Saturday, February 2, 2013

Selepas tahiyat akhir sebelum salam

Kala subuh yang hening dan dingin dengan suhu -5 darjah celcius. Dua heater yang terpasang di dalam rumah tidak dapat mengatasi kesejukan alami. Sepasang suami-isteri dengan berjaket tebal dan berstokin bersembahyang subuh berjemaah. Setelah selesai..


**********************************************************************************
Suami: Sayang, baca tak doa selepas tahiyat akhir sebelum salam?
Isteri  : Tak, abang baca ea? Bestnye.. I tau pasal doa tu, tapi belum hafal betul-betul. (Dalam hati berkata: Ishk, Berpuluh-puluh theorem boleh hafal, takkanlah doa sekerat pun tak boleh).
Suami: Abang baca. Macam ni..



Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal”.

Isteri : Ok, nanti I hafal dan amalkan ye. Terima kasih bang.. 
Suami: (Senyum)
**********************************************************************************



Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah kamu berdoa memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara : Berlindung daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati; serta berlindung daripada kejahatan al-masih ad-dajjal”. (HR Muslim)...

Dalam riwayat lain : “Apabila kamu selesai bertasyahhud, hendaklah memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara, baginda membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal”. (HR al-Bukhari dan Muslim)...


p/s: Qasidah yang tengah 'in' skg ni, I like...


1 comment: