Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, masjid kami telah mengadakan art auction untuk mengutip duit bagi memeriahkan lagi raya kami di sini. Acara tahunan ini sungguh mengujakan kerana setiap family digalakkan menyumbang sekurang-kurangnya satu art. Tak kisahla kalau ko buta seni, tak pandai lukis ke apa, yang penting cuba dulu dan pasang niat untuk bersedekah. Hasil karya budak-budak juga banyak diketengahkan. Ataupun kita boleh juga menyumbang art2 yg ada di rumah kita. Hasil daripada auction ini akan digunakan untuk menyewa train for kids, jumping house, clowns, gelongsor yang kena masukkan angin tu (tak tau nama sebenar) dll. Pendek kata, semuanya ditujukan khas untuk kegembiraan anak-anak di hari raya.
Mulanya suami cadangkan supaya alif ba ta alya yang sudah sedia ada ditampal di bilik solat rumah kami dilelong tapi rasa sayang la pulak, ada sentimental value di situ. Lagipun rasanya Alya masih memerlukannya. Tak ke naya bila tengah lelong2 tu Alya jerit "It's mine! it's mine!!" Biasalah dia tu, barang dia mana orang boleh ambil sesuka hati.
Sudah semestinya aku yang tulis huruf-huruf Hijaiyah yang berwarna warni itu. Nak tahu kenapa ada sentimental values, mari kita zoom..
Haa.. yang Alya conteng2 tu yang membuatkan ia mahal bagi aku. Kenangan tu ketika usianya 2 tahun.
Akhirnya, dapat idea nak lukis seperti gambar di bawah ini. Dulu masa duk Malaysia, kalau painting je mesti nak lukis sawah padi, laut, sungai dan pokok-pokok. Tapi bila dah duk oversea ni (cewah) nak la lain sikit ye tak. So we come out dengan idea padang pasir. Mulanya nak buat hujan di padang pasir sesuai dengan potongan ayat Quran yang cuba kami ketengahkan:
"Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel"
Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dia sebaik-baik pengurus. Al-Imran ayat 173.
Konon-konon nak buat analogi hujan tu adalah simbol pertolongan dari Allah di tengah panasnya padang pasir. Tapi tak pandai nak color hujan tu camna takut jadi comot pulak. Buta seni betul. kui kui kui.. Ayat ni sempena mengingati Syria dan Egypt yang sedang bergolak. Tiadalah yang dapat menolong mereka kecuali pertolongan daripada Allah SWT. Dan juga aku suka ayat ni, bila tengah stress selalu baca, kadang-kadang nangis sendiri. Hihu..
Alya tolong kaler tapi kecoh giler masa painting, akulah yang terjerit-jerit.
"Alya! Alya! please do it nice and slow!"
Alya pun boleh tahan jugak bisingnya,
"Mama, mama let me do it. Lemme do it!! I want blue, I want green.."
Hihi.. what can you expect from a kid right? As long as she is happy, we are happy too.
Seeing people bargaining stuffs is really exciting and knowing the fact that your art is one of them is much more exciting. Seriously.. Kalau nak nengok videonya boleh lihat di facebook saya.
Alhamdulillah akhirnya art kami yang tak berapa cantik tu terjual dengan harga USD $25 bermakna sebanyak itu jugalah sumbangan kami untuk komuniti di sini. Tidak cukup dengan itu, in return suami pula bid art-art lain. Tiga frame gambar bunga ni berjaya dibida dengan harga USD$10:
Bunga ni pulak erm.. brape ntah ek, lupa..
Dan yang paling best bila suami dapat bid kulit kambing tertera sebahagian surah al-Qalam dengan harga USD $20. Ini kambing bukan sembarang kambing, ia berasal dari Afrika Selatan tau.
Secara keseluruhannya, art yang paling mahal dibida ialah berharga USD 300. Tapi yang tu bukan homemade lah, diorang beli kot. Cara ni bagus untuk kutip fundraising. Korang pun bolehla apply kat tempat korang gak. Cubalah! In shaa Allah dapat kumpul banyak duit.
Ok bye, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
No comments:
Post a Comment