Wednesday, September 24, 2014

Can I still go to Jannah?

Alya.

Sekarang ni setiap kali dia buat salah, contohnya jongket2 kerusi, sepah2 barang, lambat mandi pastu mama marah,  dia akan tanya

"Can I still go to Jannah?"

Sebabnya aritu nengok siri 'Always a traveller' by Miss Nina. Salah satu nya Ustazah Yasmin Mogahed cakap, dengan anak-anak kecik ni, kita kena tanamkan kat dia supaya sayang Allah dan cerita betapa bestnya syurga kat diorang. Apa-apa yang kita nak, semua ada kat Jannah. Aku ceritalah kat Jannah best, lebih best dari Disneyland, boleh makan aiskrim banyak-banyak, boleh main merry go round puas-puas, boleh duduk kat castle etc.

Semalam petang, dia jongket2 kerusi lagi dan entah macam mana kaki kerusi tu terhempap atas kuku kaki dia. Apalagi lebamla.. menangis, mama kat study room masa tu terus bergegas keluar. Dengan nangis2 dia tanya

"Can I still go to Jannah?"

Allahu Akbar.

"Of course you can, sayang. What's in Jannah?"

"I have a castle there.. like in the Frozen movie, snow castle."

"Can I go to your castle?"

"Yes, you can.. you'll have a bigggg bedroom, so cozy.."

"But, it must be very cold. Do I need a jacket?"

"No, you don't need that. It's nice and cozy.."

"Okay, thank you Alya. Are you ok now?"

"yes.."

Magic Kingdom, Orlando, Florida.

Thursday, September 18, 2014

Reflection on surah Al Fatihah

Semua kandungan penjelasan/tafsir surah Al-Fatihah di bawah ini bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
 - Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.

Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.

--------------------------------

Surah Fatiha - The Mother of The Book

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah)
Sesiapa yang betul-betul faham surah Al-Fatihah, dia mampu untuk menerangkan Islam kepada orang lain secara komprehensif. Ia mengandungi semua apa yang perlu kamu tahu dan dapat menjelaskan gambaran penuh tentang Islam.
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."
Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah. Dua item dalam satu ayat: puji dan syukur. Terdapat perbezaan antara memuji dan berterima kasih. Seseorang yang kamu puji tak semestinya kamu berterimakasih kepadanya. Dan seseorang yang kamu berterimakasih tak semestinya itu orang yang kamu puji.

Tapi kepada Allah, kita sebut "Alhamdu". Semua yang Allah buat, semua yang Allah beri, kita berterimakasih pada-Nya dan pada masa yang sama kita puji. Untuk semua perkara, walau sekecil-kecil perkara pun, kita puji dan berterimakasih kepada Allah.

Allah adalah Rabb, Tuhan semesta alam. Maksudnya kita kena sedar diri bahawa kita ni hamba. Pengertian hamba. Kita bukan jadi hamba pada masa tertentu, contohnya waktu solat saja kita jadi hamba, tetapi setiap masa, setiap detik, setiap saat kita adalah hamba. Kita juga bukan 'servant' yang akan buat kerja apabila dibayar gaji. Allah ialah Tuhan. Kerana banyak sangat yang di beri Allah, kita mahu menjadi hamba-Nya. Kita sendiri mahu menjadi hamba-Nya.
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Al-Fatihah, ayat 2-3)
Selepas Allah beritahu Dia Tuhan semesta alam, Allah perkenalkan diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sentiasa sangat pemurah, sangat penyayang dan sangat belas kasihan. Bila kita baca  Ar-Rahman Ar-Rahim (Maha Pemurah dan Maha Penyayang), ya Allah.. kita rasa macam nak sebut Alhamdulillah lagi.
"Yang menguasai di Hari Pembalasan."
(Al-Fatihah, ayat 4)
Kata berlawan bagi belas kasihan ialah hukuman. Belas kasihan memberi gambaran positif dan hukuman memberi gambaran negatif. Yang ditengah-tengahnya ialah pengadilan/penghakiman (judgement). Allah Maha Sempurna, Allah Maha Adil.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah ayat 5-7)
Pertempuran antara jasad (tubuh badan) dan jiwa (roh). Contohnya, bila waktu fajar, jasad kata nak tidur tetapi jiwa kata nak bangun solat subuh. Sesetengah orang sangat-sangat menjaga jasad (kesihatan tubuh badan, penampilan diri dll) tetapi tidak menjaga jiwanya. Siapa yang boleh cipta keseimbangan antara jasad dan jiwa? Allah. Dia yang mencipta jasad, Dia yang mencipta jiwa, Dia juga yang boleh mencipta keseimbangan antara keduanya. Kembalilah kepada Allah. Mintalah pertolongan Allah.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Kita perlu minta petunjuk Allah sentiasa. Kita selalu anggap petunjuk itu untuk kita hindarkan yang haram saja, tapi sebenarnya ia lebih dari itu. So powerful. Setiap langkah yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, perlu petunjuk daripada Allah.

Mari imbas kembali surah Al-Fatihah dimulakan dengan:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan."
Empat ayat pertama ini berkisar tentang idea/ilmu pengetahuan: Ilmu tentang Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang, ilmu tentang Allah Tuhan semesta alam, ilmu tentang hari pembalasan. Kemudian ayat ke-5-7 bekisar tentang tindakan: Hanya Engkau yang kami sembah, kami minta pertolongan, tunjukkan kami jalan yang lurus. Pertama, ilmu dan seterusnya diikuti dengan tindakan. Ilmu, tindakan. Kita perlu ilmu kerana ilmu itu membawa kita kepada tindakan yang betul.

Keseimbangan antara ilmu dan tindakan itu juga sebahagian dari petunjuk Allah. Apa yang menjadikan ekstrim? Apabila kurang salah satu daripadanya. Sesetengah orang punya banyak ilmu tapi tiada tindakan. Sesetengah orang pula banyak bertindak tetapi tak bersandarkan pada sebarang ilmu. Tunjukilah kami jalan yang lurus, ya Allah..

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Jika kita minta air, tak haus sangat sebenarnya, dan orang yang kamu minta itu tidak beri, kita ok je, takde pape..
Jika kita betul-betul minta air, haus sangat-sangat ni, perit tekak dah ni, adakah sama? Tak sama bukan? Tak sama attitude, sikap kita minta air, cara kita minta air tu, dan cara kita merayu minta air tu. Kita minta petunjuk Allah setiap kali kita solat. Adakah kita betul-betul minta petunjuk atau sekadar ala kadar; takpela, it's ok, tak dapat petunjuk pun takpe. Attitude macam mana kita minta kat Allah?

Kita perlu minta petunjuk Allah sepenuh hati, sejujur perasaan, desperately. Betul-betul rasa nak sangat. Kalau kita faham apa makna petunjuk itu, automatically kita akan tau cara macam mana nak minta, dan Allah akan buka pintu hati kita untuk faham mesej-mesej berharga. 

Semoga Allah terima solat kita. 
Semoga Allah buka pintu hati kita untuk menerima petunjuk-Nya untuk mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah beri cahaya kepada dada kita dengan cahaya al-Quran .

-Quran tafsir by Ustaz Nouman Ali Khan.
Surah Fatiha (Points to ponder) by Ustaz Nouman Ali Khan


----------------------------------------------------------------------
Ringkasan keseluruhan Al-Quran dalam 2 ayat oleh Ustaz Nouman Ali Khan:

(1) Terima hakikat Allah sebagai Tuhan dan terima hakikat diri kita sebagai hamba.

Kebanyakan orang terima Allah sebagai Tuhan. Tiada masalah, ianya tidak sukar. Mereka terima Allah sebagai yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tetapi yang susah ialah terima hakikat bahawa diri kita adalah hamba. Hamba tidak boleh berbuat sesuka hati, kita mesti buat perkara apa yang Tuan kita arahkan.

(2) Petunjuk Allah hanya bermanfaat kepada orang yang menerima hakikat dirinya sebagai hamba.

Hamba dan petunjuk adalah ringkasan daripada Al-Quran. Ringkasan ini nampak macam simple tetapi untuk merealisasikannya memerlukan struggle seumur hayat.




Saturday, September 13, 2014

Al-Balad, The City, Negeri.

Semua kandungan penjelasan/tafsir surah Al-Balad di bawah ini bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
 - Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
- Kuliah Tafsir Juz Amma, Al-Balad oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.

 ----------------------------------------------------------------
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya, Demi masa, Demi langit, Demi Tin dan Zaitun...

Terlalu banyak sumpah tertulis dalam Al-Quran. Ia untuk menarik perhatian manusia. Ia menandakan bahawa perkara yang nak disebut selepas sumpah itu benar-benar penting. Oleh kerana ianya sangat penting, maka kita manusia perlu berikan perhatian sungguh-sungguh.

Dalam surah Al-Balad, sumpahnya ialah
"Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah), dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini, dan demi bapak dan anakya." (Al Balad ayat 1-3)

dan kemudian ayat seterusnya, iaitu perkara yang perlu diberi perhatian atau tajuknya ialah
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad ayat 4). 
Allah beritahu manusia, bahawa Dialah yang menjadikanmu, bukan mu jadi sendiri. Dan Dia menjadikan mu berada di dalam keadaan penat i.e sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).

Allah buat kita dalam keadaan penat, manusia tidak dicipta untuk duduk berehat saja. Nak cari orang senang lenang dalam dunia ni tak ada. Orang kaya penat dengan penat dia, orang miskin penat cara miskin dia, orang bijak penat cara bijak dia, orang bodoh penat cara bodoh dia. Semua manusia hidup dalam penat dan susah, tiada yang senang. Jangan berasa penat ikut agama. Semua cikgu dan pensyarah mesti beritahu anak didik, bahawa selagi kita duduk atas dunia, tidak akan berjumpa dengan senang kecuali melalui penat, penat, penat. Tak penat di sini, akan penat di akhirat.

"Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah)". (Al Balad ayat 1)
Mekah. Apa perasaan orang beriman bila disebut tentang Mekah. Lain perasaannya bila mereka melancong ke tempat/negeri/negara lain. Istimewanya Mekah ialah kerana ketenangannya, seolah-olah semua masalah hilang bila terpandang kaabah, rumah Allah.


"Apakah manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tiada seorang pun yang berkuasa atasnya?" (Al Balad ayat 5)
Ayat sebelumnya ialah tentang manusia di seluruh dunia, tak kira apa bangsa atau status dicipta oleh Allah untuk berasa susah payah, berasa bimbang dan sentiasa 'struggle'. Tetapi sesetangahnya berasa saya tak lemah, saya tak perlukan apa-apa pertolongan, saya hebat, dan saya nombor satu.


Dan mengatakan: "Aku telah menghabiskan harta yang banyak".
(Al Balad ayat 6)
Ayat sebelumnya ialah tentang manusia yang berfikir/berasa dia hebat dari segi kuasa. Sekarang, ayat ke 6, dia berkata pula tentang kekayaanya. Ayat ke 5 FIKIR/RASA (orang lain tak tahu); ayat ke 6 pula BERKATA (orang lain tahu).

Dengan sombong ia berkata aku telah habiskan harta yang banyak. Dia ingin berithahu berapa banyak dia laburkan hartanya. Dia sendiri dah tahu dah apa yang dia belanjakan, 'nobody cares..', tapi dia nak pastikan orang lain juga tahu hartanya habis ke mana ('literally' menunjuk-nunjuk kekayaannya).


"Apakah dia menyangka bahwa tiada seorangpun yang melihatnya? Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata, lidah dan dua buah bibir." (Al-Balad ayat 7-9)

Kalau kamu tidak mahu reflek legasi bapak-bapak sebelum kamu, atau legasi bangsa-bangsa terdahulu, sekurang-kurangnya reflek kehidupan kamu sendiri. Adakah kamu fikir tiada siapa nampak apa yang kamu buat selama ini? Allah tidak tahu kamu belanjakan harta kamu ke mana? Dia yang memberikan kamu keupayaan melihat, jangan fikir Dia tidak melihat apa yang kamu kerjakan. Dengan kekayaan yang kamu ada, boleh kamu bayar harga kedua mata kamu? Kamu menggunakan lidah untuk berkata tentang kekayaanmu. Itukah tujuan Kami jadikan lidahmu? Allah mencipta dua bibir untuk menjaga lidah di dalamnya. Bibir untuk mengawal lidah. Kesombongan dimanifestasi oleh lidah dan itu jenayah yang besar. Mungkin lidah yang sama akan menjadikan kamu menangis di hari pembalasan nanti. Subhanallah.. Allah menjadikan lidah dan dilengkapi pula dengan dua bibir untuk mengawal lidah. 


"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. " (Al-Balad ayat 10)
Hanya ada dua jalan kehidupan; satu jalan menuju kebaikan, dan satu lagi jalan menuju kehancuran. Malangnya jalan kesesatan itu lebih menarik hati manusia daripada jalan kebaikan. Allah memberi laluan kepada kedua-dua jalan itu. Jalan menuju kebaikan telah diceritakan secara jelas dan terperinci dan manusia boleh bezakan mana satu jalan yang betul mana satu salah. Contohnya, melihat dari aspek moral, secara psikologi, apabila seseorang menipu, degupan jantung akan lebih laju dan tekanan darah menjadi tinggi. Ini menunjukkan manusia dicipta bukan untuk menipu. Ia melawan fitrah kejadian sebenar.

Allah tunjuk dengan jelas kedua-dua jalan dan Allah bantu di sepanjang setiap laluan itu. Apabila seseorang memilih jalan baik, Allah akan bantu dengan kemudahan-kemudahan dan memberinya petunjuk. Apabila seseorang memilih jalan kehancuran, Allah menambah kesesatannya jadi dia semakin buta dan sesat. "You wanna be bad, let's see how bad you can get". Sama ada kanan atau kiri, kedua-dua jalan itu membuat kita penat (rujuk ayat 4 surah Al-Balad).

Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu?
Iaitu memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan,
(kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat,
atau kepada orang miskin yang sangat fakir.
 (Al-Balad ayat 11-16)

Bayangkan imej ini: seseorang di kaki bukit mempunyai dua pilihan laluan untuk ke puncak; iaitu kanan dan kiri. Allah menunjukkan dengan jelas jalan yang ini menuju ke sini dan yang satu lagi menuju ke sana. Sama ada kiri atau kanan, mendaki ke puncak itu pasti akan mengerah tenaga dan memenatkan. Satu jalan ini senang untuk ke puncak, tetapi bila sampai di atas, ada kesusahan. Dan lagi satu, ianya sangat sukar di permulaan, bila sampai ke tempat tertentu, laluan menjadi mudah. Kebanyakan manusia suka yang mudah di permulaan.

Manusia tidak memilih jalan yang sangat sukar dan mencabar. Allah berikan dua mata, lidah, dua bibir, dan pelbagai kebolehan lain, mengapa dia rasa dia tak layak melalui jalan yang sukar ini. Kenapa dia tak ambil jalan yang sukar ini? Jalan inilah yang akan menyelamatkannya di pengakhiran nanti. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? 

- menyelamatkan seseorang dari perhambaan (sesetengah ulama mengatakan membebaskan diri sendiri daripada dosa dengan bertaubat). Langkah pertama untuk mendaki ke puncak ialah atasi nafsu kamu sendiri, kuasai diri kamu sendiri dengan melakukan taubat.

- atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat,
atau kepada orang miskin yang sangat fakir. (mesti menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri) Bagi makan kepada mereka. Bila? Bila masa kelaparan dan kebuluran (akibat kemarau, ekonomi merundum). 


Subhanallah, dalam surah ini Allah belum lagi sebut tentang iman. Allah bercakap tentang etika dan moral menjadi orang yang tidak pentingkan diri sendiri.


"Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan." (Al-Balad ayat 17-18)
Rujuk ayat sebelum yang mengatakan tentang memberi makan kepada mereka yang kelaparan. Masalah kebuluran di dunia semakin meningkat setiap hari. Sukarewalan yang bekerja di bawah misi kemanusiaan, biasanya melaporkan setiap tahun akan meningkat jumlah orang yang dapat dibantu. Graf kemajuan meningkat. Namun, cuba kita bandingkan result tersebut dengan jumlah orang yang kebuluran setiap hari. Apa yang kamu nampak? Progress kamu membantu di sebelah ini, dan progress masalah di sebelah lain. Masalah meningkat secara exponential dengan pantas. Mereka yang bekerja di bidang sukarelawan pasti cepat tersedar perkara ini dan rasa putus harapan kerana terlalu ramai yang ingin dibantu setiap hari. Masalah tak berakhir sebab itu muncul slogan seperti "Support one orphan", "One dollar a day" etc.

Penyelesaiannya, kembali kepada iman dan Allah. Iman disebut dalam surah ini selepas memerdekakan hamba dan memberi makan kepada mereka yang kebuluran.  Apa yang Allah sebut tentang orang beriman? Allah janji akan ganti selepas dia ketakutan kepada rasa keamanan dan keselamatan. Iman membawa aman (rasa selamat). Kamu kembali kepada Allah dan Allah akan turunkan barakah daripada langit. Masalah- masalah dunia seperti kebuluran dan 'corruption' akan dijaga oleh Allah.

Mereka yang beriman akan menasihati, memotivasi, mendorong satu sama lain untuk sabar. Apa itu sabar? Tenang, komited, konsisten, dan terus bertahan. Mengapa perlu sabar? Kerana mendaki ke puncak itu sukar (rujuk ayat sebelum) dan kamu mungkin berasa putus asa, perlu ada seseorang untuk mendorong kamu. Bantu antara satu sama lain. Point kedua ialah berpesan dengan kasih sayang. (Subhanallah.. cantik ayat ini). Mereka itulah golongan kanan dan selamat. Semoga Allah menjadikan kita salah seorang daripada golongan ini. 

"Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat." (Al-Balad ayat 19-20)
Dan kepada mereka yang tidak percaya ayat-ayat Allah. Tiada perbincangan tentang ayat-ayat Allah (Al-Quran) dalam ayat-ayat sebelum pada surah ini. Ayat-ayat sebelum menyebut tentang jalan menuju ke puncak yang sukar, kerja-kerja kemanusiaan dan sedikit sentuh tentang iman. Masalah utama disini ialah, mereka yang tidak percaya dengan Al-Quran. Kita dapat pengertian iman dalam ayat sebelum iaitu yang pertama ialah iman kepada Allah. Dan sekarang, ayat ini menekankan satu lagi iman, i.e. iman kepada ayat-ayat Allah. Kerana Al-Quran ialah sebenar-benar petunjuk bagi menyelesaikan semua masalah manusia.

Mereka yang tidak percaya ayat-ayat Allah ialah golongan kiri iaitu golongan yang dilaknat. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat. Pada ayat sebelum, bila Allah sebut tentang golongan kanan, Allah tidak sebut tentang syurga. Tetapi pada golongan kiri, Allah sebut tentang neraka. Setiap surah ada klimaks. Klimaks surah ini bermula dengan "La" (tidak) pada ayat pertama dan kebanyakan ayat-ayat dalam surah ini menyebut tentang orang yang tidak baik (sombong, bermegah-megah dsb). Point lain ialah neraka yang tertutup rapat. Tertutup rapat bermakna bahang kepanasan yang tidak akan keluar iaitu kekal panas membakar.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari seksaan api neraka.
Semoga Allah mudahkan kita semua masuk ke syurga tanpa hisab.

Tamat surah Al-Balad.

Semua kandungan penjelasan ayat bukan idea penulis sendiri. Ianya diambil dari rakaman kuliah:
 - Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
- Kuliah Tafsir Juz Amma, Al-Balad oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Astagfirullah, aku memohon keampunan-Mu ya Allah.