Wednesday, August 14, 2013

Luahan perasaan

Just a quick post during my lunch our.

Seperti biasa lunch ku ditemani dengan menonton Al-Jazeera English. Satu-satunya siaran berita yang ku dapat tonton sekarang ini. Well, kalau korang penonton setia Al-Jazeera English korang akan perasan sedikit sebanyak berita yang disiarkan berat sebelah. Tentu saja mereka selalu memaparkan cerita yang memberi tanggapan buruk kepada orang Islam. Tak payahla nak pergi jauh ke Al-Jazeera, duk dlm Msia pun banyak disogokkan dengan berita-berita yang tidak betul. Please lah..

Berita hari ni sangat menyedihkan apabila melihat ramai penyokong Morsi ditembak, dibakar malah yang berkerusi roda juga menjadi mangsa. Mengalir air mata, tak dapat ditahan-tahan lagi. Al-Jazeera English claims that pro-Morsi sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas keganasan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Tidak sedikit pun dinyatakan itu angkara  militer-militer as-sisi. Nampak tak permainan mereka?

Dulu, Al-Jazeera terkenal dengan ketelusan berita, independent from any kepentingan politik. Tapi bila dah ada Al-Jazeera English, becareful what you listen and watch. Nah, sekarang ni pula ada Al-Jazeera America. Dah dapat agak kan kenapa wujud media-media ini?

Seorang kawan Egyptku, sister Nagla memberitahu Al-Jazeera Mubasher lah yang mereka tonton dan boleh dipercayai. Tapi masalah pula padaku kerana ia menggunakan bahasa Arab sebagai medium komunikasi. How I wish I can understand Arabic. Ya Allah..

Al-Jazeera Mubasher
Teringat lagi masa bulan puasa ketika kami borak2, sister Nagla sentuh tentang apa yang berlaku di Mesir. Beremosi sungguh ketika dia bercerita tentang keluarganya di Mesir are anti-Morsi. Seriously? Aku dengar pun terkejut dan sedih giler. Dia tak faham kenapa mereka mudah terpengaruh dengan media-media di Mesir yang selalu memburuk-burukkan Morsi. Hari-hari dia telefon keluarganya beritahu tentang propaganda mereka, tapi  hanya sia-sia. In return, mak dia pulak mempersoalkan sama ada dia Ikhwanul Muslimin atau tidak.

Jawabnya,
"Lak.." (Bukan..) tapi saya boleh berfikir mak.

As you know, media-media yang pro-Morsi sudah di shut down setelah berlaku rampasan kuasa itu. Malah pemberita yang memaparkan keburukan Morsi akan dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Betul! Ini dia yang cerita. Katanya lagi,

"I'm crying so hard because of this.."

Sister Nagla, bertudung hijau muda dan berjubah di tengah tu.

Aku pun nak menangis dengar dia cakap camtu. Beginilah keadaan umat Islam sekarang ini. So, what can we do? Marilah kita sama-sama membaca doa qunut Nazilah dan mendoakan kemenangan kepada umat Islam. Semoga lemah longlai tentera-tentera lawan dan berpecah belah persatuan mereka. Amin Ya Rabb..



Sunday, August 11, 2013

Ketagih rendang

Alkisahnya, dek kerana nak menjadikan raya tahun ni lebih enjoyable kami buat open house kecil-kecilan.This is how we turn our sadness into happiness during raya. Kawan melayu pun tadak, so kami jemputlah kawan suami, orang Indonesia dan New York. Diorang tu student USC gak tapi keluarganya tiada di sini. Selain itu aku jemput kawan kamcengku di masjid dan familinya, orang Iraq. Aku sebut dan famili di sini sebab adat menjemput di sini lain sikit. Kalau ko jemput sister tu, maka sister tu je la yang datang tanpa suaminya. Kalau kau jemput suami, nnti si suami tu dtg sorang2. hihi..

Pernah terjadi 2 tahun lepas, we were invited to an open house hosted by an american muslim lady. Kitorang satu family dan satu lagi famili Indonesia pun pergi tanpa ragu-ragu dengan gembiranya. Tapi bila sampai tempat kejadian, kami nampak hanya brothers2 yang ada. Pergi ke dapur pun takde sister2. Aik... Rupanya dia jemput lelaki je. haha.. Nasib baik kitorang ok ngan family tu, so tak jadi hal lah.  

Ok, back to the story, masa open house di rumah kami, aku buat rendang ayam. Diorang cakap sedap giler, diorang cakap bukan aku ok. eheh.. Aku ni jenis bukan pandai masak sgt pun, so kalau ada orang cakap sedap memang kembang semangkuklah. haha.. Nak cerita, kalau aku masak tak sedap pun suami tambah banyak kali, inikan lagi sedap. Lihat saja badannya sudah cukup untuk membuktikan kata-kataku. Lepas itu, semalam iaitu raya ke-3 suami minta dibuatkan rendang lagi. Kali ini rendang daging pula. Haih.. ni yang malas kalau pandai masak ni. (lol just kidding!). Pun menjadi jugak Alhamdulillah..

Kalau nak tahu rahsianya ini dia resepi aku ambil dari myresepi.com. Sedikit tips kepada orang-orang yang tak terer masak macam aku, kalau nak guna resepi dari web ni cari yang orang banyak bagi laporan masakan atau komen sedap. Elakkan mengikut resepi yang takde orang komen langsung. :)

__________________________________________________________

Bahan-bahan 

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit 

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
 __________________________________________________________

Berikut ialah gambar-gambar hasil air tanganku. Poyo je kan. Orang lain lagi terer masak tak kecoh pun. Ngada sangat tau..

Rendang ayam




Rendang daging
Kawan Iraqku, kelakar sgt tau minah ni, suka buat lawak.


Bye.. thanks for reading this entry!