Sekadar catatan pengalaman hidup..
Malam tadi kami sekeluarga dijemput dinner di rumah Nadia. Dia dan familinya berasal dari Iraq. Ingatkan dia jemput tetamu lain sekali, rupanya tidak. Hihi.. special untuk kami..
Masha Allah, Subhanallah, Allahu Akbar..
Dia baru saja menamatkan Master dalam bidang perubatan selama 2 tahun di sini. Walaupun banyak dugaan yang dia hadapi, dia berjaya akhirnya. Nadia ada anak kecil dan dalam menyiapkan tesisnya, dia sakit kerongkong, kadang2 sukar untuknya bernafas, sakit di bahagian dada. Dia terpaksa makan ubat, di mana ubat itu akan effect pada susu badannya. Maka, dia tidak boleh susukan anaknya sendiri kerana ubat itu akan effect pada brain development on the baby. Dia sedih sangat dengan ketidakupayaannya menyusukan. Katanya, seolah-olah ada orang ambil baby nya daripada dia.
Kesian sangat.. itu satu hal. Ada lagi..
Cuba bayangkan eh, bila kita sambung study di negara orang dan lulus dengan jayanya, tentu kita tak sabar nak balik kampung jumpa famili yang lama ditinggalkan. Nadia juga begitu. Keluarganya sangat-sangat menunggu saat ini, supaya diorang dapat berkumpul semula.
Tapi, Allah itu Maha Mengetahui.
Situasi di Iraq sekarang ini yang didominasi oleh ISIS tidak memunkinkan mereka pulang. Balik seperti membunuh dirinya sendiri dan keluarga. Apalagi dia ada 3 orang anak kecil. Di Iraq sekarang ini, orang awam ditembak dan dibunuh sesuka hati di sana. Jika bernasib baik, Nadia akan ditempatkan di tempat pelarian.
Katanya, cukuplah isu Sunni dan Syiah di Iraq, itu sudah sangat tak tertanggung. Ini ditambah pula dengan ISIS. Seolah-olah mereka berkomplot untuk menghapuskan semua sunni di Iraq. Nadia orang Sunni. Walaupun di sini, ramai orang yang sama-sama dari Iraq, tetapi dia tetap sangat berhati-hati dalam pergaulan, lagi2 dgn syiah.
Sponsornya suruh dia balik tanpa memikirkan keselamatan mereka sekeluarga. In Iraq, they do not consider this. Like, you have to face the same things with the people. Rumah mak bapak nya dimusnahkan oleh ISIS, tetapi Alhamdulillah semua keluarganya selamat. Some people say ISIS is good. Some people say ISIS is very bad. In Iraq, ISIS was good a for a couple of weeks, and then they damaged everthing, school, house, etc. You don't know. Zaman ini umpama semut hitam di atas batu hitam di malam gelap. Zaman fitnah. Sampai kita tak tau mana satu betul, mana satu salah.
Dia buntu. Bila setiap hari bangun tidur, Ya Allah, macam mana ni. Visa di US hampir tamat. Nak taknak kena keluar juga dari US. Tapi dia nak kemana?
Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga. Kami sayang famili dia, anak-anaknya sudah biasa sangat ngan Alya.
Kesimpulan pengajaran dari kisah hidup dia: supaya kita ingat dan kembali pada Al-Quran dan hadis. Semoga Allah selamatkan diri kita dan keluarga dari semua fitnah kehidupan, dan juga fitnah kematian.
Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment