam pembuktian. Kadang-kadang kompius gak nak guna theorem mana.Memang banyak giler step die and sooo.. complicated. Tahap pecah kepala punye. Ambik kau.. haha..

Tu part proving, subjek lain plak Perturbation Methods, ni aku suka sebab byk kira-kira. Mostly in PDE and ODE. Tapi methods nya plak banyak dowh. Nak kena fikir guna method apa yang sesuai, dan stepnya juga banyak. Ishk.. kenapala kat US ni ada exam cenggini. Buat aku tensi saja!

Ada lagi satu subjek iaitu combination antara proving n applied. Aku tak berapa suka prof yang mengajar subjek ni sebab die tak sistematik. pening ngk die mengajar dalam kelas. at last, aku salin je la ape yg ditulis kat blackboard. Bila baca balik nota die, aku still tak faham gak. Cane wehh??

Aku ada gak bincang2 ngan kawan2. Tapi yelah, budak chinese n american dalam kelas tu genius. Ilmu dari mana ntah diorang belajar, tak alih2 tunjuk formula/theorem yang tak pernah aku tau. ala-ala macam cerita alien yang turun ke bumi pastu ajar orang kat bumi. bayangkan je lah beza tahap pengetahuan aku ngn diorang. Tapi takpe, aku belajar sikit2, tak dapat banyak, just ikut kemampuan aku sendiri je.

Tanda-tanda stress sudah dikesan sejak minggu lepas. Sampai demam-demam, sakit kepala, selsema dan seram sejuk. Alya n husband pun kena jangkit. Tapi alhamdulillah sekarang dah sihat walafiat. Emosi je yang tak berapa nak sihat. dup dap dup dap..  kecut perut. Sekarang ni husband yang  hantar n amik aku dari library. Walaupun biasenya aku jalan kaki, tp memandangkan bulan pose kat cni cuaca panas terik, sampai badan aku terhidrat. Lagipun untuk elak aku demam lagi. Mungkin aku tak berapa nak menikmati raya tahun ni sebab sehari lepas raya ada paper terakhir. "Last paper.. last paper" (ikut gaya Johan dalam Lawak ke der.. kalau korang tengoklah cite tu..) hihi..

Ok, kat bawah ni gambar fountain depan library. Kebetulan ada rainbow masa aku tgh tunggu papa n alya datang amik.:)



amik mama


oklah.. cau cincau my friends.. selamat mengejar score Ramadhan. Jom khatam quran, korang dah juzuk berapa?

Antara juadah iftar, syukur..