Monday, October 6, 2014

Surat Al-'Ikhlāş (The Sincerity)

[Reflection on surah Al-Ikhlas (The Sincerity)]
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". (Surah Al-Ikhlas)
Surah ini sangat disukai oleh para sahabat nabi. Sahabat nabi menggelarkan surah ini dengan lebih daripada 20 nama. Antaranya ialah:
- Surah penyembuh penyakit syirik
- Surah Samad
- Surah Asas (asas keseluruhan agama, misi Nabi Muhammad SAW)
- Surah Nur (cahaya al-Quran ialah Surah Al-Ikhlas)
- ...

Sahabat nabi sangat mencintai surah ini. Cintanya pada surah ini membolehkan dia masuk ke syurga. Bila kita cinta Allah, Allah akan mencintai kita kembali. 

Membaca Surah Al-Ikhlas seperti membaca 1/3 daripada al-Quran (Sahih Muslim). Kenapa 1/3? Kerana 1/3 daripada Al-Quran membicarakan tentang Allah, siapa Allah, dan iman. Surah ini ialah ringkasan paling komprehensif tentang tauhid. Jika kita betul-betul faham surah Al-Ikhlas kita tidak akan tergelincir ke jalan syirik. Ia hadiah istimewa daripada Allah kepada umat manusia.


Ayat pertama,
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Katakanlah, Dia Allah dan Dia Ahad (Satu). Mesej tauhid berhubung dengan mesej dakwah.

Ayat ke-2,
As-Somad: Yang Maha Diperlukan/ Tempat Meminta / Yang Maha Menjadi Tumpuan.
As-Somad maksudnya sesuatu yang dijadikan objektif dan matlamat utama; kita rasa nak mencapainya. Dalam surah ini, disebut Allah As-Somad. Allah ialah matlamat utama. Ini adalah sebab mengapa surah ini dinamakan  Al-Ikhlas kerana ikhlas membawa maksud kita buat sesuatu hanyalah dengan tujuan mendapatkan rahmat, kasih sayang dan belas ehsan daripada Allah.

[In Depth Analysis and Tafseer of Surah 112 Ikhlas by Nouman Ali Khan] 

No comments:

Post a Comment