Thursday, March 26, 2015

The battle

Mungkin ramai dah tau, mungkin juga ada yang tak tau. Semalam baru saja berlangsung satu pertarungan yang sangat menekan jiwa. Stress gila tahu. Meh sini nak cerita sedikit sebanyak apa yang berlaku.

Saya dan husband tiba di US hari Sabtu, empat hari sebelum the event. Jetlagged giler weh.. ingatkan nak latih mata ni jangan tidur kul 2 pm ke atas sbb itu lah masa di mana saya akan defense my PhD.  Kalau ikut waktu malaysia pukul 2 pagi, gelap gelita, mmg waktu tidur. Hari pertama cuba, fail!!! kul 2 pm tu ler kelopak mata ni berat semacam, otak pun macam dah pergi ke alam lain. heh.. Hari ke dua pun sama. Hari ke 3 ok sikit, tidur gak tapi kul 4pm. Hari ke 4 makin improve. Bukan setakat perubahan waktu yang perlu kami adapt, perubahan cuaca jugak main peranan. Tak sangka spring tahun ni sejuk giler, dah macam winter dah.. Kami x expect sejuk kemain mcm ni, sbb based on tahun sebelum2nya, xdela macam ni. Kulit muka pulak kering dan mengelupas, x cantik dah, kalau pakai bedak jadi bercapuk capuk... hehe..

Tapi ni bukan ceritanya..

Pagi Isnin, saya jumpa SV, amik semangat nak present la kononnya. Minta tips kat dia, tanya macam mana culture kat sini, what the expectations etc. Kami pun discuss slide presentation. Adela yang perlu diubah suai. Katanya slide saya banyak sangat, dia suh kurangkan dan jadikan lebih compact. Ada benda yang tak perlu saya cerita, ada benda yang perlu saya tekankan and put more slides on that matter. Eh, makan masa sehari gak nak perbetulkan + practise sorang2. Yang tak tahannya, SV suh tambah result on the last chapter. Ya Rabbi, simulation weh.. nak run berapa jam. Mana sempat lagi.

Kalau nak tahu, SV saya ni full of ideas. Sbb tu pangkat dia DISTINGUISH PROFESSOR, bukan professor biasa. Title Professor je pun kita dah rasa hebat giler, inikan pula ada perkataan DISTINGUISH depan tu. Pengalaman selama duk bawah pemerintahan beliau, saya dapat kesan rentak dia. Ok, at the first meeting, dia suh saya buat sekian sekian, and you'll be done. Then, saya siapkan apa yang dia nak dlm masa 2 tahun. Bajet boleh grad on time la ni. Bila die baca hasil kerja saya, die ckp "It's too easy (sambil sengih), you have to add more". La.. dulu kata lain. Maybe it's too easy for him, not for me yang bertungkus lumus siang malam, campur weekend. Mungkin sebelum ni die pun tak nampak jalannya, once saya day solve baru die terfikir benda lain. Then, bila saya dah siapkan keje yang baru, die suh tambah lagi. He keep adding works on me sampai saya betul2 tak larat. Lembik, mentally and physically down. Apa yang saya buat sentiasa tak cukup bagi dia. I can't take it anymore. I want my life back. I want to have more times for my family, especially my kid.

At last, saya bagitau die dgn penuh keseriusan tahap maxima, "I need to finish it within 4 years and half. I got the extension once, and there will be no more for me. I need to report duty in my home country on February 18th, 2015." Lepas diam sejenak dia cakap, "you can go back to your country and come back to US again for the defense on March 2015."

Let me tell you something, in US, standard orang buat PhD 5 tahun ke atas. Professors sini tak kisah pun ko buat PhD berapa tahun, 7, 8 tahun pun x jadi hal bagi diorang. Yang penting, results and what you accomplished. Saya ni nasib baik je jadi salah sorang dalam group yang awal in my batch boleh defense. Tu pun setelah banyak ranjau dan onak duri. So, sape yang nak further study kat US, bear this in your mind. Always remind your supervisor that you have a time limit.

So berbalik cerita pada slide presentation yg SV suh tambah result tu..

Memang tak sempat mak non.. Saya tambah kat slide tu apa yang dah sedia ada, yang saya pernah simulate sebelum ni. Nak tau apa dia reply?

"Saya rasa result inilah patutnya kamu study betul2 dan tekankan. Dalam tesis, result kamu ada yang surface je. Kamu perlu ada result yang boleh jadi milestione in your life."

Dapat email ni pagi sebelum presentation kul 2.30. Dia tulis dalam BI jadi ayatnya lagi kedengaran tegas and stern. Dapat tak bayangkan perasaanku di kala itu? I expect dia wish Good luck ke, you'll do good ke.. it's going to be ok ke..

Why don't he tell me earlier, when I submitted the full draft. Why now? why? aku ni nak present kot. Lagi berapa jam lagi. I just need to hear GOOD LUCK from him. Please.. At that moment, I feel my work is lousy and nothing. Ibarat saya ni macam tikus yg tak faham ape2 kalau dibandingkan dengan Stephen Hawking (Sebab baru nengok movie Stephen Hawking dalam flight ke US). Mentally down. Seriusly. Nangis.. tersengguk-sengguk.. tersedu-sedu. Nobody knows, memang taknak bagitau sape-sape, takut nanti perasaan jadi lebih sedih. Even my husband don't know about this until last night.

Ku kumpul kekuatan. Mencari saki baki harapan yang tinggal. Put a smile in my face. Baca Yassin sempat 2 kali sebelum present, dan akhirnya presentation berjalan. Datang pertolongan Allah, presentation lancar dan dapat jawap semua soalan. Cuma ada examiner komen kurang agresif, maybe aku kurang energy masa tu. But on the content, Alhamdulillah takde masalah.

Congratulation! You passed!!

Macam tak percaya dengar perkataan ini dari SV dan examiner. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Indeed, this is from Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan daripada-Nya.

One remarkable comment from my SV to the audience in the end of the session:
"I don't think anybody in this room is able to simulate that complex system in the mixer tank environment like Nora did, there's a lot of details to take care of."

Feedback from audience:

"Wow! You did a lot of work! Congratulations.."

"There's a lot of work, three stages of modeling huh?"

Terkejut dengar ulasan SV. Tak sangka rupanya dia hargai jugak apa yang saya buat. Die tak pernah mention pun pasal tu sebelum ni. Allahu Akbar!

Dan, semalam baru saya sedar rupa-rupanya kerja2 research yang saya buat selama ni banyak. All this while, rasa low esteem je setiap kali dapat feedback dari SV. Di matanya, apa yang saya buat sentiasa tak cukup, he wants MORE, MORE, MORE, the sky is the limit, push yourself. Tapi itulah yang mematangkan saya, In sha Allah.. Even for the final dissertation correction pada 17 april ni, SV suh letak juga pasal result tambahan in details. In sha Allah, I'll try my best.


Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Subhanallah.. Allahu Akbar..

p/s: Khas untuk sahabat yang sedang berjuang, I feel you... be strong and just don't give up. During hard times, redha and always remember that Allah has a better plan for you. Never underestimate the power of doa. Memorize Yassin and recite it as much as you can. Good luck and all the best!