Wednesday, December 25, 2013

Komunisme


Hari ni 25 Dec. Semua org di US cuti krismas. Tak ada seketul manusia pun di universiti. Aku sorang je meredah kesejukan berjalan ke office. Musim sejuk kali ni sangat mencabar. Dah 4 tahun kat sini, patutnya dah imun tapi badan seakan-akan makin tak reti nak adapt. Ini tandanya  kerinduan kat Malaysia semakin membuak-buak. Rindu cuacanya yang malar sepanjang tahun. Tak perlu nak risau kalau tak pakai jaket tebal, glove dan sebagainya. Takdenya dada ko sejuk, menggigil dan batuk-batuk.

Ah. Mungkin orang Malaysia jeles dengan cuaca 4 musim di luar negara. Untuk tempoh waktu yang singkat bolehla rasa best tapi kalau berbulan-bulan mcm ni, haih.. tak tahanlah. Tak tahan dengan cuaca ekstrem di sini. Kalau panas, panas yg amat sgt, kalau sejuk, sejuk giler sampai ke tulang. Pegang apa benda pun semua sejuk. Sekarang ni pun aku dah risau bila tiba musim bunga nanti. Debunga2 yang berterbangan tu bahaya ok. Boleh menyebabkan mata ko gatal, hidung berair, dan mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini dikenali sebagai 'pollen allergy'. Aku dah kena tahun lepas. Yang paling merisaukan Alya lah. Selalu waktu begini, berkurung dalam rumah je jalan penyelesaiannya. Yelah, tapi sampai bila pun ko boleh berkurung, mesti kena keluar gak kan pergi office, beli grocery dsb. Tak bersyukur ka? hah.. bukanlah begitu. Sakit itu kan penghapus dosa. Itupun kalau kita ikhlas dan redha. Yup, aku ikhlas, aku redha (In sya Allah) tapi sangat2 tak sabar nak balik Malaysia for good.

Aku patutnya habis PhD bulan 8, 2014. Lapan bulan lagi beb. Aku tanya 'komunis' boleh ke aku grad bulan 8 ni. Kalau you all tak tahu siapa 'komunis' yg aku maksudkan tu, dia adalah SV aku ler. Kenapa aku panggil komunis rasanya aku dah cerita kat entry sebelum2 ni. hehe.. Dia cakap

"If you keep this momentum, you will grad on time."

So sbb dia kata boleh, aku pun buat-buat macam bolehla. Kalau org tanya bila balik, dengan slumber aku cakap tahun depan. Walhal, apa yang berlaku dalam diri aku sebenarnya, hanya aku dan Allah saja yang tahu. Aku hanya bersikap positif dan serahkan pada yang Maha Kuasa.

Kalau dikira logik akal, agak sukar nak abis on time sbb aku tak pernah lagi present apa-apa research aku ni. Poster jauh sekali. Aku pun seakan malu, kata study US tapi 1 habuk pun ko tak present. Adalah present tapi kat department sendiri je. Maksud aku takdelah sampai present kat mana2 conference. Entahla, patutnya 2 tahun courseworks dan 2 tahun lagi research. Tapi sebenarnya, yang org lain tak tahu ialah 3 tahun courseworks, so tinggal baki 1 tahun saja utk research. Kat sini, diorang sgt menekankan subjek dlm kelas. Biar 'power' katanya. Power tak power sgtlah tapi pointer aku 3.74. Buat apa nak kisah pointer kan, aku dah ada kerja, lainlah graduate student lain yg masih terkapai-kapai nak kerja mana lepas ni.

Sebenarnya kan, aku pulun buat research start sem lepas tau. Dan sem depan patutnya nak grad???? biar betul? Sekarang ni dah ada 3 chapters. Lagi 2 chapters n 1 chapter conclusion siap ah. Komunis ckp kalau aku nak publish paper dah boleh, tapi dia akan nengok mana2 yg blh ditambah. Sebab katanya dia taknak just publish paper kat conference mana2 tp mesti ada impak. Lagipun kat sini, publish paper bukan syarat untuk grad. As long as you have qualified thesis, that's enough! Aku pun ok je. Katanya yang penting siapkan thesis dulu, nnti lepas dah grad kita boleh discuss lagi camne nak publish.

So guys, itulah perkembangan aku setakat ni. Perjalanan ini tak mudah. Banyak kali jatuh, nangis, luka, letak ubat baik semula dan happy. Macam tulah kitarannya selama ni. Selalu kena marah dgn komunis sampai nangis2 depan dia walaupun kadang2 bukan silap aku. Nasib baik aku ada Allah tempat mengadu.

Semalam aku seakan jumpa 'dead end' sebab aku tak dapat solve one problem. Aku sorang je guna software tu kat sini. Aku dah email author of that journal mintak tlg dia tunjuk macam mana cara sebenarnya. First email, Alhamdulillah dia reply. Sekarang ni menunggu-menunggu jawapan dia. Ah, mungkin die sedang bergembira merayakan krismas. So tenang, sabar, usaha dan solat.

Oh ye. I wanna share this awesome video. Bagus sgt you alls. "How to get what you want from Allah". Mintalah dengan sesungguh hati, menangislah..






Thanks for reading..


Self note:
"Siapkan tesis cepat-cepat. Tak tahan menghadap komunis lama-lama.."