Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Reward for kids

At some point, reward system untuk galakkan anak kecil membaca/menghafal al-Quran dah tak relevan sangat..

Mungkin faktor umur anak sudah menjangkau 5 tahun, dia sudah tau sedikit sebanyak siapa Allah, apa itu syaitan, dan sebagainya. Alhamdulillah.. Thanks to Columbia Islamic School kerana mengajar anak saya tentang agama dengan pendekatan yang sangat baik. Doa-doa yang dibaca setiap hari ketika perhimpunan pagi amat saya kagumi dan respect! Saya pun belajar amalkan sayyidul istigfar dan doa ini daripada mereka:



Berbalik tentang menggalakkan anak kecil membaca/menghafal al-Quran, saya cuma katakan pada Alya bila dia siap membaca Quran setiap malam.
"Wah, Alya.. you are a strong girl. Very strong! Even syaiton are scared of you. They ran away because you read Quran, and no syaiton in our house now.. Thank you Alya.. Alhamdulillah"

"Allah love you, and  Allah protect you when you sleep. No syaiton come to you. Allah love you so much. You are not cranky anymore, you not sad, grumpy, and mad. Even when bad things happened to you, you'll still always feel calm because Allah is there... watching and protecting you.."

"Allah will grant you Jannah, in sha Allah.."

Alya akan tersengih-sengih dan menjawab:
"Yes, I am strong. See.. no more syaiton. See.. hiyah.. hiyah..."
(Buat gaya kick the syaiton away)

Alhamdulillah..

Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah.

Thursday, July 24, 2014

Sharing goals with your spouse

Salam sahabat..

Orang kata, jangan selalu sangat cerita pasal anak kita dengan orang. Bukan semua orang suka. Takut-takut ada yang 'evil eye'. Astagfirullah, cepat-cepat istigfar. Bila 'evil eye' ada, akan timbul rasa jeles di hati orang tu dan mungkin akan membiakkan perasaan hasad dengki and in the end mungkin membahayakan anak kita sendiri. Allahu A'lam. May Allah protect our children from any harms and hellfire.

So, for playsafe hari ni nak cerita sikit, harap tak berlebih. Ada seorang daie pesan, sebelum post apa-apa ucaplah Astagfirullah, ampunkan aku ya Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat, dan tidak menjadikan aku ujub, riak dan takbur yang akan membuatkan amalan ku jadi debu-debu berterbangan yang sia-sia. Bila ada orang likes post kita kat facebook, ucaplah Astagfirullah, ya Allah jagalah hatiku ini. Kerana apa? Kita sememangnya digalakkan menyebarkan kebaikan supaya cas positif itu berjangkit kat orang lain, tapi kadang-kadang syaitan menghasut,
"Eleh ko ni, macamlah baik sangat, macam good-good je.. nanti orang kata ko riak."
Bila kita tak post, ustaz kata itu sebenarnya salah satu riak. Ishk.. pelik, susah nak faham sebab itu mainan hati. Hati cepat berubah-ubah. Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia... Jadi sentiasalah ucap Astagfirullah sebab kita sentiasa adalah seorang pendosa dan tak sunyi dari kesilapan.

Selesai mukadimah. Ok, sekarang kita cerita tajuk kita hari ini: Sharing goals with your spouse.

Telah tertanam cita-cita dalam diri untuk menjadikan anak kite seorang hafizah. Moga-moga ya Allah, dengan izinMu ya Allah.. Mengapa tidak? Alhamdulillah.. Anak kite lahir dalam keluarga yang senang, hidupnya aman, bukan macam kat Gaza, Syria, Burma yang sentiasa diburu oleh musuh-musuh Allah. Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan? Hidup kita ini senang. Inipun kalau kita x ambil kesempatan untuk mendidik anak menghafal al-Quran alangkah ruginya. Anak-anak Syria yang bernasib malang itu pun hafal Quran, apa alasan kita nak beri kepada Allah nanti? apa hujah kita nanti? Sudah tiba kah masanya untuk kita mengkaji al-Quran dari kulit ke kulit? Janganlah kita jadi seperti kaum terdahulu yang sangat cetek hubungannya dengan kitab Allah.

Atas sebab-sebab inilah, kite tekad. Tekad yang bulat dan padu dengan ilham daripada Allah. Allah yang menitipkan perasaan ini kepada kite. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana antara ramai ibu-ibu di dunia, kite di antaranya yang dipilih untuk diberikan kesedaran ini. Tapi, janganlah disangka suami kite pun mempunyai hasrat yang sama pada mulanya.

Ya, dia suka anaknya pandai ngaji. Dia  gembira. Tapi sekadar memandang saja. Di peringkat awal, kitelah yang banyak mengajar anak mengenal huruf, menghafal by listening. Pendek kata penglibatan suami sangat sedikit. Kadang-kadang bila diminta untuk ajarkan anak, dia akan tangguh-tangguh. Kadang-kadang kita sebagai ibu, strict sikit contohnya kalau anak nak makan aiskrim, kita bagi tapi ada syarat.
"Cuba ngaji dulu apa yang Alya dah hafal."
Tapi suami banyak kesian. Dia kata tak payahla.. kesian.. makan je aiskrim tu.. hmm.. begitulah. Parents, tak apalah susah2 mengajar ketika anak masih kecil. Nanti dah besar in sha Allah dia tak susahkan kita, malah akan menggembirakan hati kita dengan izin Allah. Yang penting, janganlah keterlaluan sangat sampai anak jadi takut. Lembut tapi tegas.

Satu hari, suami balik dari masjid dan nampak kite menonton siri "Traveler with Quran".

https://www.youtube.com/watch?v=qB7z3rB6ZS4&list=PLokQm4vjvyUafwNl3-P8N_szDL5p22Bl7

Dia pun joinla. Cerita ni memaparkan kisah hafiz/hafizah dari pelbagai negara. Kagum sangat bila nengok budak kecik umur 9, 10 tahun dah hafal quran. Lagi pelik lihat orang buta dan terencat akal pun hafal quran. Orang tua start umur dalam 60 tahun pun hafal quran. Ya Allah, ramainya orang hafal Quran dalam dunia ni. Rasa ketinggalan sangat. Diorang beriye-iye nak dapat ganjaran daripada Allah, syurga itu mahal kan.

Setiap hari waktu sahur, kami tonton siri ini. Lama kelamaan suami pun ada nampak sikit peningkatannya. Nampak semangat dia berkobar-kobar nak jadikan Alya penghafal Quran. Sungguh terharu bila start Ramadan hari tu, setiap hari dia ajar Alya 1 ayat. Dia tulis di blackboard dan ajar Alya satu-satu huruf. Masha Allah.. nak menangis tengok. Alya ni sebelumnya dia belum pandai baca sendiri, hafalan dia selama ni based on listening je. Ramadhan ini merupakan titik permulaan dia mula belajar membaca. Semoga suami dan anak istiqamah. Jauh di sudut hati, kudoakan dua-dua orang ini akan jadi penghafal al-Quran satu hari nanti.

Lihat bagaimana Allah menyusun kehidupan kami. Bermula dari hidup yang ntahpape di Malaysia, huha sana, huha sini, dan terlalu sibuk sehingga takda masa merenung kehidupan ini. Allah jugalah  yang menghilhamkan suami untuk duduk bersama menonton siri Traveler with Quran itu. Dalam diam-diam, suami pun bercambah semangatnya. Tak perlu kite terangkan kepada suami tentang cita-cita ini dan bersusah payah mohon peranan daripada dia. Allah maha perancang. Alhamdulillah. semoga kekal hingga lepas Ramadhan. Lepas Ramadahn, ujian lain bakal menanti, kerana syaitan akan dibebaskan. Mohon petunjukMu ya Allah..


Wednesday, February 26, 2014

Alya Qistina, sang pencinta al-Quran.

[Versi penuh dari sedutan post di Facebook.]

Mama sangat sibuk. Asyik study je kerjanya. Setiap hari selepas habis sekolah pukul 2:45 pm, papa ambil kite dan lepas tu ambil mama di office.  Kadang-kadang dalam perjalanan ambil mama, kite cakap dengan papa "I don't want to pick up mama". Papa tanya kenapa. Entah, kite tak tau nak jawab apa. Kite rindu mama, tapi..

Lepas papa hantar kitorang ke rumah, papa pergi kerja semula. Kite dan mama pula akan makan tengah hari sambil dengar surah hafalan dari iphone. Alunan surah tu berulang-ulang keluar dari speaker. Kadang-kadang mama bagi tengok kartun kat Ipad semasa makan, kadang-kadang dia tak bagi. Ikut mood dia lah.

Lepas siap makan, mama solat dan memerap dalam bilik study sambung buat kerja. Entah apa dibuatnya kite pun tak faham. Dah lama dah dia buat kerja tu, bila nak siap pun tak taulah. Selalu nampak dia tekan-tekan papan kekunci laptop, kadang-kadang dia conteng kertas, pastu renyuk, conteng lagi dan renyuk lagi. Hish, buat sampah je.

Kite pula tak tau nak buat apa. Mama tak kasi kacau dia. Selalu juga masuk bilik study mama, melangkah pelan-pelan dan tak buat bising sambil ambil kertas putih atas printer lalu bawa keluar. Kite suka melukis. Antara gambar favorite ialah princess, monster, rainbows, tree, flower, triangles, squares dan macam-macam lagilah, lepas tu kite akan warnakannya. Lepas dah warna, kite gunting ikut tepi gambar tu tapi selalu fail sebab terpotong gambarnya sekali. Susahlah.. Dalam pada masa yang sama, surah hafalan dari iphone masih beralun-alun.

Bila tak jadi tu kite akan masuk bilik study mama semula dan ambil kertas lagi. Banyak kali lah keluar masuk bilik tu ambil kertas. Sampai satu saat mama akan cakap, "kenapa ambil banyak-banyak kertas ni. Habislah kertas mama. Kan banyak lagi ruang kosong tu, membazir je."

(Hmmm.. kite tak suka lah banyak-banyak gambar dalam satu kertas.)

Tapi mama tak marah pun. Dia bagi je ambil kertas tu sebenarnya. Eh, bukan nak cerita pasal ini sebenarnya. Ceritanya,

Pasal mama sibuk. Hari minggu pun, dah tak macam dulu. Mama masih buat kerja. Bosanlah. Katanya nak siapkan kerja sebab dah rindu nak balik Malaysia nak jumpa atuk, nenek, uncles, aunties, dan anak-anak sedara dia. Selalu dia sebut nama Putri, Lica, Ainnur, dan terbaru ni Imran. Malaysia tu kat mana ntah kite pun tak tau. Pening arr.. Yang kite tau South ko'alaina je.

Tapi kite ada rahsia macam mana nak tarik perhatian mama untuk spend masa dengan kite. Kite akan baca surah hafalan depan dia 10 kali. Bukan satu kali, 10 kali uols. Mama punya standard, tak cukup satu kali sebab bacaan kite banyak salah. Jadi 10 kali itu lebih cepat ingat katanya. Bila kite habis baca, keluar ayat mama yang biasa. "Pandainya dia, what do you want, Alya?" Selalu kite jawab kite  nak coklat ferrero rocher, tapi kali ini lain, kite jawab,

"I want to play with you.."

Kerana mama tidak akan menolak permintaan kite kalau kite menghafal quran. Sekarang kite dah hafal 18 surah dalam Juz Amma. Alhamdulillah..

Friday, February 21, 2014

Keletah anak

Alya, what is sejuk?  - sejuk is cold

What is bantal? - bantal is pillow

What is baju? - baju is dress

How about seluar? - seluar is pants

What is kasut? - kasut is shoes

What is gigit? - gigit is bite

What is cubit? - cubit is hurt.








Wednesday, September 19, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

I got this from a post in Facebook and copy it here.  (just want to keep it for my own reference).

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita ...
untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.