Sunday, August 11, 2013

Ketagih rendang

Alkisahnya, dek kerana nak menjadikan raya tahun ni lebih enjoyable kami buat open house kecil-kecilan.This is how we turn our sadness into happiness during raya. Kawan melayu pun tadak, so kami jemputlah kawan suami, orang Indonesia dan New York. Diorang tu student USC gak tapi keluarganya tiada di sini. Selain itu aku jemput kawan kamcengku di masjid dan familinya, orang Iraq. Aku sebut dan famili di sini sebab adat menjemput di sini lain sikit. Kalau ko jemput sister tu, maka sister tu je la yang datang tanpa suaminya. Kalau kau jemput suami, nnti si suami tu dtg sorang2. hihi..

Pernah terjadi 2 tahun lepas, we were invited to an open house hosted by an american muslim lady. Kitorang satu family dan satu lagi famili Indonesia pun pergi tanpa ragu-ragu dengan gembiranya. Tapi bila sampai tempat kejadian, kami nampak hanya brothers2 yang ada. Pergi ke dapur pun takde sister2. Aik... Rupanya dia jemput lelaki je. haha.. Nasib baik kitorang ok ngan family tu, so tak jadi hal lah.  

Ok, back to the story, masa open house di rumah kami, aku buat rendang ayam. Diorang cakap sedap giler, diorang cakap bukan aku ok. eheh.. Aku ni jenis bukan pandai masak sgt pun, so kalau ada orang cakap sedap memang kembang semangkuklah. haha.. Nak cerita, kalau aku masak tak sedap pun suami tambah banyak kali, inikan lagi sedap. Lihat saja badannya sudah cukup untuk membuktikan kata-kataku. Lepas itu, semalam iaitu raya ke-3 suami minta dibuatkan rendang lagi. Kali ini rendang daging pula. Haih.. ni yang malas kalau pandai masak ni. (lol just kidding!). Pun menjadi jugak Alhamdulillah..

Kalau nak tahu rahsianya ini dia resepi aku ambil dari myresepi.com. Sedikit tips kepada orang-orang yang tak terer masak macam aku, kalau nak guna resepi dari web ni cari yang orang banyak bagi laporan masakan atau komen sedap. Elakkan mengikut resepi yang takde orang komen langsung. :)

__________________________________________________________

Bahan-bahan 

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit 

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
 __________________________________________________________

Berikut ialah gambar-gambar hasil air tanganku. Poyo je kan. Orang lain lagi terer masak tak kecoh pun. Ngada sangat tau..

Rendang ayam




Rendang daging
Kawan Iraqku, kelakar sgt tau minah ni, suka buat lawak.


Bye.. thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment