Sunday, March 31, 2013

no-cry day

Tuesday, 26 March 2013.


Setiap kali dikejut bangun pagi Alya pasti nangis.

"I don't wanna school!! I wanna sleep! I'm tired!" 

Bergegar rumah dengan tangisan dan amukan Alya yang boleh membuatkan otak jammed sekejap. Nasib baik mak bapaknya penyabar, kalau tak dah lama kena kompang budak tu. kikiki.. Kitorang dah lali tapi kadang kadang kesian jugak. Kecik2 dah tensen kena bangun pagi. Budak-budak zaman dulu rilek je nak bangun pukul berapa, mak tak marah. Tapi takdela pagi sangat, pukul 7 je pun. So, hari ini ada kelainan sikit. Kejut alya dengan penuh kasih sayang, cium-cium pipi dia sambil cakap

"Alya, today is no-cry day ok?" 

Alya dalam mamai2, 

"ha? what?" 

Agaknya alya pun malas nak layan mama die merepek pagi-pagi ni, tidur lagi bagus gamaknya. Lepas tu dukung dia ke bathroom, dudukkan atas potty, gosok gigi dia. Part basuh muka dia paling bengang, dahla ngantuk tiba-tiba kat muka rasa sejuk-sejuk basah. Mulala nak nangis.

"Alya, remember.. today is no-cry day.." 

Sambil menggerakkan jari telunjuk saying

no.. no.. no..

(jari telunjuk pun boleh bercakap you..).

Alya senyap, tak jadi nangis. Dalam hati, wah berkesan jugak taktik aku ni. Then, masa sapu losyen kat badan dia dan pakaikan baju

"Alya, you know what. Kakak putri not cry, Adam not cry, Kakak Aisya not cry, Haris not cry. They always happy. Alya is a happy girl too. Alya not crying.."

Hehe.. semua nama budak-budak kecik yang Alya kenal aku sebut. Kabel mesti cukup kuat beb. Alya pula nampak macam faham je tema yang aku cuba ketengahkan hari ini. Dia dengar je dengan penuh minat bila nama kawan-kawannya disebut.

Waktu sarapan, aku cakap lagi pasal no-cry day. Papa senyum meleret je.. hikhik. Bila tiba waktu pergi ke babysitter, kami bersalaman dan aku sempat bertanya pada Alya,

"Alya, what day is today?"

Alya jawab dengan penuh confident dan semangat.

"Today is crying day!!"

Haha.. kesitu pulak jadinya. Alya.. Alya..





Alya anak solehah. Selalu ikut papa g solat jumaat time mama ada kelas.


Friday, March 22, 2013

dress code

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..


Dress code adalah peraturan atau setting dalam berpakaian. Penentu gaya penampilan. Pilihan warna, material, tebal nipis, panjang pendek, longgar sendat dan yang sewaktu dengannya.

Dulu saya tidak kisah refleksi pakaian saya, yang penting mengikut trend dan apa yang berada banyak di pasaran. Perasaan supaya lebih kurang sama dengan masyarakat sekeliling agar tidak kelihatan janggal itu wujud. Suatu masa dulu: seluar jeans BUM, baju lengan pendek beserta stongan, blous paras punggung, tudung awning sekerat dada, tudung bawal pelbagai warna dan sandal tanpa setokin menyarung tubuh silih berganti. Dalam minda sedar, bentuk kaki, tangan, punggung, bahu dan dada kelihatan. Ya, dalam minda sedar tetapi tiada sedikit pun keinginan untuk berubah. Kenapa?

Saya faham dalil wajibnya menutup aurat sejak di bangku sekolah lama dulu.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)


 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Tetapi rupanya hanya sekadar pengertian tanpa tindakan. Itulah kefahaman tanpa hidayah. Allah sayang saya. Lantas Dia telah memberikan sedikit  hidayah-Nya membuatkan saya terjatuh lalu bangkit mengejarnya. Wallahi, sekarang dress code saya sudah berubah. Tudung mesti tidak jarang, tak menampakkan bentuk dada atau bahu, baju mesti labuh menutupi punggung, dan seluar atau kain mesti longgar menyembunyikan bentuk kaki. Kenapa agaknya kita perlu menutup aurat dengan sempurna? Takpe, biar saya tolong jawabkan.. kerana ia tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya.

Berulang sudah saya katakan, United States mengubah hidup saya 180 darjah dari segi pemikiran, pandangan hidup, penampilan diri, cita-cita dan banyak lagi. Berubah dari paksi kegelapan ke cahaya-Nya. Alhamdulillah.. Itupun atas izin dan kasih sayang Allah.

Tetapi  bukan mudah membeli pakaian yang betul-betul menutup aurat di shopping complex di sini. Kalau ada, agak-agak satu dalam seribu. Rare.. Selalunya beli online saja.

Tudung sericahaya online
Baju Nautica
Seluar Jeans Old Navy
Saya syorkan kepada wanita-wanita muslimah di luar sana, kepada yang suka berseluar, belilah seluar 'wide leg pant' jenama Old Navy. Boleh pilih sama ada jeans atau slack bagi pemakaian kasual dan formal respectively. Dua-dua selesa. Saya beli di ebay saja, yang penting murah dan berbaloi. Untuk baju pula, selain di muslim online shop, juga boleh dapatkan di pasaran terbuka dengan keyword: "long dress". Banyak pilihan. US kan syurga membeli belah (katanya..)

Allahu Akbar.. Post kali ini tak bermakna nak menunjuk saya ni baik sangat dan sempurna imannya, tapi sekurang-kurangnya saya berusaha ke arah itu dan mengajak para pembaca sekali. Dengan izin Allah, semoga saya istiqamah. Amin..


Tudung sericahaya online, baju eastessence.com, long skirt walmart

Selendang ebay, jubah eastessence.com
p/s: Saya sudah, anda bila lagi?