- Quran Tafseer by Ustaz Nouman Ali Khan.
Astagfirullah (Aku memohon keampunan daripada Allah). Yang pasti, Allah lebih mengetahui makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Kita sebagai hamba, cuba untuk memahaminya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk jalan kehidupan.Semoga kita dapat memahami ayat-ayat Allah sepertimana mengikut kehendak Allah bagaimana manusia perlu faham, bukan mentafsir mengikut nafsu akal manusia.
--------------------------------
Surah Fatiha - The Mother of The Book
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Sesiapa yang betul-betul faham surah Al-Fatihah, dia mampu untuk menerangkan Islam kepada orang lain secara komprehensif. Ia mengandungi semua apa yang perlu kamu tahu dan dapat menjelaskan gambaran penuh tentang Islam.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah)
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."Segala puji dan syukur hanyalah milik Allah. Dua item dalam satu ayat: puji dan syukur. Terdapat perbezaan antara memuji dan berterima kasih. Seseorang yang kamu puji tak semestinya kamu berterimakasih kepadanya. Dan seseorang yang kamu berterimakasih tak semestinya itu orang yang kamu puji.
Tapi kepada Allah, kita sebut "Alhamdu". Semua yang Allah buat, semua yang Allah beri, kita berterimakasih pada-Nya dan pada masa yang sama kita puji. Untuk semua perkara, walau sekecil-kecil perkara pun, kita puji dan berterimakasih kepada Allah.
Allah adalah Rabb, Tuhan semesta alam. Maksudnya kita kena sedar diri bahawa kita ni hamba. Pengertian hamba. Kita bukan jadi hamba pada masa tertentu, contohnya waktu solat saja kita jadi hamba, tetapi setiap masa, setiap detik, setiap saat kita adalah hamba. Kita juga bukan 'servant' yang akan buat kerja apabila dibayar gaji. Allah ialah Tuhan. Kerana banyak sangat yang di beri Allah, kita mahu menjadi hamba-Nya. Kita sendiri mahu menjadi hamba-Nya.
"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Selepas Allah beritahu Dia Tuhan semesta alam, Allah perkenalkan diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sentiasa sangat pemurah, sangat penyayang dan sangat belas kasihan. Bila kita baca Ar-Rahman Ar-Rahim (Maha Pemurah dan Maha Penyayang), ya Allah.. kita rasa macam nak sebut Alhamdulillah lagi.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Al-Fatihah, ayat 2-3)
"Yang menguasai di Hari Pembalasan."Kata berlawan bagi belas kasihan ialah hukuman. Belas kasihan memberi gambaran positif dan hukuman memberi gambaran negatif. Yang ditengah-tengahnya ialah pengadilan/penghakiman (judgement). Allah Maha Sempurna, Allah Maha Adil.
(Al-Fatihah, ayat 4)
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah ayat 5-7)Pertempuran antara jasad (tubuh badan) dan jiwa (roh). Contohnya, bila waktu fajar, jasad kata nak tidur tetapi jiwa kata nak bangun solat subuh. Sesetengah orang sangat-sangat menjaga jasad (kesihatan tubuh badan, penampilan diri dll) tetapi tidak menjaga jiwanya. Siapa yang boleh cipta keseimbangan antara jasad dan jiwa? Allah. Dia yang mencipta jasad, Dia yang mencipta jiwa, Dia juga yang boleh mencipta keseimbangan antara keduanya. Kembalilah kepada Allah. Mintalah pertolongan Allah.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Kita perlu minta petunjuk Allah sentiasa. Kita selalu anggap petunjuk itu untuk kita hindarkan yang haram saja, tapi sebenarnya ia lebih dari itu. So powerful. Setiap langkah yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, perlu petunjuk daripada Allah.
Mari imbas kembali surah Al-Fatihah dimulakan dengan:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Empat ayat pertama ini berkisar tentang idea/ilmu pengetahuan: Ilmu tentang Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang, ilmu tentang Allah Tuhan semesta alam, ilmu tentang hari pembalasan. Kemudian ayat ke-5-7 bekisar tentang tindakan: Hanya Engkau yang kami sembah, kami minta pertolongan, tunjukkan kami jalan yang lurus. Pertama, ilmu dan seterusnya diikuti dengan tindakan. Ilmu, tindakan. Kita perlu ilmu kerana ilmu itu membawa kita kepada tindakan yang betul.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan."
Keseimbangan antara ilmu dan tindakan itu juga sebahagian dari petunjuk Allah. Apa yang menjadikan ekstrim? Apabila kurang salah satu daripadanya. Sesetengah orang punya banyak ilmu tapi tiada tindakan. Sesetengah orang pula banyak bertindak tetapi tak bersandarkan pada sebarang ilmu. Tunjukilah kami jalan yang lurus, ya Allah..
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Jika kita minta air, tak haus sangat sebenarnya, dan orang yang kamu minta itu tidak beri, kita ok je, takde pape..
Jika kita betul-betul minta air, haus sangat-sangat ni, perit tekak dah ni, adakah sama? Tak sama bukan? Tak sama attitude, sikap kita minta air, cara kita minta air tu, dan cara kita merayu minta air tu. Kita minta petunjuk Allah setiap kali kita solat. Adakah kita betul-betul minta petunjuk atau sekadar ala kadar; takpela, it's ok, tak dapat petunjuk pun takpe. Attitude macam mana kita minta kat Allah?
Kita perlu minta petunjuk Allah sepenuh hati, sejujur perasaan, desperately. Betul-betul rasa nak sangat. Kalau kita faham apa makna petunjuk itu, automatically kita akan tau cara macam mana nak minta, dan Allah akan buka pintu hati kita untuk faham mesej-mesej berharga.
Semoga Allah terima solat kita.
Semoga Allah buka pintu hati kita untuk menerima petunjuk-Nya untuk mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah beri cahaya kepada dada kita dengan cahaya al-Quran .
-Quran tafsir by Ustaz Nouman Ali Khan.
Surah Fatiha (Points to ponder) by Ustaz Nouman Ali Khan
----------------------------------------------------------------------
Ringkasan keseluruhan Al-Quran dalam 2 ayat oleh Ustaz Nouman Ali Khan:
(1) Terima hakikat Allah sebagai Tuhan dan terima hakikat diri kita sebagai hamba.
Kebanyakan orang terima Allah sebagai Tuhan. Tiada masalah, ianya tidak sukar. Mereka terima Allah sebagai yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tetapi yang susah ialah terima hakikat bahawa diri kita adalah hamba. Hamba tidak boleh berbuat sesuka hati, kita mesti buat perkara apa yang Tuan kita arahkan.
(2) Petunjuk Allah hanya bermanfaat kepada orang yang menerima hakikat dirinya sebagai hamba.
Hamba dan petunjuk adalah ringkasan daripada Al-Quran. Ringkasan ini nampak macam simple tetapi untuk merealisasikannya memerlukan struggle seumur hayat.
No comments:
Post a Comment