Friday, February 15, 2013

Di penjara waktu

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak menulis tentang penjara dan waktu. Ini tak ada mengena dengan lagu Awie yang tajuknya dipenjara janji tu ye. Nyanyi sikit..

"Hati ku digirisnya lagi, kali ini lebih dalam dan pedih, namun aku sudah berjanji, dia cintaku yang terakhir.."

Dah, dah sikit je.. hehe..

Setiap orang mempunyai 24 jam dalam sehari, tiada yang dapat lebih atau kurang. Jika anda seorang academician dan anda rasa anda bekerja lebih dari 40 jam seminggu, post ini ditujukan khas untuk anda. Ha.. cube korang congak, berapa byk masa korang spend utk kerja atau study atau buat research. Sibuk tak? Penat tak? Lebih teruk lagi, kalau weekend pun kena sambung buat keje. Come on lah.. get a life!

Confession: Aku salah seorang daripadanya, yang sentiasa mengejar dan dikejar waktu. Tapi bersyukur sangat bila tgh blogwalking hari tu, terbaca satu artikel yang sangat berguna utk solve masalah ni. Aku rasa macam dah fokus buat kerja sepanjang minggu, tapi bila in the end of the week tup tup keje tak siap2 gak, so takde pilihan, kena sambung buat masa weekend. Aku tak taulah adakah aku ni jenis yang lembab buat keje atau keje memang banyak. Aku rasa dua-dua kot. hehe.. So, aku tau aku perlu berubah, aku taknak hidupku dibelenggu terus menerus dengan kerja-kerja duniawi ini. cewah.. 

40 jam seminggu itu normal, kiranya hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat hanya diperuntukkan 8 jam sehari sahaja. 8x5=40. Simple math! haha..

Antara faktor penyebab ketidakcukupan waktu ini adalah anda tidak efisien dalam membuat kerja.  Maksudnya ialah anda suka berangan, tidak fokus, kadang-kadang buka facebook, buka blog, online shopping dan sebagainya. Lagi bermasalah jika anda update status facebook sebelum atau semasa membuat kerja. Ini akan membuatkan anda menjeling-jeling komputer anda kerana terpengaruh untuk melihat feedback dari rakan2 anda. poorahh...

Faktor ke-dua ialah anda "overdo". Maksudnya ialah anda memperuntukkan masa yang banyak untuk sesuatu job. Contoh macam kes aku, bila aku ada presentation, aku lah orang paling sibuk sekali dalam dunia. Baca artikel tu berkali-kali, rujuk banyak sumber, sentiasa fikir apa soalan yang bakal ditanya. Punye dasyat penangan presentation ni bagi aku. Yelah, serik dowh dgn kes masa tahun 2 disini. Bukan aku cakap tak elok kalau nak prepare macam tu sekali, tapi perlu seimbang dengan job lain. Kalau tak research ko tak jalan-jalan. SV pun nanti fikir kita tak efisien.

So, cara penyelesaiannya ialah dengan merekod masa anda setiap hari ketika anda memulakan dan menghabiskan kerja. Tulis dari pukul berapa hingga pukul berapa kita buat sesuatu job. Ini tidak termasuk korang rehat, g toilet, borak-borak dan lain-lain. Korang boleh nengok contoh aku kat bawah ni supaya lebih jelas. Aku baru je start minggu ni ok.

Saksikanlah! saksikanlah olehmu..  hasilnya amat memalukan kerana sesungguhnya aku tak achieve pun 8 jam sehari. Purata 5 jam 30 minit je. Ouch.. patutla keje tak siap! Ini bukan sebab masalah LEBIH 40 jam, tapi KURANG beb.. Memang patutla kena kerja di hujung minggu. Padan muko!

Tapi kan sebenarnya minggu ini dah yang terbaik aku rasa. Aku tak main-main, buka facebook dan blog hanya ketika lunch hour saja. Jadi bagaimana untuk cukupkan 8 jam ye? Perlukah aku datang seawal 8 pagi? Ini tidak mungkin kerana aku perlu menyiapkan Alya ke babysitter dan menguruskan sedikit hal rumahtangga. 

Aku harap aku dapat menemui cara untuk memperbaiki rekod peribadi aku di minggu-minggu akan datang. In shaa Allah.. semoga Allah memberi keberkatan waktu kepada kita semua. Amin..

2 comments:

  1. Ok nak terai sbb hari ni mmg tak efisien buat keje, bukak FB dekat 10kali rasanya, jadi mmeang tak cukup 40 jam. Beginilah kalau datang rasa malas berpanjangan tanpa sebab.

    Ya Allah bantu hambaMu ini menguruskan waktu dengan baik

    ReplyDelete
  2. akk pun selalu spend less than 5 hours per day utk buat kerja research. Memang pelik tapi benar, rasa macam tak de pun mengular sangat tapi alaih2 dah pukul4 & nak balik rumah. Tapi akk selalusedapkan hati denagn tgk balik planner, kalau dah capai that month punya objective kira okayla kot. boleh ke macam tu? Tapi bila kita start ngajor balik nanti mmg kena igtkan diri yg kita dibayar utk krj selama 40 jam smggu so kalau ngular masa kerja kena pikir2 jugak tahap kehalalannye nanti. Apapun apa yg awk buat tu mmg bagus nora sbb akk pernah kira gak sblm ni.

    ReplyDelete