Tuesday, January 7, 2014

Rindu Muhammad

Salam..

Sebenarnya lama dah nak post entry ni cuma selalu tangguh2 dan cari masa lapang. Tapi sekarang sengaja ambil sedikit masa menulis tesis untuk enty ini kerana digerakkan hati. Aku mesti share. Bak kata Prof Muhaya, ada.. beri... dapat.. In sya Allah.

Macam ni ceritanya..

Baru tadi terdengar lagu Sumayyah di Nasyid.fm http://www.liveonlineradio.net/malaysia/nasyid-fm.htm. Selama ni dengar macam biasa je, tak rasa apa-apa tapi kali ni boleh nangis plak. Sebak giler beb. Aku rasa ini gara-gara aku menonton Umar the Series. Tak abis lagi nengok, baru episod 19. Ada 30 episod semuanya. Kami tonton setiap hari semasa waktu makan malam. Ok, link video youtube ada di bawah, untuk episod seterusnya, silakan mencari ok.




Masa mula2 tonton, ingatkan cerita ini dibuat zaman dulu-dulu, 60 an ke. Rupa2nya tayangan pertama pada tahun 2012. Kiranya zaman kitalah. Pelakon watak Umar tu lahir tahun 1985, muda setahun dari aku. First person yang canangkan cerita ini pada aku ialah member facebook aka member usrah, tapi aku masih tak punya masa utk check them out. Last2 terlupa terus. Minggu lepas husband balik dari keje, dia sebut pasal cerita ni sbb ada sorang 'brother' suruh tengok. Brother ni adalah seorang guru Quran di Columbia. Sapa taknak ikut ckp org soleh kan. Katanya cerita ini sangat bagus, betul2 mengikut sejarah dan sudah melalui beberapa proses penilaian dan penapisan oleh tokoh2 terhormat dan pakar2 bidang sejarah.

Walaupun tajuk cerita ni Umar tapi diorang sgt berhati-hati mengolah supaya penonton tak mengagumi Umar lebih daripada hero sebenar, Nabi Muhammad S.A.W. Subhanallah, Allahu Akbar! Korang akan lebih kenal sahabat2 nabi lepas ngk cerita ini. Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali. Cerita ini memberi kesan pada aku, haus rasanya nak tahu sejarah Islam sebenar, bagaimana pemerintahan selepas kewafatan nabi dan seterusnya.

Sekadar peringatan, berhati-hati ye dalam menggali sejarah Islam kerana takut2 terbaca hasil karangan syiah dan puak yang benci Islam. May Allah guide us. Dan cerita ini ada kontroversi sebab ada yang berpendapat tidak dibolehkan melakonkan watak2 sahabat nabi yang mulia, tapi pendapat lain mengatakan tidak apa kerana niat asal untuk membetulkan umat yang semakin jauh dari landasan sebenar. Allahu 'Alam. Ada pulak yang cakap saja je diorang buat kontroversi supaya lebih ramai lagi orang yang menonton.

Link vidoe Ustaz Nazmi sebagai tambahan kalau nak lebih mendalami. Haruslah mendalami tau. Nak cemerlang dunia, kena ada ilmu, nak cemerlang akhirat pun mesti ada ilmu. Banyak lagi ceramah-ceramah Ust Nazmi berkenaan sirah nabi dan cerita para sahabat.


Sahabat yang disayangi, selamat menonton.


Kata hati: Ingin sekali bertemu Rasulullah, rindu sangat rasanya. Semoga aku layak.

2 comments: