Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan gift

Minggu lepas call mak, mak cakap susahnya nak cari kasut. kaki mak besar, saiznya jarang ada kat kedai, kalau ada pun sangatlah tak cantik. Mak sesuai pakai kasut-kasut western saja katanya. kesian mak.
Aku faham maksud tersirat yang cuba disampaikan, hehe.. Lagipun memang dah niat nak bagi something untuk raya ni. Tahun lepas dah bagi Coach handbag untuk mak dan mak mertua. Tahun ini kasutlah ye tak. So, tanpa membuang masa aku pun cakap kat suami suruh call mak die tanya saiz kasut berapa. haruslah.. dah ada 2 mak kan. kalau belikan sorang, lagi sorang tu pun mesti dibelikan jugak.
kedai kasut disini seperti gudang. mcm2 design dan brand ada. Ada clark, nine west, kate preston, dockers dan lain2 lg. u name it.. Mak ckp die saiz 11 or 12. Malaysia punya standard size kan ikut UK. beriyela aku refer guideline utk convert ke saiz US. based on that guideline, kena saiz 11 stgh atau 12.
alya menyorok belakang tiang
sampai lenguh2 betis mencari, tp masih  x jpe saiz tu. ish tak mungkinla. aku ngk american ni lg besar2 n tinggi2 dari mak. bila tanya ke staff, saiz plg besar is 11. la, betul ke guideline tu. kompius i. akhirnya beli gak yg saiz 11 tu. harap2 mak muatlah ye, kalau tak nnti i sedih.
masa nak pos, aku selitkan sekali kad raya buatan sendiri bersama alya. alya belum pandai sgt menulis. baru pandai tulis huruf A L Y A.  so aku pinjam tgn die utk tulis atas kad tu. suke die.. :)
kad raya
siap2 utk pos

Eh, maksu dan atuk dapat jugak? rezeki.. Alhamdulillah..  bye, selamat menjalani ibadah puasa :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan kareem

Well, as many know, sepanjang 3 tahun duk US ni, kitorang tak pernah balik Malaysia. Ramai juga kawan-kawan yang pelik dan tanya kenapa. Kawan-kawan kat US ni kebanyakan akan balik Malaysia at least sekali sepanjang pengajian mereka. The main reason is, yelah tambang flight kan mahal, kalau kami ada duit pun rasa lebih berbaloi kalau buat travelling around US. Banyak lagi tempat kitorang belum pergi, cthnya Grand Canyon, California, Orlanda Florida, Los Angeles, Chicago dll. hihi.. kalau boleh taknaklah melepaskan peluang selagi ada. Tapi tak taula sempat pergi ke tak, semuanya atas izin Allah.

So tahun ini adalah kali ke 4 kami menjalani ibadah berpuasa di sini. Selama 16 jam menahan lapar dan dahaga harapnya amalan kami diterima. Suami dah cakap awal-awal dah, tahun ni kita berbuka di masjid je. Ok gak, bolehla cuti masak. hehe.. tapi tak cuti sangatlah, harus juga masak utk sahur. Suami memang aktif di masjid, dia jadi AJK serve makanan berbuka macam tahun2 sebelum ni. Nak cari pahala lebihla katakan. Aku pula tolong mana2 yg patut, tolong juga serve kurma dan air susu tuk muslimah. Kadang2 kalau dah ramai sgt yg tolong, aku tinggal tolong senyum je la. hihi..

Oleh kerana Niza (another Malaysian in USC) sefamily balik Malaysia for ramadhan and raya, so aku xde gengla kat masjid nu. Pandai2la nak bawak diri. Geng2 terawih aku are sisters from Egypt, Saudi, and Americans. Tapi tak rasa janggal pun, ok je.. Islam itu bersaudara kan?

Semalam berbual la dengan sorang sister from Egypt, comel giler baby die. Geram. Rasa nak cubit2 je. Culture kat sini kalau ada baby kecik, yg kadang2 menangis or get cranky, diorang tetap bawa berterawih di masjid sebab ada satu bilik khas untuk side2 yg ada anak kecik untuk solat. Kira tak mengganggu jemaah lain. Lagipun diorang nak biasakan anak-anak kecik ngn masjid. Bagus sgt tu.

Bual punya bual, aku tanyala die pasal konflik di Egypt sekarang ni. Dia cerita family dia tinggal di city yang betul2 menjadi tempat panas tu. Dan yang paling terkejutnya, dia sefamily adalah anti-Morsi. Ya Allah, kenapalah orang Islam sendiri begini pendiriannya. I don't really understand why. Why? WHY? Tidakkah mereka merasa beruntung mendapat seorang pemimpin yang jiwanya subur dengan al-Quran, tidak menghalalkan penjualan arak di Mesir, dan perundangannya mengikut syariat Islam?

Aku tanya kenapa. Dia jawab Muslim brotherhood jahat, mereka membunuh orang awam. Aku nak tanya lagi soalan kat die tapi azan Isya' sudah berkumandang. So terbantut la soalan aku tu. 

Kesimpulan yang aku nak simpulkan disini ialah kadang2 orang Islam itu sendiri menjadi musuh orang Islam. Semoga kelak akan terbukti jua kebenaran. Salam Ramadhan. Pray for Egypt.

1 Ramadhan



Ni la bilik khas utk sapa yang bawa anak