Timah dan Leman suami isteri. Sudah banyak tahun mereka bersama-sama melayari alam rumahtangga. Suka duka, pahit manis, masin tawar, semua dilalui bersama. Perkahwinan mereka amat bahagia dan tenang. Suatu hari, Timah berkata kepada Leman dengan penuh manja,
"Abang.. You are mine".
Leman menjawab,
"No, you have to share".
Timah diam. Lama. Ditunggunya Leman untuk meneruskan bicara atau pujukan mengatakan apa yang didengar tadi hanya gurauan, tetapi hampa. Leman juga diam. Timah hairan dan mengesyaki seseuatu. Lalu, Timah mendapatkan telefon bimbit Leman dan dibukanya.
Ya Allah..
Allahu Akbar..
Timah baca perbualan message antara Leman dan rakan baiknya di telefon. Leman ada perempuan lain dan merancang untuk menikahinya. Gambar perempuan itu juga ada, sangat cantik orangnya, macam artis. Namanya Peah.
Pang!!!!
Berderai telefon bimbit dihempas oleh Timah. Begitu juga perasaan Timah.. hancur berkeping-keping. Bagai ditikam-tikam, ditusuk-tusuk dengan pedang.Tidak mungkin... tidak mungkin.. bisik hati Timah. Leman terkejut mendengar bunyi terhempas dan barulah dia menyedari isterinya sudah tau perkara itu.
Timah tidak boleh terima. Timah hilang kawalan. Timah terpuruk, tersengguk-sengguk menangis. Timah mengamuk. Leman hanya diam. Tunduk membisu merasa bersalah. Kemudian, Leman mengaku. Leman memang berniat untuk memberitahu Timah dan tidak mahu menipu lagi.. tetapi.. ianya sukar. Leman tidak menafikan perkara itu. Malah, Leman juga sudah merancang untuk bertemu dengan keluarga perempuan tersebut.
Timah tidak percaya apa yang dikatakan oleh suaminya. Adakah perkahwinan kita selama ini tidak bahagia?
"Bahagia sangat yang.."
Jawab Leman.
"Habis tu, kenapa jadi macam ni?"
"Abang pun tak tau, I have no idea.."
Ya Allah.. Leman lupa janji-janji manis dulu. Leman lupa.. Leman lupa.. Leman mungkir janji setia yang pernah termetri. Timah berasa dikhianati. Timah ingin berpisah, tidak sanggup rasanya berdepan dengan semua ini. Timah beri kata dua. Kalau Leman masih teruskan niat dia bernikah lagi satu, Timah minta diceraikan.
Leman diam. Leman tidak mahu menceraikan Timah. Leman sayang Timah. Leman tidak pernah membenci Timah. Leman tidak mahu kehilangan Timah. Leman tamak, Leman nak dua-dua. Tapi Leman lupa, hati Timah hancur, bagaimana mungkin boleh bahagia macam dulu.
Setelah seharian berperang dengan perasaan dan mainan emosi, akhirnya Leman memilih Timah. Leman memilih untuk tidak melepaskan Timah, tetapi rasa kecewa kerana terpaksa melupakan Peah. Peah yang cantik, Peah yang petah berkata-kata. Leman sudah tertarik dengan Peah, cuma satu hal yang kurang iaitu Leman dan Peah tidak pernah bersua muka. Percintaan mereka hanya di media sosial dan telefon. Peah juga tahu Leman sudah beristeri dan sudah ada anak. Tetapi Peah tetap mahu menggoda Leman.
Timah lega dengan keputusan Leman. Tetapi Timah masih berasa curiga. Timah menyuruh Leman menelefon Peah pada waktu itu juga untuk menjelaskan keputusan Leman. Leman tidak mahu. Timah berkeras dan akhirnya Leman menurut. Timah juga mendengar perbualan mereka. Setelah Leman menjelaskan keputusan yang dibuat kepada Peah, Peah terkejut dan menangis. Peah juga ingin bercakap dengan Timah. Berani sunggguh. Peah menyatakan dia ingin bermadu dan hanya minta 10% kebagiaan Timah. Peah hanya minta sedikit, keutamaan akan diberi kepada Timah. Timah tidak percaya apa yang didengar. Berani-beraninya dia meminta begitu. Tidakkah dia juga perempuan? Tidakkah dia mengerti hati dan perasaan perempuan? Timah menjawab, kalau Peah mahu, Peah ambil semua. Timah tidak mahu berkongsi. Peah masih berani lagi berkata.
"Mengapa anda tidak membenarkan poligami sedangkan ia dibenarkan dalam Islam?"
Pedih hati Timah.Timah bukan menafikan aturan hukum Allah, tetapi Timah hanya ingin hidup bahagia dan tenang. Timah sedar dia bukan orang baik, kuat cemburu dan bermulut jahat. Timah bimbang sekiranya bermadu, Timah akan menjadi orang yang busuk hati dan selalu menyakiti hati Leman. Timah akan tempah tiket ke neraka.
"Jika awak mahu, awak ambillah semua 100%". Balas Timah.
"Kenapa awak mudah meninggalkan orang yang awak sayang?", tanya Peah.
Ya Allah.. siapalah perempuan ini untuk mempersoalkan hati dan perasaan Timah. Layak sangatkah untuk dia berkata demikian? Apa hak dia?
Kemudian, Peah berkata.
"Baiklah, I surrender.."
Perbualan terhenti. Leman menangis. Timah menyaksikan sendiri di hadapan matanya, melihat suaminya frust dengan perempuan lain. Leman memadam nombor telefon dan semua gambar-gambar cantik Peah dari telefonnya. Apa yang perlu Timah rasa? Rasa menang? tidak sama sekali! Timah jadi tidak tentu hala. Malapetaka apakah ini?
Timah mengadu hal ini kepada Kak Esah, teman rapatnya. Kak Esahla tempat Timah mengadu nasib, mencurahkan perasaan yang berbuku.
Akhirnya, setelah keadaan sedikit tenang, Timah memeluk dan memujuk Leman. Timah memujuk suaminya yang frust dengan perempuan lain. Timah tahan perasaan demi suami tercinta. Leman menangis, Timah menangis. Leman meminta maaf dan berjanji tidak akan menghubungi Peah lagi.
Keesokan harinya, Timah mendapat tahu Leman menelefon Peah. Ya Allah.. Timah tidak tahu apa yang perlu dibuat. Timah sedih, pedih dan kecewa. Semalam berjanji, hari ini mungkiri. Timah nekad mahu cerai. Timah rasa Timah boleh hidup sendiri daripada makan hati. Timah tidak balik ke rumah malam itu kerana untuk mencari ketenangan.
Leman tahu plan Timah untuk meminta cerai. Leman sedih kerana bakal kehilangan Timah. Leman buntu. Tetapi, Leman tidak menunjukkan kesungguhan mencari Timah yang tidak pulang ke rumah. Mungkin kerana Leman masak benar perangai Timah yang keras hati dan tidak mahu diganggu. Malah, ketika inilah Peah mengambil kesempatan memujuk hati Leman untuk menikahinya dan Leman telah pun bersetuju dan berjanji mengambil Peah sebagai isteri.
Di sudut lain, Timah bermunajat kepada Allah. Timah mohon diberi petunjuk. Timah membuka helaian al-Quran satu persatu dan membacanya. Hanya air mata yang tumpah. Bacaan Quran yang diselang seli dengan tangisan. Inikah pengakhirannya? Timah juga merancang, yang esok dia akan fotostat surat nikah, ic dan sebagainya untuk di bawa ke pejabat agama untuk proses permohonan cerai. Timah sedih Leman tidak mencarinya, hanya satu panggilan telefon yang sengaja tidak diangkat dan satu pesanan mesej, "Kat mana?". Timah bawa hati yang lara. Timah tidak lalu makan dan tidak boleh tidur.
Setelah hampir subuh, barulah Timah boleh melelapkan mata sekejap. Setelah bangun tidur, Timah mandi dan solat subuh. Tiba-tiba datang semacam suara,
"Kau kena selamatkan rumah tangga kau. Siapa dia yang datang tiba-tiba nak meruntuhkan segalanya. Kau kena kuat, kau kena tahan.."
Timah tersentak mendengar bisikan itu. Ini mungkin petunjuk Allah. Cepat-cepat Timah bersiap dan pulang ke rumah. Di rumah, Leman hanya membisu. Leman tidak tahu ingin berkata apa. Timah tunggu kata maaf dari Leman tetapi hampa. Timah buat macam biasa, mengemas kain baju dan sebagainya. Leman beberapa kali ingin mengatakan sesuatu, tetapi macam ada benda tersekat di kerongkongnya.
Akhirnya, Leman berkata, dia tidak boleh melupakan Peah. Timah cakap, tidak mengapa, Timah akan cuba tawan hati abang semula. Kita cuba ya? Leman hanya diam. Leman cakap, abang tak berani berjanji sebab abang sudah memberi harapan pada Peah. Ya Allah.. Timah bertahan. Tak apalah bang.. beri saya peluang. Beri saya peluang menangi hati abang semula. Leman diam. Ya, kita cuba.
Kemudian, Leman beritahu esok dia ingin ke Kuala Lumpur, Timah nak ikut tetapi Leman tidak bagi. Tahulah Timah yang Leman ingin berjumpa Peah di Kuala Lumpur. Hancur lagi hatinya. Bukankah Leman cakap, dia berusaha melupakan Peah?
Timah tidak izinkan perkara ini terjadi. Timah menyembunyikan telefon Leman. Timah buat begitu sebab ingin menghalang pertemuan mereka. Leman marah. Leman minta telefonnya. Keadaan sangat tegang. Timah memujuk Leman supaya bersabar. Timah ajak Leman tunaikan umrah. Timah mahu Leman kembali kepada dirinya sebelum ini. Leman berjual beli dengan Timah. Leman bersetuju untuk menunaikan umrah dengan Timah kalau Timah izinkan dia menikah lagi. Ya Rabbi..
Timah tahan perasaan dan bersetuju. Dari situ, termetrailah perjanjian antara dua hati Timah dan Leman dan diabadikan dalam sebuah buku nota kecil. Pelbagai syarat yang perlu dipatuhi termasuklan Leman dan Peah tidak boleh berhubung walau apa cara sekalipun sehingga mereka kembali dari umrah. Leman perlu menyantuni Timah sebagai satu-satunya orang yang dicintainya. Leman setuju dan mereka menandatangani perjanjian itu. Leman juga memberitahu Peah tentang perjanjian yang termetrai. Peah semacam tidak puas hati kerana baginya dia faham Leman akan semakin jauh darinya. Tetapi, akhirnya Peah setuju. Timah lega.
Keesokan harinya, Leman buat hal lagi. Dia masih menghubungi Peah. Leman memang tidak pandai menipu. Dia tidak pandai memadam jejak perbuatannya. Timah marah kerana Leman melanggar janji. Nabi juga pernah buat perjanjian Hudaibiyah. Sesiapa yang engkar akan terima balasan Allah. Timah marah Leman engkar perjanjian bertulis itu. Timah beritahu Leman, Leman ialah orang munafik. Muka Leman merah padam. Perkataan munafik sangat berat padanya. Leman tahu hukum hakam. Leman tau dia bersalah.
Sewaktu Timah di tikar sejadah berzikir memohon keampunan Allah, saat itulah Leman buat keputusan. Leman tidak dapat melupakan Peah dan Leman tidak mahu lagi menyeksa perasaan Timah, oleh itu Leman ingin memulangkan Timah ke pangkuan keluarga dengan cara baik. Mendengar keputusan Leman, hati Timah tenang dan redha. Mungkin inilah ketentuan takdir untuknya. Lagipun keputusan ini didengar olehnya ketika dia sedang di tikar sejadah. Timah percaya itu kehendak Allah.
Malam itu, mereka semua pulang ke kampuang halaman Timah. Pelbagai perasaan bercampur baur. Timah nampak tenang, tidak menunjukkan kesedihan. Dalam kereta, Timah buat macam biasa, berborak-borak dengan Leman, serta menyanyi-menyanyi mengikut lagu yang dipasang. Leman pula yang sedih. Baginya malam itu malam terahir untuk mereka setelah sekian lama bersama. Leman banyak bersedih tetapi Timah tetap tenang.
Dalam perjalanan, mereka singgah sebentar untuk ngeteh. Tanpa dirancang, Timah order milo panas kerana sedar dirinya kurang zat makanan sejak kebelangan ini kerana serabut dengan masalah yang dihadapi. Leman pula teringat itulah yang dipesan oleh Timah sewaktu mula-mula Leman ingin mengurat Timah. Leman sedih dan terharu. Leman tidak mahu saat di kedai makan itu terhenti. Ikutkan hati Leman, Leman tidak mahu kemana-mana, hanya ingin duduk berdua-duaan dengan Timah di kedai makan tanpa memikirkan semua masalah.
Timah juga ikut terharu. Dia sedar dia tidak boleh hidup tanpa Leman. Leman satu-satunya lelaki yang bertakhta di hatinya, tiada sesiapa boleh menggantikan tempat Leman. Leman juga memujuk Timah, terimalah suratan takdir, terimalah madu. Janganlah sampai bercerai-berai.
Timah termakan pujuk rayu Leman. Dengan syarat, Timah tidak mahu tahu apa-apa tentang Peah. Dan Peah tidak dibenarkan menghubungi Timah langsung kecuali hal yang benar-benar mustahak. Leman tidak boleh bercerita tentang Peah kepada Timah. Anggaplah Timah tak tau apa-apa. Walaupun keluarga Timah tahu hari perkahwinan Leman dengan Peah, janganlah diberitahu kepada Timah. Leman faham dan menurut kata Timah. Timah berbuat demikian kerana sebenarnya dia memang tidak boleh terima kehadiran orang ke tiga, tidak boleh. Timah mahu delete semua memori tentang Peah. Timah mahu cipta dunia Timah sendiri di mana jika Leman tiada di sisi, Timah akan menganggap Leman pergi bekerja mencari rezeki. Bukan ke rumah bini nombor dua.
Timah dan Leman menjalani kehidupan seperti biasa. Timah melayan Leman dengan penuh kasih sayang dan penuh hormat. Malah, kata Leman hatinya semakin berbunga-bunga bila berada di rumah. Hubungan Timah dan Leman sangat baik dan akrab. Terkadang jika perasaan pedih datang kepada Timah dan membuatnya murung dan tertekan, cepat-cepat Leman datang memeluk dan memujuk. Kerana terpaksa, Timah relakan.
Di sisi lain, rupanya Peah cemburu dengan keakraban Timah dan Leman. Peah tidak lagi mahu 10% kebahagiaan Timah, tetapi 100%. Peah mahu merampas Leman sepenuhnya daripada Timah. Peah menghantar email kepada Timah, kononnya dia mengalah dan menyerahkan Leman 100% kepada Timah. Timah marah, kerana Peah langgar janji. Jika dia ikhlas ingin mengundur diri, silakan pergi saja. Untuk apa dia hantar email sebegitu? Benar seperti sangkaan Timah, Peah main tarik tali dengan Leman. Peah talam dua muka. Dengan Timah, Peah cakap dia mengundur diri, dengan Leman dia cakap dia masih cintakan Leman, tetapi biarlah dia berkorban demi kebahagiaan Timah. Mahu apa perempuan ini? Buat kucar kacir di sini.
Dalam suasana yang tegang di situ, Kak Esah membongkar siapa Peah. Rupanya, Peah menggunakan wajah orang lain iaitu Joyah yang sangat cantik rupa parasnya untuk menggoda Leman. Gambar Joyah itulah yang sering dihantar kepada Leman hingga Leman terbuai-buai perasaan. Peah menipu identitinya.
Setelah Leman dapat tahu perkara ini dan bertanyakan penjelasan kepada Peah, Peah menghilangkan diri. Sangka Timah, permainan ini sudah tamat, rupanya tidak. Leman masih tidak puas hati kerana tidak tahu siapa yang mempermainkan dia. Leman masih memujuk Peah dan bersedia memaafkan jika Peah menunjukkan dirinya sebenar. Kemudian, Peah mengaku dirinya bernama dotdot. Rupanya Peah tipu lagi, dotdot yang diberitahunya adalah perempuan yang sudah berumur. Mana mungkin. Penipuan demi penipuan dilakukan oleh Peah. Leman terus mendesak Peah.
Peah tidak mahu diganggu. Satu email daripada kakak Peah dihantar kepada Leman. Kakak Peah menyuruh Leman jangan mengganggu adiknya lagi. Peah dikatakan lumpuh separuh badan, pakai seluar sendiri pun tak mampu. Leman jatuh kasihan kepada Peah dan masih mengharap jodoh dengan Peah. Kakak Peah pula pandai bermain kata-kata dengan memuji-muji adiknya hingga perasaan Leman terbuai-buai lagi.
Timah dapat tahu perkara ini. Timah rasa ini tidak adil untuknya. Timah mahu tau siapa Peah sebenarnya. Timah bimbang jika Peah berada dekat dengannya dan tentunya ia akan membahayakan keselamatan mereka sekeluarga. Timah menyuruh Joyah cantik melaporkan pada polis tentang perlakuan Peah menggunakan gambarnya untuk tujuan tidak baik. Joyah cantik setuju kerana dia pun sangat marah pada Peah.
Tamat.
Cerita ni memang tergantung begitu saja kerana Peah masih tidak dapat dikesan di mana keberadaannya.
Friday, October 16, 2015
Monday, September 28, 2015
Perempuan
Duhai perempuan siapakah kau?
Bila jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bonda,
permata yang siang malam dijaga keduanya.
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah,
syurga untuk pasangannya di dunia.
Jika jadi orang tua, waahh..
syurga itu telah berpindah di telapak kakinya,
ia bawa kemana-mana.
Nabi pun membilangnya sebagai tiang.
Tatkala kehidupan adalah bangunan,
engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu.
Engkau sandaran bagi dinding, pintu, atap, dan jendela.
Nabi selalu benar memilih istilah kata.
Kerana di rumahmu semua urusan kepadamu bertumpu.
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan.
Sebagai sandaran kukuhmu adalah karang di lautan.
Tidak rentan diterjang angin dan badai.

“Tapi aku tak sekuat itu..” katamu
“Aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini, zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh, aku begitu lemah, aku tertindas, aku teraniaya” katamu lagi
Tunggu wahai perempuan..
Kau lupa.. ada Allah dalam hidupmu
Yang siap menanggung segala keluh
Ada Allah dalam harimu, sumber kekuatan yang penuh
Ada Allah dalam hatimu, jika kau serahkan padaNya segala sesuatu
Allah akan menjaganya hingga utuh.
Maka, dalam setiap gerimis kesedihan,
hanyutkan dirimu dalam zikir panjang malammu
Dalam tiap kerikil tajam di jalanan,
benamkan wajahmu dalam sujud kepasrahan.
Dalam tiap duka yang menyapa,
hanyutkan air matamu dalam sungai kasihNya.
Dalam tiap nestapa, larutkan pahit air matamu dalam manis cinta-Nya
Dan dalam tiap kelabu langitmu, panggillah namaNya
Allah.. Allah.. Allah..
Dan tunggulah..
Hingga Allah merubah mendungmu menjadi pelangi warna warni.
Sumber: Sajak Radio IKIM

Thursday, March 26, 2015
The battle
Mungkin ramai dah tau, mungkin juga ada yang tak tau. Semalam baru saja berlangsung satu pertarungan yang sangat menekan jiwa. Stress gila tahu. Meh sini nak cerita sedikit sebanyak apa yang berlaku.
Saya dan husband tiba di US hari Sabtu, empat hari sebelum the event. Jetlagged giler weh.. ingatkan nak latih mata ni jangan tidur kul 2 pm ke atas sbb itu lah masa di mana saya akan defense my PhD. Kalau ikut waktu malaysia pukul 2 pagi, gelap gelita, mmg waktu tidur. Hari pertama cuba, fail!!! kul 2 pm tu ler kelopak mata ni berat semacam, otak pun macam dah pergi ke alam lain. heh.. Hari ke dua pun sama. Hari ke 3 ok sikit, tidur gak tapi kul 4pm. Hari ke 4 makin improve. Bukan setakat perubahan waktu yang perlu kami adapt, perubahan cuaca jugak main peranan. Tak sangka spring tahun ni sejuk giler, dah macam winter dah.. Kami x expect sejuk kemain mcm ni, sbb based on tahun sebelum2nya, xdela macam ni. Kulit muka pulak kering dan mengelupas, x cantik dah, kalau pakai bedak jadi bercapuk capuk... hehe..
Tapi ni bukan ceritanya..
Pagi Isnin, saya jumpa SV, amik semangat nak present la kononnya. Minta tips kat dia, tanya macam mana culture kat sini, what the expectations etc. Kami pun discuss slide presentation. Adela yang perlu diubah suai. Katanya slide saya banyak sangat, dia suh kurangkan dan jadikan lebih compact. Ada benda yang tak perlu saya cerita, ada benda yang perlu saya tekankan and put more slides on that matter. Eh, makan masa sehari gak nak perbetulkan + practise sorang2. Yang tak tahannya, SV suh tambah result on the last chapter. Ya Rabbi, simulation weh.. nak run berapa jam. Mana sempat lagi.
Kalau nak tahu, SV saya ni full of ideas. Sbb tu pangkat dia DISTINGUISH PROFESSOR, bukan professor biasa. Title Professor je pun kita dah rasa hebat giler, inikan pula ada perkataan DISTINGUISH depan tu. Pengalaman selama duk bawah pemerintahan beliau, saya dapat kesan rentak dia. Ok, at the first meeting, dia suh saya buat sekian sekian, and you'll be done. Then, saya siapkan apa yang dia nak dlm masa 2 tahun. Bajet boleh grad on time la ni. Bila die baca hasil kerja saya, die ckp "It's too easy (sambil sengih), you have to add more". La.. dulu kata lain. Maybe it's too easy for him, not for me yang bertungkus lumus siang malam, campur weekend. Mungkin sebelum ni die pun tak nampak jalannya, once saya day solve baru die terfikir benda lain. Then, bila saya dah siapkan keje yang baru, die suh tambah lagi. He keep adding works on me sampai saya betul2 tak larat. Lembik, mentally and physically down. Apa yang saya buat sentiasa tak cukup bagi dia. I can't take it anymore. I want my life back. I want to have more times for my family, especially my kid.
At last, saya bagitau die dgn penuh keseriusan tahap maxima, "I need to finish it within 4 years and half. I got the extension once, and there will be no more for me. I need to report duty in my home country on February 18th, 2015." Lepas diam sejenak dia cakap, "you can go back to your country and come back to US again for the defense on March 2015."
Let me tell you something, in US, standard orang buat PhD 5 tahun ke atas. Professors sini tak kisah pun ko buat PhD berapa tahun, 7, 8 tahun pun x jadi hal bagi diorang. Yang penting, results and what you accomplished. Saya ni nasib baik je jadi salah sorang dalam group yang awal in my batch boleh defense. Tu pun setelah banyak ranjau dan onak duri. So, sape yang nak further study kat US, bear this in your mind. Always remind your supervisor that you have a time limit.
So berbalik cerita pada slide presentation yg SV suh tambah result tu..
Memang tak sempat mak non.. Saya tambah kat slide tu apa yang dah sedia ada, yang saya pernah simulate sebelum ni. Nak tau apa dia reply?
"Saya rasa result inilah patutnya kamu study betul2 dan tekankan. Dalam tesis, result kamu ada yang surface je. Kamu perlu ada result yang boleh jadi milestione in your life."
Dapat email ni pagi sebelum presentation kul 2.30. Dia tulis dalam BI jadi ayatnya lagi kedengaran tegas and stern. Dapat tak bayangkan perasaanku di kala itu? I expect dia wish Good luck ke, you'll do good ke.. it's going to be ok ke..
Why don't he tell me earlier, when I submitted the full draft. Why now? why? aku ni nak present kot. Lagi berapa jam lagi. I just need to hear GOOD LUCK from him. Please.. At that moment, I feel my work is lousy and nothing. Ibarat saya ni macam tikus yg tak faham ape2 kalau dibandingkan dengan Stephen Hawking (Sebab baru nengok movie Stephen Hawking dalam flight ke US). Mentally down. Seriusly. Nangis.. tersengguk-sengguk.. tersedu-sedu. Nobody knows, memang taknak bagitau sape-sape, takut nanti perasaan jadi lebih sedih. Even my husband don't know about this until last night.
Ku kumpul kekuatan. Mencari saki baki harapan yang tinggal. Put a smile in my face. Baca Yassin sempat 2 kali sebelum present, dan akhirnya presentation berjalan. Datang pertolongan Allah, presentation lancar dan dapat jawap semua soalan. Cuma ada examiner komen kurang agresif, maybe aku kurang energy masa tu. But on the content, Alhamdulillah takde masalah.
Congratulation! You passed!!
Macam tak percaya dengar perkataan ini dari SV dan examiner. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Indeed, this is from Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan daripada-Nya.
One remarkable comment from my SV to the audience in the end of the session:
"I don't think anybody in this room is able to simulate that complex system in the mixer tank environment like Nora did, there's a lot of details to take care of."
Feedback from audience:
"Wow! You did a lot of work! Congratulations.."
"There's a lot of work, three stages of modeling huh?"
Terkejut dengar ulasan SV. Tak sangka rupanya dia hargai jugak apa yang saya buat. Die tak pernah mention pun pasal tu sebelum ni. Allahu Akbar!
Dan, semalam baru saya sedar rupa-rupanya kerja2 research yang saya buat selama ni banyak. All this while, rasa low esteem je setiap kali dapat feedback dari SV. Di matanya, apa yang saya buat sentiasa tak cukup, he wants MORE, MORE, MORE, the sky is the limit, push yourself. Tapi itulah yang mematangkan saya, In sha Allah.. Even for the final dissertation correction pada 17 april ni, SV suh letak juga pasal result tambahan in details. In sha Allah, I'll try my best.
Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Subhanallah.. Allahu Akbar..
p/s: Khas untuk sahabat yang sedang berjuang, I feel you... be strong and just don't give up. During hard times, redha and always remember that Allah has a better plan for you. Never underestimate the power of doa. Memorize Yassin and recite it as much as you can. Good luck and all the best!

Sunday, December 7, 2014
Semut hitam di atas batu hitam di malam gelap
Sekadar catatan pengalaman hidup..
Malam tadi kami sekeluarga dijemput dinner di rumah Nadia. Dia dan familinya berasal dari Iraq. Ingatkan dia jemput tetamu lain sekali, rupanya tidak. Hihi.. special untuk kami..
Masha Allah, Subhanallah, Allahu Akbar..
Dia baru saja menamatkan Master dalam bidang perubatan selama 2 tahun di sini. Walaupun banyak dugaan yang dia hadapi, dia berjaya akhirnya. Nadia ada anak kecil dan dalam menyiapkan tesisnya, dia sakit kerongkong, kadang2 sukar untuknya bernafas, sakit di bahagian dada. Dia terpaksa makan ubat, di mana ubat itu akan effect pada susu badannya. Maka, dia tidak boleh susukan anaknya sendiri kerana ubat itu akan effect pada brain development on the baby. Dia sedih sangat dengan ketidakupayaannya menyusukan. Katanya, seolah-olah ada orang ambil baby nya daripada dia.
Kesian sangat.. itu satu hal. Ada lagi..
Cuba bayangkan eh, bila kita sambung study di negara orang dan lulus dengan jayanya, tentu kita tak sabar nak balik kampung jumpa famili yang lama ditinggalkan. Nadia juga begitu. Keluarganya sangat-sangat menunggu saat ini, supaya diorang dapat berkumpul semula.
Tapi, Allah itu Maha Mengetahui.
Situasi di Iraq sekarang ini yang didominasi oleh ISIS tidak memunkinkan mereka pulang. Balik seperti membunuh dirinya sendiri dan keluarga. Apalagi dia ada 3 orang anak kecil. Di Iraq sekarang ini, orang awam ditembak dan dibunuh sesuka hati di sana. Jika bernasib baik, Nadia akan ditempatkan di tempat pelarian.
Katanya, cukuplah isu Sunni dan Syiah di Iraq, itu sudah sangat tak tertanggung. Ini ditambah pula dengan ISIS. Seolah-olah mereka berkomplot untuk menghapuskan semua sunni di Iraq. Nadia orang Sunni. Walaupun di sini, ramai orang yang sama-sama dari Iraq, tetapi dia tetap sangat berhati-hati dalam pergaulan, lagi2 dgn syiah.
Sponsornya suruh dia balik tanpa memikirkan keselamatan mereka sekeluarga. In Iraq, they do not consider this. Like, you have to face the same things with the people. Rumah mak bapak nya dimusnahkan oleh ISIS, tetapi Alhamdulillah semua keluarganya selamat. Some people say ISIS is good. Some people say ISIS is very bad. In Iraq, ISIS was good a for a couple of weeks, and then they damaged everthing, school, house, etc. You don't know. Zaman ini umpama semut hitam di atas batu hitam di malam gelap. Zaman fitnah. Sampai kita tak tau mana satu betul, mana satu salah.
Dia buntu. Bila setiap hari bangun tidur, Ya Allah, macam mana ni. Visa di US hampir tamat. Nak taknak kena keluar juga dari US. Tapi dia nak kemana?
Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga. Kami sayang famili dia, anak-anaknya sudah biasa sangat ngan Alya.
Kesimpulan pengajaran dari kisah hidup dia: supaya kita ingat dan kembali pada Al-Quran dan hadis. Semoga Allah selamatkan diri kita dan keluarga dari semua fitnah kehidupan, dan juga fitnah kematian.
Allahu A'lam.

Monday, December 1, 2014
Reward for kids
At some point, reward system untuk galakkan anak kecil membaca/menghafal al-Quran dah tak relevan sangat..
Mungkin faktor umur anak sudah menjangkau 5 tahun, dia sudah tau sedikit sebanyak siapa Allah, apa itu syaitan, dan sebagainya. Alhamdulillah.. Thanks to Columbia Islamic School kerana mengajar anak saya tentang agama dengan pendekatan yang sangat baik. Doa-doa yang dibaca setiap hari ketika perhimpunan pagi amat saya kagumi dan respect! Saya pun belajar amalkan sayyidul istigfar dan doa ini daripada mereka:
Berbalik tentang menggalakkan anak kecil membaca/menghafal al-Quran, saya cuma katakan pada Alya bila dia siap membaca Quran setiap malam.
"Wah, Alya.. you are a strong girl. Very strong! Even syaiton are scared of you. They ran away because you read Quran, and no syaiton in our house now.. Thank you Alya.. Alhamdulillah"
"Allah love you, and Allah protect you when you sleep. No syaiton come to you. Allah love you so much. You are not cranky anymore, you not sad, grumpy, and mad. Even when bad things happened to you, you'll still always feel calm because Allah is there... watching and protecting you.."
"Allah will grant you Jannah, in sha Allah.."
Alya akan tersengih-sengih dan menjawab:
"Yes, I am strong. See.. no more syaiton. See.. hiyah.. hiyah..."
(Buat gaya kick the syaiton away)
Alhamdulillah..
Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.

Wednesday, November 19, 2014
Perjuangan
Salam sahabat yang disayangi Allah..
Minggu lepas kami pergi New York untuk renew pasport Alya. Perjalanan paling jauh kami rasa, bayangkan 14 jam duk dalam kete. Husband drive sorang, mengantuk tu biasalah.. memang tak dapat dielakkan. Kite yang duk sebelah ni pun tahan-tahan mata tak mau bagi terlelap, tapi kadang2 tertidur jugak. So, untuk elakkan husband tersengguk-sengguk kite suruh husband nyanyi, biar segar sket. hehe.. die pun nyanyila.. tapi banyak lagu nasyidla. Sebab konon-konon dulu kat sekolah dia juara pertandingan nasyid. hihi.. Ada satu lagu tu tajuknya "Perjuangan".
Bila dengar lirik tu, kite ter reflek balik perjalanan PhD ni. Sebak sekejap. Fuh..
Penumpang menerima nasib berlainan.
Ya, ada orang diberi rezeki mudah dengan urusan PhD nya. Maksudnya takdelah mudah mana, what I mean is kalau orang tu berusaha, berdisiplin buat kerja hari-hari akan dapat hasilnya. Tapi ada juga orang berhempas pulas, ikut semua teknik baca paper, teknik buat research, buat kerja hari-hari tapi jalan keluar masih kabur. Malah semakin banyak pula cabaran baik dari segi SV, research group member, kesihatan, kewangan dan sebagainya.
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Perjalanan ni juga personally buat kite rasa kebergantungan yang sangat-sangat pada Allah yang Maha Mendengar. Itu sesuatu yang sangat berharga dan tak mungkin kite kecapi perasaan ini kalau Allah bagi senang. Mungkin kite akan jadi lupa dan kalau kita berjaya, kita rasa itu atas usaha kita sendiri, bukan atas belas ehsan daripada Allah.
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Menuntut ilmu itu jihad. Semakin payah kita rasa, semakin banyak yang kita pelajari dan semakin banyak pula ganjarannya In shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kepada kita kemanisan dalam perjuangan ini. Apa niat kita nak dapat PhD? Adakah kerana nak dapat gelaran Dr, dipandang tinggi oleh kawan2 dan masyarakat? Atau kita nak guna title Dr ni untuk masyarakat lebih mendengar kata kita bila kita mengajak mereka menjunjung tinggi kalam Allah? You know better.. High position makes your voice louder, no doubt!
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya boleh jatuh, dan yang gagal pun boleh jatuh tenggelam. Yang ada sandaran yang kukuh saja benar-benar berjaya. Kenapa pula yang berjaya boleh jatuh? Sebab bila berjaya mungkin kita makin jauh daripada Allah, merasa hebat, dan yang gagal pula buat kita rasa putus asa, putus harapan dengan pertolongan Allah. Tapi setakat ni, tengok ramai yang dah berjaya, dan menjadi hamba yang lebih baik. Allahu Akbar!
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
Kesimpulannya, berjaya atau gagal tetaplah ikhlaskan hati, berserah semuanya kepada Allah. Sebenarnya jika hadapi kesukaran, itu bukan kegagalan namanya, tapi itu adalah "kejayaan yang ditangguhkan."
Nah... untuk semua para pejuang, Selamat Berjuang. Jangan putus asa, kerana Allah dah janji, setiap kesukaran itu pasti disusuli dengan kesenangan. Seperti dalam ayat 1000 dinar, Allah telah menetapkan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu itu.
Ya Allah, berikanlah rasa puas padaku dengan ketetapan-Mu dan berkatilah aku dengan semua yang telah dipastikan bagiku sehingga aku tidak menyukai kesegeraan dari apa yang Engkau tangguhkan dan tidak pula menyukai penangguhan dari apa yang Engkau segerakan.
p/s: Ada sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia. Ya Allah, sayangi dia.

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
Bila dengar lirik tu, kite ter reflek balik perjalanan PhD ni. Sebak sekejap. Fuh..
Penumpang menerima nasib berlainan.
Ya, ada orang diberi rezeki mudah dengan urusan PhD nya. Maksudnya takdelah mudah mana, what I mean is kalau orang tu berusaha, berdisiplin buat kerja hari-hari akan dapat hasilnya. Tapi ada juga orang berhempas pulas, ikut semua teknik baca paper, teknik buat research, buat kerja hari-hari tapi jalan keluar masih kabur. Malah semakin banyak pula cabaran baik dari segi SV, research group member, kesihatan, kewangan dan sebagainya.
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Perjalanan ni juga personally buat kite rasa kebergantungan yang sangat-sangat pada Allah yang Maha Mendengar. Itu sesuatu yang sangat berharga dan tak mungkin kite kecapi perasaan ini kalau Allah bagi senang. Mungkin kite akan jadi lupa dan kalau kita berjaya, kita rasa itu atas usaha kita sendiri, bukan atas belas ehsan daripada Allah.
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Menuntut ilmu itu jihad. Semakin payah kita rasa, semakin banyak yang kita pelajari dan semakin banyak pula ganjarannya In shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kepada kita kemanisan dalam perjuangan ini. Apa niat kita nak dapat PhD? Adakah kerana nak dapat gelaran Dr, dipandang tinggi oleh kawan2 dan masyarakat? Atau kita nak guna title Dr ni untuk masyarakat lebih mendengar kata kita bila kita mengajak mereka menjunjung tinggi kalam Allah? You know better.. High position makes your voice louder, no doubt!
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya boleh jatuh, dan yang gagal pun boleh jatuh tenggelam. Yang ada sandaran yang kukuh saja benar-benar berjaya. Kenapa pula yang berjaya boleh jatuh? Sebab bila berjaya mungkin kita makin jauh daripada Allah, merasa hebat, dan yang gagal pula buat kita rasa putus asa, putus harapan dengan pertolongan Allah. Tapi setakat ni, tengok ramai yang dah berjaya, dan menjadi hamba yang lebih baik. Allahu Akbar!
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
Kesimpulannya, berjaya atau gagal tetaplah ikhlaskan hati, berserah semuanya kepada Allah. Sebenarnya jika hadapi kesukaran, itu bukan kegagalan namanya, tapi itu adalah "kejayaan yang ditangguhkan."
Nah... untuk semua para pejuang, Selamat Berjuang. Jangan putus asa, kerana Allah dah janji, setiap kesukaran itu pasti disusuli dengan kesenangan. Seperti dalam ayat 1000 dinar, Allah telah menetapkan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu itu.
Ya Allah, berikanlah rasa puas padaku dengan ketetapan-Mu dan berkatilah aku dengan semua yang telah dipastikan bagiku sehingga aku tidak menyukai kesegeraan dari apa yang Engkau tangguhkan dan tidak pula menyukai penangguhan dari apa yang Engkau segerakan.
p/s: Ada sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia. Ya Allah, sayangi dia.
Thursday, October 23, 2014
Al-Falaq
[Reflection on surah Al-Falaq]
Allah.
Berlindung dari apa?
4 benda yang kita minta berlindung: kejahatan makhluk, kejahatan malam, kejahatan sihir dan kejahatan pendengki. Ia berkait dengan masalah/bahaya yang bukan hasil dari tindakan kita sendiri. Sesuatu yang tidak dapat manusia control - kejahatan makhluk, bahaya malam, sihir buatan orang, dan orang yang jeles. Hanya Allah yang dapat membantu. Kita adalah mangsa.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,Siapa yang kita cari untuk jadi pelindung?
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
Allah.
Berlindung dari apa?
4 benda yang kita minta berlindung: kejahatan makhluk, kejahatan malam, kejahatan sihir dan kejahatan pendengki. Ia berkait dengan masalah/bahaya yang bukan hasil dari tindakan kita sendiri. Sesuatu yang tidak dapat manusia control - kejahatan makhluk, bahaya malam, sihir buatan orang, dan orang yang jeles. Hanya Allah yang dapat membantu. Kita adalah mangsa.
Falaq bermaksud subuh (daybreak).
Dalam surah ini, kita mohon berlindung daripada Allah kepada sesuatu
yang tidak kita nampak. Kesusasteraan arab mengaitkan sesuatu yang buruk
itu sebagai gelap.
kejahatan makhluk-Nya --> gelap.
kejahatan malam apabila telah gelap gulita --> confirm gelap.
kejahatan wanita-wanita tukang sihir --> gelap
kejahatan orang yang dengki --> hati manusia yang gelap
Ayat pertama: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh".
Subuh di sini menggambarkan dari gelap malam, jadinya siang. Bumi bertukar dari gelap kepada terang. Allah berkuasa memberi cahaya kepada kegelapan. Nampak tak kontra antara cahaya dan kegelapan? Kita mohon daripada Yang Maha Berkuasa memberikan cahaya terang untuk kita berlindung daripada kejahatan dalam kegelapan.
How beautiful is that? Masha Allah.. Subhanallah... Allahu Akbar!
[In Depth Analysis & Tafseer of Surah 113 Falaq by Nouman Ali Khan]
https://www.youtube.com/watch?v=6TK6ROAcRg0&list=PLC68BB25C2F15E99A&index=2kejahatan makhluk-Nya --> gelap.
kejahatan malam apabila telah gelap gulita --> confirm gelap.
kejahatan wanita-wanita tukang sihir --> gelap
kejahatan orang yang dengki --> hati manusia yang gelap
Ayat pertama: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh".
Subuh di sini menggambarkan dari gelap malam, jadinya siang. Bumi bertukar dari gelap kepada terang. Allah berkuasa memberi cahaya kepada kegelapan. Nampak tak kontra antara cahaya dan kegelapan? Kita mohon daripada Yang Maha Berkuasa memberikan cahaya terang untuk kita berlindung daripada kejahatan dalam kegelapan.
How beautiful is that? Masha Allah.. Subhanallah... Allahu Akbar!
[In Depth Analysis & Tafseer of Surah 113 Falaq by Nouman Ali Khan]
Monday, October 6, 2014
Surat Al-'Ikhlāş (The Sincerity)
[Reflection on surah Al-Ikhlas (The Sincerity)]
- Surah penyembuh penyakit syirik
- Surah Samad
- Surah Asas (asas keseluruhan agama, misi Nabi Muhammad SAW)
- Surah Nur (cahaya al-Quran ialah Surah Al-Ikhlas)
- ...
Sahabat nabi sangat mencintai surah ini. Cintanya pada surah ini membolehkan dia masuk ke syurga. Bila kita cinta Allah, Allah akan mencintai kita kembali.
Membaca Surah Al-Ikhlas seperti membaca 1/3 daripada al-Quran (Sahih Muslim). Kenapa 1/3? Kerana 1/3 daripada Al-Quran membicarakan tentang Allah, siapa Allah, dan iman. Surah ini ialah ringkasan paling komprehensif tentang tauhid. Jika kita betul-betul faham surah Al-Ikhlas kita tidak akan tergelincir ke jalan syirik. Ia hadiah istimewa daripada Allah kepada umat manusia.
Ayat pertama,
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Katakanlah, Dia Allah dan Dia Ahad (Satu). Mesej tauhid berhubung dengan mesej dakwah.
Ayat ke-2,
As-Somad: Yang Maha Diperlukan/ Tempat Meminta / Yang Maha Menjadi Tumpuan.
As-Somad maksudnya sesuatu yang dijadikan objektif dan matlamat utama; kita rasa nak mencapainya. Dalam surah ini, disebut Allah As-Somad. Allah ialah matlamat utama. Ini adalah sebab mengapa surah ini dinamakan Al-Ikhlas kerana ikhlas membawa maksud kita buat sesuatu hanyalah dengan tujuan mendapatkan rahmat, kasih sayang dan belas ehsan daripada Allah.
[In Depth Analysis and Tafseer of Surah 112 Ikhlas by Nouman Ali Khan]
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.Surah ini sangat disukai oleh para sahabat nabi. Sahabat nabi menggelarkan surah ini dengan lebih daripada 20 nama. Antaranya ialah:
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". (Surah Al-Ikhlas)
- Surah penyembuh penyakit syirik
- Surah Samad
- Surah Asas (asas keseluruhan agama, misi Nabi Muhammad SAW)
- Surah Nur (cahaya al-Quran ialah Surah Al-Ikhlas)
- ...
Sahabat nabi sangat mencintai surah ini. Cintanya pada surah ini membolehkan dia masuk ke syurga. Bila kita cinta Allah, Allah akan mencintai kita kembali.
Membaca Surah Al-Ikhlas seperti membaca 1/3 daripada al-Quran (Sahih Muslim). Kenapa 1/3? Kerana 1/3 daripada Al-Quran membicarakan tentang Allah, siapa Allah, dan iman. Surah ini ialah ringkasan paling komprehensif tentang tauhid. Jika kita betul-betul faham surah Al-Ikhlas kita tidak akan tergelincir ke jalan syirik. Ia hadiah istimewa daripada Allah kepada umat manusia.
Ayat pertama,
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Katakanlah, Dia Allah dan Dia Ahad (Satu). Mesej tauhid berhubung dengan mesej dakwah.
Ayat ke-2,
As-Somad: Yang Maha Diperlukan/ Tempat Meminta / Yang Maha Menjadi Tumpuan.
As-Somad maksudnya sesuatu yang dijadikan objektif dan matlamat utama; kita rasa nak mencapainya. Dalam surah ini, disebut Allah As-Somad. Allah ialah matlamat utama. Ini adalah sebab mengapa surah ini dinamakan Al-Ikhlas kerana ikhlas membawa maksud kita buat sesuatu hanyalah dengan tujuan mendapatkan rahmat, kasih sayang dan belas ehsan daripada Allah.
[In Depth Analysis and Tafseer of Surah 112 Ikhlas by Nouman Ali Khan]
Wednesday, September 24, 2014
Can I still go to Jannah?
Alya.
Sekarang ni setiap kali dia buat salah, contohnya jongket2 kerusi, sepah2 barang, lambat mandi pastu mama marah, dia akan tanya
"Can I still go to Jannah?"
Sebabnya aritu nengok siri 'Always a traveller' by Miss Nina. Salah satu nya Ustazah Yasmin Mogahed cakap, dengan anak-anak kecik ni, kita kena tanamkan kat dia supaya sayang Allah dan cerita betapa bestnya syurga kat diorang. Apa-apa yang kita nak, semua ada kat Jannah. Aku ceritalah kat Jannah best, lebih best dari Disneyland, boleh makan aiskrim banyak-banyak, boleh main merry go round puas-puas, boleh duduk kat castle etc.
Semalam petang, dia jongket2 kerusi lagi dan entah macam mana kaki kerusi tu terhempap atas kuku kaki dia. Apalagi lebamla.. menangis, mama kat study room masa tu terus bergegas keluar. Dengan nangis2 dia tanya
"Can I still go to Jannah?"
Allahu Akbar.
"Of course you can, sayang. What's in Jannah?"
"I have a castle there.. like in the Frozen movie, snow castle."
"Can I go to your castle?"
"Yes, you can.. you'll have a bigggg bedroom, so cozy.."
"But, it must be very cold. Do I need a jacket?"
"No, you don't need that. It's nice and cozy.."
"Okay, thank you Alya. Are you ok now?"
"yes.."

![]() |
| Magic Kingdom, Orlando, Florida. |
Thursday, September 18, 2014
Reflection on surah Al Fatihah
Semua kandungan penjelasan/tafsir surah Al-Fatihah di bawah ini bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.
--------------------------------
Surah Fatiha - The Mother of The Book
Tapi kepada Allah, kita sebut "Alhamdu". Semua yang Allah buat, semua yang Allah beri, kita berterimakasih pada-Nya dan pada masa yang sama kita puji. Untuk semua perkara, walau sekecil-kecil perkara pun, kita puji dan berterimakasih kepada Allah.
Allah adalah Rabb, Tuhan semesta alam. Maksudnya kita kena sedar diri bahawa kita ni hamba. Pengertian hamba. Kita bukan jadi hamba pada masa tertentu, contohnya waktu solat saja kita jadi hamba, tetapi setiap masa, setiap detik, setiap saat kita adalah hamba. Kita juga bukan 'servant' yang akan buat kerja apabila dibayar gaji. Allah ialah Tuhan. Kerana banyak sangat yang di beri Allah, kita mahu menjadi hamba-Nya. Kita sendiri mahu menjadi hamba-Nya.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Kita perlu minta petunjuk Allah sentiasa. Kita selalu anggap petunjuk itu untuk kita hindarkan yang haram saja, tapi sebenarnya ia lebih dari itu. So powerful. Setiap langkah yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, perlu petunjuk daripada Allah.
Mari imbas kembali surah Al-Fatihah dimulakan dengan:
Keseimbangan antara ilmu dan tindakan itu juga sebahagian dari petunjuk Allah. Apa yang menjadikan ekstrim? Apabila kurang salah satu daripadanya. Sesetengah orang punya banyak ilmu tapi tiada tindakan. Sesetengah orang pula banyak bertindak tetapi tak bersandarkan pada sebarang ilmu. Tunjukilah kami jalan yang lurus, ya Allah..
Jika kita minta air, tak haus sangat sebenarnya, dan orang yang kamu minta itu tidak beri, kita ok je, takde pape..
Jika kita betul-betul minta air, haus sangat-sangat ni, perit tekak dah ni, adakah sama? Tak sama bukan? Tak sama attitude, sikap kita minta air, cara kita minta air tu, dan cara kita merayu minta air tu. Kita minta petunjuk Allah setiap kali kita solat. Adakah kita betul-betul minta petunjuk atau sekadar ala kadar; takpela, it's ok, tak dapat petunjuk pun takpe. Attitude macam mana kita minta kat Allah?
Kita perlu minta petunjuk Allah sepenuh hati, sejujur perasaan, desperately. Betul-betul rasa nak sangat. Kalau kita faham apa makna petunjuk itu, automatically kita akan tau cara macam mana nak minta, dan Allah akan buka pintu hati kita untuk faham mesej-mesej berharga.
Semoga Allah terima solat kita.
Semoga Allah buka pintu hati kita untuk menerima petunjuk-Nya untuk mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah beri cahaya kepada dada kita dengan cahaya al-Quran .
-Quran tafsir by Ustaz Nouman Ali Khan.
Surah Fatiha (Points to ponder) by Ustaz Nouman Ali Khan
----------------------------------------------------------------------
Ringkasan keseluruhan Al-Quran dalam 2 ayat oleh Ustaz Nouman Ali Khan:
(1) Terima hakikat Allah sebagai Tuhan dan terima hakikat diri kita sebagai hamba.
Kebanyakan orang terima Allah sebagai Tuhan. Tiada masalah, ianya tidak sukar. Mereka terima Allah sebagai yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tetapi yang susah ialah terima hakikat bahawa diri kita adalah hamba. Hamba tidak boleh berbuat sesuka hati, kita mesti buat perkara apa yang Tuan kita arahkan.
(2) Petunjuk Allah hanya bermanfaat kepada orang yang menerima hakikat dirinya sebagai hamba.
Hamba dan petunjuk adalah ringkasan daripada Al-Quran. Ringkasan ini nampak macam simple tetapi untuk merealisasikannya memerlukan struggle seumur hayat.

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Sesiapa yang betul-betul faham surah Al-Fatihah, dia mampu untuk menerangkan Islam kepada orang lain secara komprehensif. Ia mengandungi semua apa yang perlu kamu tahu dan dapat menjelaskan gambaran penuh tentang Islam.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah)
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah. Dua item dalam satu ayat: puji dan syukur. Terdapat perbezaan antara memuji dan berterima kasih. Seseorang yang kamu puji tak semestinya kamu berterimakasih kepadanya. Dan seseorang yang kamu berterimakasih tak semestinya itu orang yang kamu puji.
Tapi kepada Allah, kita sebut "Alhamdu". Semua yang Allah buat, semua yang Allah beri, kita berterimakasih pada-Nya dan pada masa yang sama kita puji. Untuk semua perkara, walau sekecil-kecil perkara pun, kita puji dan berterimakasih kepada Allah.
Allah adalah Rabb, Tuhan semesta alam. Maksudnya kita kena sedar diri bahawa kita ni hamba. Pengertian hamba. Kita bukan jadi hamba pada masa tertentu, contohnya waktu solat saja kita jadi hamba, tetapi setiap masa, setiap detik, setiap saat kita adalah hamba. Kita juga bukan 'servant' yang akan buat kerja apabila dibayar gaji. Allah ialah Tuhan. Kerana banyak sangat yang di beri Allah, kita mahu menjadi hamba-Nya. Kita sendiri mahu menjadi hamba-Nya.
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Selepas Allah beritahu Dia Tuhan semesta alam, Allah perkenalkan diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sentiasa sangat pemurah, sangat penyayang dan sangat belas kasihan. Bila kita baca Ar-Rahman Ar-Rahim (Maha Pemurah dan Maha Penyayang), ya Allah.. kita rasa macam nak sebut Alhamdulillah lagi.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Al-Fatihah, ayat 2-3)
"Yang menguasai di Hari Pembalasan."Kata berlawan bagi belas kasihan ialah hukuman. Belas kasihan memberi gambaran positif dan hukuman memberi gambaran negatif. Yang ditengah-tengahnya ialah pengadilan/penghakiman (judgement). Allah Maha Sempurna, Allah Maha Adil.
(Al-Fatihah, ayat 4)
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah ayat 5-7)Pertempuran antara jasad (tubuh badan) dan jiwa (roh). Contohnya, bila waktu fajar, jasad kata nak tidur tetapi jiwa kata nak bangun solat subuh. Sesetengah orang sangat-sangat menjaga jasad (kesihatan tubuh badan, penampilan diri dll) tetapi tidak menjaga jiwanya. Siapa yang boleh cipta keseimbangan antara jasad dan jiwa? Allah. Dia yang mencipta jasad, Dia yang mencipta jiwa, Dia juga yang boleh mencipta keseimbangan antara keduanya. Kembalilah kepada Allah. Mintalah pertolongan Allah.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Kita perlu minta petunjuk Allah sentiasa. Kita selalu anggap petunjuk itu untuk kita hindarkan yang haram saja, tapi sebenarnya ia lebih dari itu. So powerful. Setiap langkah yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, perlu petunjuk daripada Allah.
Mari imbas kembali surah Al-Fatihah dimulakan dengan:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Empat ayat pertama ini berkisar tentang idea/ilmu pengetahuan: Ilmu tentang Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang, ilmu tentang Allah Tuhan semesta alam, ilmu tentang hari pembalasan. Kemudian ayat ke-5-7 bekisar tentang tindakan: Hanya Engkau yang kami sembah, kami minta pertolongan, tunjukkan kami jalan yang lurus. Pertama, ilmu dan seterusnya diikuti dengan tindakan. Ilmu, tindakan. Kita perlu ilmu kerana ilmu itu membawa kita kepada tindakan yang betul.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan."
Keseimbangan antara ilmu dan tindakan itu juga sebahagian dari petunjuk Allah. Apa yang menjadikan ekstrim? Apabila kurang salah satu daripadanya. Sesetengah orang punya banyak ilmu tapi tiada tindakan. Sesetengah orang pula banyak bertindak tetapi tak bersandarkan pada sebarang ilmu. Tunjukilah kami jalan yang lurus, ya Allah..
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Jika kita minta air, tak haus sangat sebenarnya, dan orang yang kamu minta itu tidak beri, kita ok je, takde pape..
Jika kita betul-betul minta air, haus sangat-sangat ni, perit tekak dah ni, adakah sama? Tak sama bukan? Tak sama attitude, sikap kita minta air, cara kita minta air tu, dan cara kita merayu minta air tu. Kita minta petunjuk Allah setiap kali kita solat. Adakah kita betul-betul minta petunjuk atau sekadar ala kadar; takpela, it's ok, tak dapat petunjuk pun takpe. Attitude macam mana kita minta kat Allah?
Kita perlu minta petunjuk Allah sepenuh hati, sejujur perasaan, desperately. Betul-betul rasa nak sangat. Kalau kita faham apa makna petunjuk itu, automatically kita akan tau cara macam mana nak minta, dan Allah akan buka pintu hati kita untuk faham mesej-mesej berharga.
Semoga Allah terima solat kita.
Semoga Allah buka pintu hati kita untuk menerima petunjuk-Nya untuk mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah beri cahaya kepada dada kita dengan cahaya al-Quran .
-Quran tafsir by Ustaz Nouman Ali Khan.
Surah Fatiha (Points to ponder) by Ustaz Nouman Ali Khan
----------------------------------------------------------------------
Ringkasan keseluruhan Al-Quran dalam 2 ayat oleh Ustaz Nouman Ali Khan:
(1) Terima hakikat Allah sebagai Tuhan dan terima hakikat diri kita sebagai hamba.
Kebanyakan orang terima Allah sebagai Tuhan. Tiada masalah, ianya tidak sukar. Mereka terima Allah sebagai yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tetapi yang susah ialah terima hakikat bahawa diri kita adalah hamba. Hamba tidak boleh berbuat sesuka hati, kita mesti buat perkara apa yang Tuan kita arahkan.
(2) Petunjuk Allah hanya bermanfaat kepada orang yang menerima hakikat dirinya sebagai hamba.
Hamba dan petunjuk adalah ringkasan daripada Al-Quran. Ringkasan ini nampak macam simple tetapi untuk merealisasikannya memerlukan struggle seumur hayat.
Saturday, September 13, 2014
Al-Balad, The City, Negeri.
Semua kandungan penjelasan/tafsir surah Al-Balad di bawah ini bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
- Kuliah Tafsir Juz Amma, Al-Balad oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.
----------------------------------------------------------------
Terlalu banyak sumpah tertulis dalam Al-Quran. Ia untuk menarik perhatian manusia. Ia menandakan bahawa perkara yang nak disebut selepas sumpah itu benar-benar penting. Oleh kerana ianya sangat penting, maka kita manusia perlu berikan perhatian sungguh-sungguh.
Dalam surah Al-Balad, sumpahnya ialah
dan kemudian ayat seterusnya, iaitu perkara yang perlu diberi perhatian atau tajuknya ialah
Allah buat kita dalam keadaan penat, manusia tidak dicipta untuk duduk berehat saja. Nak cari orang senang lenang dalam dunia ni tak ada. Orang kaya penat dengan penat dia, orang miskin penat cara miskin dia, orang bijak penat cara bijak dia, orang bodoh penat cara bodoh dia. Semua manusia hidup dalam penat dan susah, tiada yang senang. Jangan berasa penat ikut agama. Semua cikgu dan pensyarah mesti beritahu anak didik, bahawa selagi kita duduk atas dunia, tidak akan berjumpa dengan senang kecuali melalui penat, penat, penat. Tak penat di sini, akan penat di akhirat.
- Kuliah Tafsir Juz Amma, Al-Balad oleh Tuan Guru Nik
Aziz.
Astagfirullah, aku memohon keampunan-Mu ya Allah.
- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
- Kuliah Tafsir Juz Amma, Al-Balad oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.
----------------------------------------------------------------
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya, Demi masa, Demi langit, Demi Tin dan Zaitun...
Terlalu banyak sumpah tertulis dalam Al-Quran. Ia untuk menarik perhatian manusia. Ia menandakan bahawa perkara yang nak disebut selepas sumpah itu benar-benar penting. Oleh kerana ianya sangat penting, maka kita manusia perlu berikan perhatian sungguh-sungguh.
Dalam surah Al-Balad, sumpahnya ialah
"Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah), dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini, dan demi bapak dan anakya." (Al Balad ayat 1-3)
dan kemudian ayat seterusnya, iaitu perkara yang perlu diberi perhatian atau tajuknya ialah
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad ayat 4).Allah beritahu manusia, bahawa Dialah yang menjadikanmu, bukan mu jadi sendiri. Dan Dia menjadikan mu berada di dalam keadaan penat i.e sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).
Allah buat kita dalam keadaan penat, manusia tidak dicipta untuk duduk berehat saja. Nak cari orang senang lenang dalam dunia ni tak ada. Orang kaya penat dengan penat dia, orang miskin penat cara miskin dia, orang bijak penat cara bijak dia, orang bodoh penat cara bodoh dia. Semua manusia hidup dalam penat dan susah, tiada yang senang. Jangan berasa penat ikut agama. Semua cikgu dan pensyarah mesti beritahu anak didik, bahawa selagi kita duduk atas dunia, tidak akan berjumpa dengan senang kecuali melalui penat, penat, penat. Tak penat di sini, akan penat di akhirat.
"Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah)". (Al Balad ayat 1)Mekah. Apa perasaan orang beriman bila disebut tentang Mekah. Lain perasaannya bila mereka melancong ke tempat/negeri/negara lain. Istimewanya Mekah ialah kerana ketenangannya, seolah-olah semua masalah hilang bila terpandang kaabah, rumah Allah.
"Apakah manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tiada seorang pun yang berkuasa atasnya?" (Al Balad ayat 5)Ayat sebelumnya ialah tentang manusia di seluruh dunia, tak kira apa bangsa atau status dicipta oleh Allah untuk berasa susah payah, berasa bimbang dan sentiasa 'struggle'. Tetapi sesetangahnya berasa saya tak lemah, saya tak perlukan apa-apa pertolongan, saya hebat, dan saya nombor satu.
Dan mengatakan: "Aku telah menghabiskan harta yang banyak".Ayat sebelumnya ialah tentang manusia yang berfikir/berasa dia hebat dari segi kuasa. Sekarang, ayat ke 6, dia berkata pula tentang kekayaanya. Ayat ke 5 FIKIR/RASA (orang lain tak tahu); ayat ke 6 pula BERKATA (orang lain tahu).
(Al Balad ayat 6)
Dengan
sombong ia berkata aku telah habiskan harta yang banyak. Dia ingin
berithahu berapa banyak dia laburkan hartanya. Dia sendiri dah tahu dah
apa yang dia belanjakan, 'nobody cares..', tapi dia nak pastikan orang
lain juga tahu hartanya habis ke mana ('literally' menunjuk-nunjuk
kekayaannya).
Kalau kamu tidak mahu reflek legasi bapak-bapak sebelum kamu, atau legasi bangsa-bangsa terdahulu, sekurang-kurangnya reflek kehidupan kamu sendiri. Adakah kamu fikir tiada siapa nampak apa yang kamu buat selama ini? Allah tidak tahu kamu belanjakan harta kamu ke mana? Dia yang memberikan kamu keupayaan melihat, jangan fikir Dia tidak melihat apa yang kamu kerjakan. Dengan kekayaan yang kamu ada, boleh kamu bayar harga kedua mata kamu? Kamu menggunakan lidah untuk berkata tentang kekayaanmu. Itukah tujuan Kami jadikan lidahmu? Allah mencipta dua bibir untuk menjaga lidah di dalamnya. Bibir untuk mengawal lidah. Kesombongan dimanifestasi oleh lidah dan itu jenayah yang besar. Mungkin lidah yang sama akan menjadikan kamu menangis di hari pembalasan nanti. Subhanallah.. Allah menjadikan lidah dan dilengkapi pula dengan dua bibir untuk mengawal lidah.
Allah tunjuk dengan jelas kedua-dua jalan dan Allah bantu di sepanjang setiap laluan itu. Apabila seseorang memilih jalan baik, Allah akan bantu dengan kemudahan-kemudahan dan memberinya petunjuk. Apabila seseorang memilih jalan kehancuran, Allah menambah kesesatannya jadi dia semakin buta dan sesat. "You wanna be bad, let's see how bad you can get". Sama ada kanan atau kiri, kedua-dua jalan itu membuat kita penat (rujuk ayat 4 surah Al-Balad).
Bayangkan imej ini: seseorang di kaki bukit mempunyai dua pilihan laluan untuk ke puncak; iaitu kanan dan kiri. Allah menunjukkan dengan jelas jalan yang ini menuju ke sini dan yang satu lagi menuju ke sana. Sama ada kiri atau kanan, mendaki ke puncak itu pasti akan mengerah tenaga dan memenatkan. Satu jalan ini senang untuk ke puncak, tetapi bila sampai di atas, ada kesusahan. Dan lagi satu, ianya sangat sukar di permulaan, bila sampai ke tempat tertentu, laluan menjadi mudah. Kebanyakan manusia suka yang mudah di permulaan.
Manusia tidak memilih jalan yang sangat sukar dan mencabar. Allah berikan dua mata, lidah, dua bibir, dan pelbagai kebolehan lain, mengapa dia rasa dia tak layak melalui jalan yang sukar ini. Kenapa dia tak ambil jalan yang sukar ini? Jalan inilah yang akan menyelamatkannya di pengakhiran nanti. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
- menyelamatkan seseorang dari perhambaan (sesetengah ulama mengatakan membebaskan diri sendiri daripada dosa dengan bertaubat). Langkah pertama untuk mendaki ke puncak ialah atasi nafsu kamu sendiri, kuasai diri kamu sendiri dengan melakukan taubat.
- atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat,
atau kepada orang miskin yang sangat fakir. (mesti menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri) Bagi makan kepada mereka. Bila? Bila masa kelaparan dan kebuluran (akibat kemarau, ekonomi merundum).
Subhanallah, dalam surah ini Allah belum lagi sebut tentang iman. Allah bercakap tentang etika dan moral menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri.
Penyelesaiannya, kembali kepada iman dan Allah. Iman disebut dalam surah ini selepas memerdekakan hamba dan memberi makan kepada mereka yang kebuluran. Apa yang Allah sebut tentang orang beriman? Allah janji akan ganti selepas dia ketakutan kepada rasa keamanan dan keselamatan. Iman membawa aman (rasa selamat). Kamu kembali kepada Allah dan Allah akan turunkan barakah daripada langit. Masalah- masalah dunia seperti kebuluran dan 'corruption' akan dijaga oleh Allah.
Mereka yang beriman akan menasihati, memotivasi, mendorong satu sama lain untuk sabar. Apa itu sabar? Tenang, komited, konsisten, dan terus bertahan. Mengapa perlu sabar? Kerana mendaki ke puncak itu sukar (rujuk ayat sebelum) dan kamu mungkin berasa putus asa, perlu ada seseorang untuk mendorong kamu. Bantu antara satu sama lain. Point kedua ialah berpesan dengan kasih sayang. (Subhanallah.. cantik ayat ini). Mereka itulah golongan kanan dan selamat. Semoga Allah menjadikan kita salah seorang daripada golongan ini.
Mereka yang tidak percaya ayat-ayat Allah ialah golongan kiri iaitu golongan yang dilaknat. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat. Pada ayat sebelum, bila Allah sebut tentang golongan kanan, Allah tidak sebut tentang syurga. Tetapi pada golongan kiri, Allah sebut tentang neraka. Setiap surah ada klimaks. Klimaks surah ini bermula dengan "La" (tidak) pada ayat pertama dan kebanyakan ayat-ayat dalam surah ini menyebut tentang orang yang tidak baik (sombong, bermegah-megah dsb). Point lain ialah neraka yang tertutup rapat. Tertutup rapat bermakna bahang kepanasan yang tidak akan keluar iaitu kekal panas membakar.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari seksaan api neraka.
Semoga Allah mudahkan kita semua masuk ke syurga tanpa hisab.
Tamat surah Al-Balad.
Semua kandungan penjelasan ayat bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
"Apakah dia menyangka bahwa tiada seorangpun yang melihatnya? Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, lidah dan dua buah bibir." (Al-Balad ayat 7-9)
Kalau kamu tidak mahu reflek legasi bapak-bapak sebelum kamu, atau legasi bangsa-bangsa terdahulu, sekurang-kurangnya reflek kehidupan kamu sendiri. Adakah kamu fikir tiada siapa nampak apa yang kamu buat selama ini? Allah tidak tahu kamu belanjakan harta kamu ke mana? Dia yang memberikan kamu keupayaan melihat, jangan fikir Dia tidak melihat apa yang kamu kerjakan. Dengan kekayaan yang kamu ada, boleh kamu bayar harga kedua mata kamu? Kamu menggunakan lidah untuk berkata tentang kekayaanmu. Itukah tujuan Kami jadikan lidahmu? Allah mencipta dua bibir untuk menjaga lidah di dalamnya. Bibir untuk mengawal lidah. Kesombongan dimanifestasi oleh lidah dan itu jenayah yang besar. Mungkin lidah yang sama akan menjadikan kamu menangis di hari pembalasan nanti. Subhanallah.. Allah menjadikan lidah dan dilengkapi pula dengan dua bibir untuk mengawal lidah.
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. " (Al-Balad ayat 10)Hanya ada dua jalan kehidupan; satu jalan menuju kebaikan, dan satu lagi jalan menuju kehancuran. Malangnya jalan kesesatan itu lebih menarik hati manusia daripada jalan kebaikan. Allah memberi laluan kepada kedua-dua jalan itu. Jalan menuju kebaikan telah diceritakan secara jelas dan terperinci dan manusia boleh bezakan mana satu jalan yang betul mana satu salah. Contohnya, melihat dari aspek moral, secara psikologi, apabila seseorang menipu, degupan jantung akan lebih laju dan tekanan darah menjadi tinggi. Ini menunjukkan manusia dicipta bukan untuk menipu. Ia melawan fitrah kejadian sebenar.
Allah tunjuk dengan jelas kedua-dua jalan dan Allah bantu di sepanjang setiap laluan itu. Apabila seseorang memilih jalan baik, Allah akan bantu dengan kemudahan-kemudahan dan memberinya petunjuk. Apabila seseorang memilih jalan kehancuran, Allah menambah kesesatannya jadi dia semakin buta dan sesat. "You wanna be bad, let's see how bad you can get". Sama ada kanan atau kiri, kedua-dua jalan itu membuat kita penat (rujuk ayat 4 surah Al-Balad).
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
Iaitu memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan,
(kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat,
atau kepada orang miskin yang sangat fakir.
(Al-Balad ayat 11-16)
Bayangkan imej ini: seseorang di kaki bukit mempunyai dua pilihan laluan untuk ke puncak; iaitu kanan dan kiri. Allah menunjukkan dengan jelas jalan yang ini menuju ke sini dan yang satu lagi menuju ke sana. Sama ada kiri atau kanan, mendaki ke puncak itu pasti akan mengerah tenaga dan memenatkan. Satu jalan ini senang untuk ke puncak, tetapi bila sampai di atas, ada kesusahan. Dan lagi satu, ianya sangat sukar di permulaan, bila sampai ke tempat tertentu, laluan menjadi mudah. Kebanyakan manusia suka yang mudah di permulaan.
Manusia tidak memilih jalan yang sangat sukar dan mencabar. Allah berikan dua mata, lidah, dua bibir, dan pelbagai kebolehan lain, mengapa dia rasa dia tak layak melalui jalan yang sukar ini. Kenapa dia tak ambil jalan yang sukar ini? Jalan inilah yang akan menyelamatkannya di pengakhiran nanti. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
- menyelamatkan seseorang dari perhambaan (sesetengah ulama mengatakan membebaskan diri sendiri daripada dosa dengan bertaubat). Langkah pertama untuk mendaki ke puncak ialah atasi nafsu kamu sendiri, kuasai diri kamu sendiri dengan melakukan taubat.
- atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat,
atau kepada orang miskin yang sangat fakir. (mesti menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri) Bagi makan kepada mereka. Bila? Bila masa kelaparan dan kebuluran (akibat kemarau, ekonomi merundum).
Subhanallah, dalam surah ini Allah belum lagi sebut tentang iman. Allah bercakap tentang etika dan moral menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri.
"Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan." (Al-Balad ayat 17-18)Rujuk ayat sebelum yang mengatakan tentang memberi makan kepada mereka yang kelaparan. Masalah kebuluran di dunia semakin meningkat setiap hari. Sukarewalan yang bekerja di bawah misi kemanusiaan, biasanya melaporkan setiap tahun akan meningkat jumlah orang yang dapat dibantu. Graf kemajuan meningkat. Namun, cuba kita bandingkan result tersebut dengan jumlah orang yang kebuluran setiap hari. Apa yang kamu nampak? Progress kamu membantu di sebelah ini, dan progress masalah di sebelah lain. Masalah meningkat secara exponential dengan pantas. Mereka yang bekerja di bidang sukarelawan pasti cepat tersedar perkara ini dan rasa putus harapan kerana terlalu ramai yang ingin dibantu setiap hari. Masalah tak berakhir sebab itu muncul slogan seperti "Support one orphan", "One dollar a day" etc.
Penyelesaiannya, kembali kepada iman dan Allah. Iman disebut dalam surah ini selepas memerdekakan hamba dan memberi makan kepada mereka yang kebuluran. Apa yang Allah sebut tentang orang beriman? Allah janji akan ganti selepas dia ketakutan kepada rasa keamanan dan keselamatan. Iman membawa aman (rasa selamat). Kamu kembali kepada Allah dan Allah akan turunkan barakah daripada langit. Masalah- masalah dunia seperti kebuluran dan 'corruption' akan dijaga oleh Allah.
Mereka yang beriman akan menasihati, memotivasi, mendorong satu sama lain untuk sabar. Apa itu sabar? Tenang, komited, konsisten, dan terus bertahan. Mengapa perlu sabar? Kerana mendaki ke puncak itu sukar (rujuk ayat sebelum) dan kamu mungkin berasa putus asa, perlu ada seseorang untuk mendorong kamu. Bantu antara satu sama lain. Point kedua ialah berpesan dengan kasih sayang. (Subhanallah.. cantik ayat ini). Mereka itulah golongan kanan dan selamat. Semoga Allah menjadikan kita salah seorang daripada golongan ini.
"Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat." (Al-Balad ayat 19-20)Dan kepada mereka yang tidak percaya ayat-ayat Allah. Tiada perbincangan tentang ayat-ayat Allah (Al-Quran) dalam ayat-ayat sebelum pada surah ini. Ayat-ayat sebelum menyebut tentang jalan menuju ke puncak yang sukar, kerja-kerja kemanusiaan dan sedikit sentuh tentang iman. Masalah utama disini ialah, mereka yang tidak percaya dengan Al-Quran. Kita dapat pengertian iman dalam ayat sebelum iaitu yang pertama ialah iman kepada Allah. Dan sekarang, ayat ini menekankan satu lagi iman, i.e. iman kepada ayat-ayat Allah. Kerana Al-Quran ialah sebenar-benar petunjuk bagi menyelesaikan semua masalah manusia.
Mereka yang tidak percaya ayat-ayat Allah ialah golongan kiri iaitu golongan yang dilaknat. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat. Pada ayat sebelum, bila Allah sebut tentang golongan kanan, Allah tidak sebut tentang syurga. Tetapi pada golongan kiri, Allah sebut tentang neraka. Setiap surah ada klimaks. Klimaks surah ini bermula dengan "La" (tidak) pada ayat pertama dan kebanyakan ayat-ayat dalam surah ini menyebut tentang orang yang tidak baik (sombong, bermegah-megah dsb). Point lain ialah neraka yang tertutup rapat. Tertutup rapat bermakna bahang kepanasan yang tidak akan keluar iaitu kekal panas membakar.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari seksaan api neraka.
Semoga Allah mudahkan kita semua masuk ke syurga tanpa hisab.
Tamat surah Al-Balad.
Semua kandungan penjelasan ayat bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
Astagfirullah, aku memohon keampunan-Mu ya Allah.
Monday, August 18, 2014
agony
Email from SV:
The ----- tensor equation has ---- independent components. You need to write down ------ for each of the -----components.
You need to apply the ---- to the terms involving the ---------. We need to skype to have this discussed.
Reply (in my head):
Dr XX,
I think the simulation is very complicated to solve. Maybe I need another one semester to get the work done. What you told me about all the bunch of equations are understandable. However, to translate what you said into coding is such a nightmare to me. It seems easy for you but it's very difficult for me. Please give me a pass. I wanna go back to my hometown.. ;(
Real reply.
Can we skype tomorrow?

Thursday, July 24, 2014
Sharing goals with your spouse
Salam sahabat..
Orang kata, jangan selalu sangat cerita pasal anak kita dengan orang. Bukan semua orang suka. Takut-takut ada yang 'evil eye'. Astagfirullah, cepat-cepat istigfar. Bila 'evil eye' ada, akan timbul rasa jeles di hati orang tu dan mungkin akan membiakkan perasaan hasad dengki and in the end mungkin membahayakan anak kita sendiri. Allahu A'lam. May Allah protect our children from any harms and hellfire.
So, for playsafe hari ni nak cerita sikit, harap tak berlebih. Ada seorang daie pesan, sebelum post apa-apa ucaplah Astagfirullah, ampunkan aku ya Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat, dan tidak menjadikan aku ujub, riak dan takbur yang akan membuatkan amalan ku jadi debu-debu berterbangan yang sia-sia. Bila ada orang likes post kita kat facebook, ucaplah Astagfirullah, ya Allah jagalah hatiku ini. Kerana apa? Kita sememangnya digalakkan menyebarkan kebaikan supaya cas positif itu berjangkit kat orang lain, tapi kadang-kadang syaitan menghasut,
"Eleh ko ni, macamlah baik sangat, macam good-good je.. nanti orang kata ko riak."
Bila kita tak post, ustaz kata itu sebenarnya salah satu riak. Ishk.. pelik, susah nak faham sebab itu mainan hati. Hati cepat berubah-ubah. Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia... Jadi sentiasalah ucap Astagfirullah sebab kita sentiasa adalah seorang pendosa dan tak sunyi dari kesilapan.
Selesai mukadimah. Ok, sekarang kita cerita tajuk kita hari ini: Sharing goals with your spouse.
Telah tertanam cita-cita dalam diri untuk menjadikan anak kite seorang hafizah. Moga-moga ya Allah, dengan izinMu ya Allah.. Mengapa tidak? Alhamdulillah.. Anak kite lahir dalam keluarga yang senang, hidupnya aman, bukan macam kat Gaza, Syria, Burma yang sentiasa diburu oleh musuh-musuh Allah. Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan? Hidup kita ini senang. Inipun kalau kita x ambil kesempatan untuk mendidik anak menghafal al-Quran alangkah ruginya. Anak-anak Syria yang bernasib malang itu pun hafal Quran, apa alasan kita nak beri kepada Allah nanti? apa hujah kita nanti? Sudah tiba kah masanya untuk kita mengkaji al-Quran dari kulit ke kulit? Janganlah kita jadi seperti kaum terdahulu yang sangat cetek hubungannya dengan kitab Allah.
Atas sebab-sebab inilah, kite tekad. Tekad yang bulat dan padu dengan ilham daripada Allah. Allah yang menitipkan perasaan ini kepada kite. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana antara ramai ibu-ibu di dunia, kite di antaranya yang dipilih untuk diberikan kesedaran ini. Tapi, janganlah disangka suami kite pun mempunyai hasrat yang sama pada mulanya.
Ya, dia suka anaknya pandai ngaji. Dia gembira. Tapi sekadar memandang saja. Di peringkat awal, kitelah yang banyak mengajar anak mengenal huruf, menghafal by listening. Pendek kata penglibatan suami sangat sedikit. Kadang-kadang bila diminta untuk ajarkan anak, dia akan tangguh-tangguh. Kadang-kadang kita sebagai ibu, strict sikit contohnya kalau anak nak makan aiskrim, kita bagi tapi ada syarat.
"Cuba ngaji dulu apa yang Alya dah hafal."
Tapi suami banyak kesian. Dia kata tak payahla.. kesian.. makan je aiskrim tu.. hmm.. begitulah. Parents, tak apalah susah2 mengajar ketika anak masih kecil. Nanti dah besar in sha Allah dia tak susahkan kita, malah akan menggembirakan hati kita dengan izin Allah. Yang penting, janganlah keterlaluan sangat sampai anak jadi takut. Lembut tapi tegas.
Satu hari, suami balik dari masjid dan nampak kite menonton siri "Traveler with Quran".
https://www.youtube.com/watch?v=qB7z3rB6ZS4&list=PLokQm4vjvyUafwNl3-P8N_szDL5p22Bl7
Dia pun joinla. Cerita ni memaparkan kisah hafiz/hafizah dari pelbagai negara. Kagum sangat bila nengok budak kecik umur 9, 10 tahun dah hafal quran. Lagi pelik lihat orang buta dan terencat akal pun hafal quran. Orang tua start umur dalam 60 tahun pun hafal quran. Ya Allah, ramainya orang hafal Quran dalam dunia ni. Rasa ketinggalan sangat. Diorang beriye-iye nak dapat ganjaran daripada Allah, syurga itu mahal kan.
Setiap hari waktu sahur, kami tonton siri ini. Lama kelamaan suami pun ada nampak sikit peningkatannya. Nampak semangat dia berkobar-kobar nak jadikan Alya penghafal Quran. Sungguh terharu bila start Ramadan hari tu, setiap hari dia ajar Alya 1 ayat. Dia tulis di blackboard dan ajar Alya satu-satu huruf. Masha Allah.. nak menangis tengok. Alya ni sebelumnya dia belum pandai baca sendiri, hafalan dia selama ni based on listening je. Ramadhan ini merupakan titik permulaan dia mula belajar membaca. Semoga suami dan anak istiqamah. Jauh di sudut hati, kudoakan dua-dua orang ini akan jadi penghafal al-Quran satu hari nanti.
Lihat bagaimana Allah menyusun kehidupan kami. Bermula dari hidup yang ntahpape di Malaysia, huha sana, huha sini, dan terlalu sibuk sehingga takda masa merenung kehidupan ini. Allah jugalah yang menghilhamkan suami untuk duduk bersama menonton siri Traveler with Quran itu. Dalam diam-diam, suami pun bercambah semangatnya. Tak perlu kite terangkan kepada suami tentang cita-cita ini dan bersusah payah mohon peranan daripada dia. Allah maha perancang. Alhamdulillah. semoga kekal hingga lepas Ramadhan. Lepas Ramadahn, ujian lain bakal menanti, kerana syaitan akan dibebaskan. Mohon petunjukMu ya Allah..

Tuesday, July 1, 2014
Bila semua orang tanya bila nak balik
Sekarang ni, soalan yang paling ditakuti kalau orang tanya ialah:
"Bila nak balik Malaysia?"
Pang!!.. rasa kat hati ni bagai ditampar-tampar. Camne ek nak cakap. Kite sendiri pun tak tau bila boleh balik sebenarnya. Dah dapat kelulusan extend selama 6 bulan. Kite faham orang yang tanya tu, berharap nak kite balik cepat, kite pun harap benda yang sama, cuma kadang2 kite elakkan dari soalan ni. Hakikatnya, macam yang kite cakap, kite memang nak balik sangat, kalau boleh hari ni jugak, tapi bila ada orang tanya, mcm ada satu tekanan atmosfera di situ.
Macam dululah kot bila dah kawin tapi belum dapat baby, tak suka kalau orang tanya bila nak dapat baby. Sekarang ni pun orang tanya bila Alya nak dapat adik? hmmpph.. soalan macam ni yang berbentuk abstrak dimana jawapannya kita sendiri tak tau, amat sukar dijawab. Semua ni rezeki, kalau Allah nak bagi cepat, dapatlah.. kalau Allah tak bagi lagi, sabar je lah.
Ini rahsia Allah, kita hanya merancang, Dia juga merancang, tetapi yang pastinya perancangan Dia lebih baik dan sangat terbaik untuk kita. Berbaik sangka dengan Allah dan bertenang itu yang terbaik. Pada sesiapa yang bertanya, doakan saja diriku ini agar diberi kemudahan dalam semua urusan. Terima kasih juga kerana bertanya, mungkin tekanan atmosfera tersebut menjadikan nilai flux lebih tinggi dan kadar halaju kerja kita semakin meningkat. hehe..
Oklah, selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkah. Tahun ke 5 sambut Ramadhan disini, Alhamdulillah atas segala nikmatNya. Sekurang-kurangnya kite berada di tempat yang aman dan tiada sebarang sekatan atau masalah mengamalkan ajaran Islam di sini.
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya. Amin..

Monday, May 19, 2014
Harapan pada yang Satu
Semalam call mak, mak cakap husband dia tak jadi ikut pergi US. Mak pula baru semalam masuk wad, masuk air sebab demam panas. Ditambah dengan darah tinggi. Sebenarnya, kite plan nak sponsor mak datang sini lawat kami, sebab rindu sangat dengan mak. Mulanya husband dia kata nak ikut, kami pun sukalah sebab ada orang boleh teman mak. Tapi tak jadi pulak. Risau nanti kalau mak terpengsan atas kapal terbang, siapa nak diharapkan. Dahla berejam-rejam dalam plane tu. Mula-mula mak cakap boleh je dia datang sendiri, mak kite seorang yang lasak. Tapi dah demam2 ni, kita yang tak bagi, badan mak bukan macam dulu lagi.
Kite dah apply extend cuma belum dapat keputusan dari diorang lagi. Lulus ke dak? Sekarang ni, situasinya kami homesick. Sangat.. Boleh bertahan 4 tahun je.. Abis dah kena extend ni, guane.. Menyesal tak balik Malaysia tahun lepas. Sekarang ni, tak boleh balik sebab visa expired bulan 8, 2014. Kalau kite balik Malaysia sekarang, memang tak boleh masuk US semula. Kalau tak boleh masuk US macam mana nak siapkan urusan PhD. Tak mudah nak siapkan PhD kalau channel dari Msia. US ni complicated sket. Ramai yang pesan, jangan channel2 ni, kalau boleh setelkan semua.
Allah.. Allah.. satu-satunya tempat bergantung harap. Air mata rindu banyak kali tumpah. Di bahu terasa berat menanggung beban, di hati meronta-ronta nak balik. Ini ujian, semoga kami termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. Kun fayakun.. semuanya tidak mustahil jika Allah menginginkannya. Ya Allah, satukanlah hati kami dalam menghadapi ujian ini dan mudahkanlah urusan kami. Mudahkanlah urusan sahabat-sahabat kami. Berilah kejayaan kepada mereka.
Semoga kami diberi kesempatan bertemu kembali dengan wajah-wajah yang sentiasa menunggu kepulangan kami. Adik bongsu kite cakap "kepulangan yang dinanti".. (kesat air mata). kbai..

Monday, April 21, 2014
Istana pasir
Salam sahabat..
Nak update cerita tentang diri sekejap.. Minggu lepas present kat research group. Lepas dah habis tu, mintak pendapat SV sebab plan nak submit borang untuk extend atau tak hujung bulan ni. Agak sedih juga bila SV conclude "I'm not sure whether you'll be able to present in August". Banyak benda masih shaky lagi. Your argument is not solid enough. Dia cakap lagi, rata-rata kat US ni diorang buat PhD 5 tahun atau lebih. Tapi kalau u nak present jugak, boleh, tapi depends on you. Larat ke nak pulun? lebih kurang camtulah komen dia. Dia macam nak I extend je sebab dia dah deal ngn ketua jabatan untuk I jadi Teaching Assistant kalau extend nanti.
Hmm... korang.. I tried my best for the past 4 years. Nampaknya ada kemungkinan extend. Bukan I saja2 nak extend. Sejujur-jujur jujurnya I nak habiskan benda ni cepat-cepat. Berat otak, bahu, dan fikiran rasanya.Well, setelah berusaha, kita serahkan segalanya kepada Allah. If I manage to viva this August, Alhamdulillah.. it's a miracle from Allah. Tapi kalau tak, nak buat camne kan. Everything in His hand. But, In sya Allah, in the end of this month, we'll all know because I'll decide to submit the extension form.
Apa lagi yang I harapkan melalui coretan ni agar korang yang baik hati lagi disayangi Allah untuk doakan I. Rasa tak kuat dan letih itu constantly appeared. Constantly... secara malar. Doakan agar I kuat dan tak termasuk dalam golongan orang-orang berputus asa dengan rahmat Allah. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua.
Bila tengah down, nengok video percutian ni macam best je. Happy macam takde masalah. hehe.. You are what you think. Enjoy..

Friday, March 28, 2014
Redha siapa?
Hari ini belajar lagi ilmu tentang hakikat sebenar keTuhanan. Alhamdulillah, syukur.. Allah hadirkan orang yang yang suka dan benci terhadap kita supaya kita belajar sesuatu. Allah memperkenalkan diriNya dalam setiap ujian yang dihadapi. Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan? Tetapkan matlamat dan fokus.
Lagu ini ditujukan untuk diri sendiri:
Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Tuhan, kelak kita akan tenang
Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakalanya dia suka kepada kita, sukanya hanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakala redhanya kepada kita di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci
Itu soal dia
Yang penting apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-nya adalah balasan
Balasan-nya adalah berkekalan
Carilah keredhaan Tuhan, hati senang.
https://www.youtube.com/watch?v=GxlvqC3KXMY&feature=share

Tuesday, March 25, 2014
Sejarah silam
Assalammualaikum sahabat.
Seorang kawan beritahu tentang satu ceramah sejarah nabi yang sangat bagus. See.. kalau kita share something ngan orang, orang tu pun cepat-cepat nak share dengan kita perkara yang disukainya atau yang bermanfaat kepadanya.
Saya cakap ceramah ni bagus sebab ustaz cerita dari zaman silam jauh ke belakang dari zaman nabi Muhammad. Dimulakan dengan cerita Nabi Ibrahim. Kita agak familiar dengan sirah nabi tapi kejadian penting sebelum tu kita kurang maklum ye tak? Jujurnya, saya belum habis dengar lagi. Baru sampai Disc 3 dalam hati berbisik. Eh, kena buat nota ni. Sebab kronologi peristiwa tu kita kena fahamkan betul-betul. So Disc 1 dan Disc 2 tiada nota lagi hanya dengar sahaja. Jadi jika ada sahabat yang dengar dan buat nota, minta tolong kirimkan kepada saya. Mungkin nanti kita boleh kumpulkan dan sebarkan kepada orang lain. (dapat sikit pencen kubur in sha Allah)
Ok, ini dia siri ceramah yang saya maksudkan:
Ceramah Sejarah Nabi Ke-1 (Disc 1)
Ceramah Sejarah Nabi ke-1 (Disc 2)
dan seterusnya. Saya baru siapkan nota untuk Ceramah Sejarah Nabi Ke-3 (Disc 1) seperti di bawah.
Rasanya kena dengar cepat-cepat kerana mungkin video-video ini akan dihapuskan dari youtube seperti terjadi kepada video-video islamik yang lain yang boleh mendorong umat Islam bertambah kuat pemahamannya.
Ok, itu saja, sekian.
Wassalam..

Monday, March 3, 2014
Sedang berada di bawah. Tolong tarik saya ke atas.
Kisah tentang tiga orang yang sedang membina sebuah sekolah. Ada seorang pelawat tiba di sekolah tersebut dan bertanya kepada salah seorang pekerja.
"Apa yang tuan sedang bina?"
"Tak nampak ke, saya sedang menyapu simen dan menyusun batu bata."
Lalu pelawat bertanya kepada pekerja kedua soalan yang sama. Dia menjawab:
"Saya sedang membina sebuah sekolah. Tak nampak ke, yang ini bangunan sekolah, ada kolam di sini, ni pejabat, ni bilik darjah dan ini makmal dsb."
Lalu pelawat tadi bertanya kepada pekerja ketiga. Dengan penuh rendah diri dan keyakinan dia mengatakan
"Saya sedang membina sebuah umat."
Tanam dalam diri apa yang kita buat adalah untuk sebuah cita-cita yang besar. Jangan hanya bermain di sekitar kepentingan peribadi. Yakinlah apa yang kita sedang usahakan ini adalah sebuah batu bata dalam sebuah impian yang besar. Sebuah cita-cita yang besar hanya mampu dicapai dengan usaha yang besar.
Dalam menggapai cita-cita itu, sudah pasti kita bertemu dengan halangan dan ujian. Allah memberi kita ujian bukan untuk melemahkan kita. Tetapi untuk menguatkan dan menyempurnakan diri kita sebagai manusia.
Allah akan menguji kita melalui titik-titik kelemahan kita.
[Petikan dari Abdullah Munir, Carleton University, Canada]
http://www.youtube.com/watch?v=2rAeWFL4Tu4
p/s: Sedang berada di bawah. Tolong tarik saya ke atas. ;(

Friday, February 28, 2014
Kejar akhirat kuasai dunia
Sudah sampai ke masanya kamu membaca Quran secara serius? Sudahkah sampai masanya kamu berhenti meneladani sikap kaum-kaum yang dilaknat dulu apabila kitab (Taurat, Injil) turun kepada mereka? Mereka mempunyai hubungan yang sangat cetek dengan kitab mereka dan langsung tiada gambaran apa isi kitab itu. Mereka tidak peduli. Mereka membaca kitab itu sekadar membaca tanpa wujud apa-apa perasaan. Janganlah kamu mengikut perangai mereka. Dan hati mereka yang keras menjadi semakin keras.
Situasi kita sekarang. Aku demam, surah apa yang perlu aku baca? Anak perempuanku akan berkahwin, surah apa perlu aku suruh DJ untuk mainkannya. Doa apa perlu aku baca dari Quran kalau aku nak cari kerja. Atau adakah Quran diturunkan untuk dijadikan hiasan dalam frame besar dan diletakkan disebelah TV Plasma? Ini sajakah fungsi Quran kepada kamu? Adakah sebab itu ia diturunkan oleh Allah? Ini benda serius (geleng kepala). Apakah Quran tidak mengubah kamu? Apakah Quran tidak memberimu nasihat? Untuk ubah kamu menjadi lebih baik?
Kita mengagumi kanak-kanak menghafal Al-Quran. Kita celebrate.. Tapi kita tak menangis bila anak itu sudah besar tapi masih tidak memahami apa yang dibaca. Jangan kita bagi 'fake relationship' antara Quran kepada mereka. Quran bukan trofi. Hafal Quran bukan untuk mendapat sanjungan manusia mahupun anugerah.
Quran itu datang untuk ubah hidup kamu. Ingatkan diri sendiri dan anak-anak kamu. Raise your children to be 'carriers' of the Quran. Jangan nanti anak-anak kamu marah kenapa kamu tidak beritahu apa itu Quran sebenarnya kepada mereka. Jangan sampai anak kamu menyalahkan kamu kerana tak beritahu Quran ini adalah benda paling berharga dalam hidup ini. Quran adalah petunjuk bagi semua manusia.
Wahai ahli Quran, jangan malas dengan al-Quran. Isi masa kamu dengan al-Quran, dalam kereta, dalam rumah. Peruntukkan masa untuk baca, dengar, fahami maknanya. Dan sebarkanlah walau satu ayat. Quran mencantikkan pertuturanmu. Bila kamu mula merasai kemanisan Quran, muzik tidak akan ada tempat dalam hati kamu. Muzik akan menjadi tidak relevan kepada kamu. Atas sebab ini kamu akan menjadi orang yang berjaya in sha Allah.
Semoga Allah lindungi kita dari segala fitnah dan mudharat.
[Petikan dari Ustaz Nouman Ali Khan]
http://www.bayyinah.tv/fe/60268-surah-al-hadid-part-2

Subscribe to:
Posts (Atom)