Lupe nk amik gambo, tinggal 4 je yang x cantik, yang cantik sume dh kena ngap! |
Assalammualaikum, last weekenf I buat Begedil. Tentunya nak matchingkan ngn menu utama, iaitu mee soto. This is one of the dishes I rarely made, almaklumla masak bila hujung minggu je sbb during weekdays I makan hasil tangan Mr Din. Ahaks.. Tapi yang lecehnya, setiap kali nak buat tiap kali tu la duk dpn laptop, search resipi kat Google. sebab.. lupa.. hehe. Buang masa kan. Masalahnya, yang melambatkan lg, I akan refer to several recipes and modify, add a little bit there, cut a little bit here mengikut kepala otak sendiri. wakaka... That is why this time I recorded in this blog for future reference. Ok.. let's check it out..
Bahan-bahan:
6-7 biji kentang.
1 cawan daging cincang
3 biji Bawang merah & 3 putih
3 batang daun sup
Bread crumbs
Lada sulah & Lada hitam
Bawang goreng
Cara-caranya:
1. Kupas kentang, potong 4, dan rebus sehingga empuk.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan goreng daging cincang sehingga masak. Tambah sedikit lada hitam, lada sulah dan garam.
3. Lenyek kentang yang direbus tadi dan dibiarkan sejuk.
4. Campurkan daging cincang, bawang goreng, daun sup ke dalam kentang lenyek td. Tambah garam, sedikit lada sulah dan gaulkan sebati.
5. Bentuk dan kepal-kepalkan.
6. Untuk menggoreng, salut dengan telur dan bread crumbs.
Nota.
1. Ada juga orang yang goreng kentang tu instead of rebus. I prefer rebus more because tak mau banyak minyak. Nanti last step pun kena goreng gak. Kolestrol tau..
2. Since bawang goreng ready made xde dijual di Columbia ni, so kenala buat sendiri. I guna 3 biji bawang besar, dipotong nipis + garam + tepung gandum dan digoreng dgn api perlahan. Buat lebih sikit utk dekorasi mee soto sekali. Berjanggut juga nk tunggu bawang goreng ni siap, dan kena selalu kena tengok dan kacau sikit-sikit takut terhangus. Hasilnya, mabeles n rangup! Berbaloi berdiri lama2 kt dapur. (Adeh, krem kakiku..)
3. Menggoreng begedil adalah part yang paling mencabar sekali. Kalau x yeye boleh hancur n pecah jadinya, sebabnya sebelum ni pun dah banyak kali fail.sad, huhu.. tapi trick kali ini, I salut dgn bread crumbs, ia seolah-olah menjadi lapisan luar yang kukuh. Dan lagi satu pastikan minyak betul2 panas semasa menggoreng.
Alhamdulillah.. sedap.. hehe..
Ok, till then. Peringatan utk diri sendiri: Rajin-rajinlah ke dapur n upgrade skill memasak. kikiki..
No comments:
Post a Comment