Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Sunday, August 11, 2013

Ketagih rendang

Alkisahnya, dek kerana nak menjadikan raya tahun ni lebih enjoyable kami buat open house kecil-kecilan.This is how we turn our sadness into happiness during raya. Kawan melayu pun tadak, so kami jemputlah kawan suami, orang Indonesia dan New York. Diorang tu student USC gak tapi keluarganya tiada di sini. Selain itu aku jemput kawan kamcengku di masjid dan familinya, orang Iraq. Aku sebut dan famili di sini sebab adat menjemput di sini lain sikit. Kalau ko jemput sister tu, maka sister tu je la yang datang tanpa suaminya. Kalau kau jemput suami, nnti si suami tu dtg sorang2. hihi..

Pernah terjadi 2 tahun lepas, we were invited to an open house hosted by an american muslim lady. Kitorang satu family dan satu lagi famili Indonesia pun pergi tanpa ragu-ragu dengan gembiranya. Tapi bila sampai tempat kejadian, kami nampak hanya brothers2 yang ada. Pergi ke dapur pun takde sister2. Aik... Rupanya dia jemput lelaki je. haha.. Nasib baik kitorang ok ngan family tu, so tak jadi hal lah.  

Ok, back to the story, masa open house di rumah kami, aku buat rendang ayam. Diorang cakap sedap giler, diorang cakap bukan aku ok. eheh.. Aku ni jenis bukan pandai masak sgt pun, so kalau ada orang cakap sedap memang kembang semangkuklah. haha.. Nak cerita, kalau aku masak tak sedap pun suami tambah banyak kali, inikan lagi sedap. Lihat saja badannya sudah cukup untuk membuktikan kata-kataku. Lepas itu, semalam iaitu raya ke-3 suami minta dibuatkan rendang lagi. Kali ini rendang daging pula. Haih.. ni yang malas kalau pandai masak ni. (lol just kidding!). Pun menjadi jugak Alhamdulillah..

Kalau nak tahu rahsianya ini dia resepi aku ambil dari myresepi.com. Sedikit tips kepada orang-orang yang tak terer masak macam aku, kalau nak guna resepi dari web ni cari yang orang banyak bagi laporan masakan atau komen sedap. Elakkan mengikut resepi yang takde orang komen langsung. :)

__________________________________________________________

Bahan-bahan 

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit 

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
 __________________________________________________________

Berikut ialah gambar-gambar hasil air tanganku. Poyo je kan. Orang lain lagi terer masak tak kecoh pun. Ngada sangat tau..

Rendang ayam




Rendang daging
Kawan Iraqku, kelakar sgt tau minah ni, suka buat lawak.


Bye.. thanks for reading this entry!

Monday, July 29, 2013

Agar-agar roti

Semalam petang browse internet cari-cari resepi kuih raya until encounter with myresepi page. Alya pun ada sekali, duk sebelah. Exited die ngk gambar-gambar kuih raya. Bila nampak agar-agar yang berwarna-warni,

"Mama, mama.. that's my favorite!"

Ye ye la anak daraku sorang ni. Mama tak pernah buat agar-agar tu sepanjang hidup Alya tiba2 jadi favorite die plak. Bila go through resepi, ala senang je lagipun bahan sume ada kecuali susu cair tinggal setengah tin. But don't worry babeh, boleh tambah susu segar bagi menggantikan kekurangan susu cair tu.

 

---------------------------------------------------------

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air
  • 200 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila 

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

---------------------------------------------------------


Serius menjadi lah resepi ni. Rasa enak, lemak manis dan gebu. Eh, ada ke agar-agar rasa gebu. hihi.. Bawa ke masjid untuk iftar bersama-sama muslimin muslimat yang lain. Diorang suka giler... Sister-sister from egypt, iraq, bangladesh n american siap tanya macam mana nak buat. Boleh repeat ni, hehe :)

 

Tara!! Inilah hasilnya.


Bahagian yang terpotong itu dimakan Alya dengan gembiranya. Banyak tu dia makan.
"Yeay!! my favorite, my favorite.."

Hehe.. mama tersenyum puas.

p/s.  Memecut laju mengkhatamkan quran. Tinggal 10 hari lagik. Mak aih, cepatnya masa berlalu.

Tuesday, May 8, 2012

Sphagetti Bolognese

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
Minyak zaitun
Butter/mentega
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan daging cincang
1 biji carrot
1 batang seleri
1 biji tomato diblender
Sedikit cendawan
200ml susu segar
Lada putih & lada hitam
Keju

Cara-caranya:
1. Rebus air hingga mendidih dan masukkan spaghetti. Kacau-kacau seketika dan masukkkan sedikit minyak zaitun supaya ia tidak melekat-lekat. Biar hingga lembut dan toskan.
2. Untuk sos: Tumis bawang besar dan bawang putih cincang dengan menggunakan 1 sudu minyak zaitun dan 2 sudu mentega.
3. Masukkan daging cincang. Goreng hingga keperangan.
4. Masukkan sayur2 yang dipotong dadu hingga lembut.
5. Masukkan susu dan biar hingga mendidih.
6. Masukkan tomato yang diblender.
7. Masukkan garam, gula, lada putih dan lada hitam secukup rasa.
8. Masukkan keju biar mendidih dan siap!!

Monday, April 2, 2012

Honey Roasted Chicken with Rosemary



Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kiub pati ayam
2 biji ubi kentang - potong 4
1 biji carrot - potong sederhana besar
1/2 biji nenas - potong kiub besar
 1 tsp rosemary
1/2 tsp dil
3 helai daun salam (bay leaves)
2 tsp Madu
1 tsp Lada hitam/putih
Garam secukup rasa
Bawang goreng


Cara-caranya:
1. Cuci bersih ayam dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.
2. Lumurkan ayam dengan kiub pati ayam, madu, garam dan lada hitam.
3. Masukkan rosemary, dil, bay leaf, kentang, dan carrot dan gaul rata.
4. Bakar dalam oven sehingga masak.
5. Taburkan bawang goreng dan siap!!

Mee Hoon Singapore




Bahan-bahan:
1 paket mee hoon
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
7 biji cili padi
1 genggam ikan bilis yang diblender/tumbuk
1/2 kiub pati ayam
1 tsp lada hitam/putih
1 cawan chopped vegetables

Cara-caranya:
1. Rendam mee hoon dalam air sehingga kembang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, garam, cili padi yang ditumbuk dan kan bilis.
3. Masukkan pati ayam, lada hitam/putih dan sayur.
4. Masukkan mee yang ditos dan tambah sedikit air.
5. Tutup kuali, biarkan sebentar sehingga mee benar2 kembang.
6. Tambah garam jika kurang masin, gaul sehingga sebati dan siap!!

Daging berlada hitam masak kicap


Bahan-bahan:
Daging
Sos lada hitam
Sos tiram
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inch halia
7 biji cili padi

Cara-caranya:
1. Perap daging yang dipotong dadu dengan sos lada hitam selama 30 minit.
2. Goreng daging sehingga empuk.
3. Dalam kuali yang lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili api. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan daging goreng tadi, tambah kicap, air dan garam.
5. Tunggu hingga mendidih dan siap!!

Kerabu taugeh

Kerabu taugeh


Bahan-bahan:
Taugeh 50 sen
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 biji cili padi dihiris
1 tsp Belacan
4 tsp Udang kering yang ditumbuk
3 tsp Kerisik
2 tsp jus limau
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Celur taugeh dengan air panas dan toskan.
2. Campur kesemua bahan diatas dan siap!!

Tuesday, March 27, 2012

Ayam Adobo



Bahan-bahan:
1 ekor Ayam
1 cawan kicap
2 sudu sos tiram
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inchi halia
Sedikit lada putih, lada hitam dan serbuk perasa.
Bay leaf (daun salam). * optional
5 tangkai cili kering *optional

Cara-caranya:
1. Rendam cili kering dengan air panas.

2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan kicap dan sos tiram, biar seketika.
4. Masukkan ayam dan gaul2 sedikit sehingga agak garing.
5. Masukkan lada putih, lada hitam, garam, dan serbuk perasa.
6. Tambah air untuk kuah, tunggu hingga mendidih, masukkan bay leaf dan cili kering yang digunting-gunting sebagai hiasan. Siap!!

Pengat keledek + pisang



Bahan-bahan:
3 biji keledek
4 biji pisang
1 cawan brown sugar/gula melaka
1/2 cawan biji sagu
1/2 cawan santan

Cara-caranya:
1. Rendam sagu.
2. Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu. Rebus sehingga empuk.
3. Buang sedikit airnya.
4. Masukkan pisang yang dipotong bulat2, gula, dan sagu.
5. Tambah santan, tunggu hingga didih dan siap!!

Handsome man *cough!

Ikan masak stim



Bahan-bahan:
4 ekor ikan talapia
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inch halia
1 inch lengkuas
1 batang serai
5 biji cili padi
sedikit daun sup
sos tiram

Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, lengkuas dan serai.
3. Masukkan ikan sehingga ikan masak.
4. Campurkan sedikit sos tiram dan daun sup, garam, jus limau dan siap!!

Friday, March 23, 2012

My very first Tiramisu cake

Alahai, not very presentable lah.. whateverr..


Bahan-bahan.
Sebarang kek span
250ml whipping cream
200ml cream cheese
Cocoa powder
1/2 cawan gula halus



Cara-caranya.
1.  Bancuh 1 cawan nescafe, pastu minum untuk menghilangkan dahaga. haha.. no lah, jgn minum. Bancuh je tanpa gula k..
2. Mix gula, whipping cream, and cream cheese in a bowl and pukul sehingga fluffy.
2. Slice the cake into several layers.
3. Letak 1 layer ke dalam bekas.
4. Tuang nescafe ke kek itu.
5. Topping dgn adunan tadi. (This is the best part, wee....)
6. Ulang proses 4 & 5 sehingga habis.
7. Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais.
8. Tunggu suami pulang, n makan sama2. haha.. jgn lupa decorate dgn serbuk koko sebelum dihidang. You should try this.. kekeke..

Thursday, March 22, 2012

Soto Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 btg serai
1 inchi halia, kunyit dan lengkuas
1 sudu jintan halus, ketumbar dan lada putih yg dikisar.
1/4 cawan santan. (optional)
Bunga lawang, kayu manis
Meehoon / nasi himpit

Aksesori:
Taugeh
Kacang goreng
Daun sup
Bawang goreng
Begedil (daging/ayam kisar)
Sambal kicap


Cara-caranya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
2. Tumis kayu manis, bunga lawang, serai, dan lengkuas yg dititik.
3. Tumis bahan yg dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan jintan halus, ketumbar dan lada putih.
5. Masukkan ayam, tutup periuk dan biar hingga ayam masak.
6. Tambah santan dan air sehingga mendidih, masukkan garam secukup rasa dan siap!!

Tuesday, March 20, 2012

Begedil daging cincang

Lupe nk amik gambo, tinggal 4 je yang x cantik, yang cantik sume dh kena ngap!


Assalammualaikum, last weekenf I buat Begedil. Tentunya nak matchingkan ngn menu utama, iaitu mee soto. This is one of the dishes I rarely made, almaklumla masak bila hujung minggu je sbb during weekdays I makan hasil tangan Mr Din. Ahaks.. Tapi yang lecehnya, setiap kali nak buat tiap kali tu la duk dpn laptop, search resipi kat Google. sebab.. lupa.. hehe. Buang masa kan. Masalahnya, yang melambatkan lg, I akan refer to several recipes and modify, add a little bit there, cut a little bit here mengikut kepala otak sendiri. wakaka... That is why this time I recorded in this blog for future reference. Ok.. let's check it out..

Bahan-bahan:
6-7 biji kentang.
1 cawan daging cincang
3 biji Bawang merah & 3 putih
3 batang daun sup
Bread crumbs
Lada sulah & Lada hitam
Bawang goreng


Cara-caranya:
1. Kupas kentang, potong 4, dan rebus sehingga empuk.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan goreng daging cincang sehingga masak. Tambah sedikit lada hitam, lada sulah dan garam.
3. Lenyek kentang yang direbus tadi dan dibiarkan sejuk.
4. Campurkan daging cincang, bawang goreng, daun sup ke dalam kentang lenyek td. Tambah garam, sedikit lada sulah dan gaulkan sebati.
5. Bentuk dan kepal-kepalkan.
6. Untuk menggoreng, salut dengan telur dan bread crumbs.

Nota.
1. Ada juga orang yang goreng kentang tu instead of rebus. I prefer rebus more because tak mau banyak minyak. Nanti last step pun  kena goreng gak. Kolestrol tau..
2. Since bawang goreng ready made xde dijual di Columbia ni, so kenala buat sendiri. I guna 3 biji bawang besar, dipotong nipis + garam + tepung gandum dan digoreng dgn api perlahan. Buat lebih sikit utk dekorasi mee soto sekali. Berjanggut juga nk tunggu bawang goreng ni siap,  dan kena selalu kena tengok dan kacau sikit-sikit takut terhangus. Hasilnya, mabeles n rangup! Berbaloi berdiri lama2 kt dapur. (Adeh, krem kakiku..)
3. Menggoreng begedil adalah part yang paling mencabar sekali. Kalau x yeye boleh hancur n pecah jadinya, sebabnya sebelum ni pun dah banyak kali fail.sad, huhu.. tapi trick kali ini, I salut dgn bread crumbs, ia seolah-olah  menjadi lapisan luar yang kukuh. Dan lagi satu pastikan minyak betul2 panas semasa menggoreng.

Alhamdulillah.. sedap.. hehe..
Ok, till then. Peringatan utk diri sendiri: Rajin-rajinlah ke dapur n upgrade skill memasak. kikiki..