Wednesday, November 19, 2014

Perjuangan

Salam sahabat yang disayangi Allah..

Minggu lepas kami pergi New York untuk renew pasport Alya. Perjalanan paling jauh kami rasa, bayangkan 14 jam duk dalam kete. Husband drive sorang, mengantuk tu biasalah.. memang tak dapat dielakkan. Kite yang duk sebelah ni pun tahan-tahan mata tak mau bagi terlelap, tapi kadang2 tertidur jugak. So, untuk elakkan husband tersengguk-sengguk kite suruh husband nyanyi, biar segar sket. hehe.. die pun nyanyila.. tapi banyak lagu nasyidla. Sebab konon-konon dulu kat sekolah dia juara pertandingan nasyid. hihi..  Ada satu lagu tu tajuknya "Perjuangan".

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Bila dengar lirik tu, kite ter reflek balik perjalanan PhD ni. Sebak sekejap. Fuh..

Penumpang menerima nasib berlainan.
Ya, ada orang diberi rezeki mudah dengan urusan PhD nya. Maksudnya takdelah mudah mana, what I mean is kalau orang tu berusaha, berdisiplin buat kerja hari-hari akan dapat hasilnya. Tapi  ada juga orang berhempas pulas, ikut semua teknik baca paper, teknik buat research, buat kerja hari-hari tapi jalan keluar masih kabur. Malah semakin banyak pula cabaran baik dari segi SV, research group member, kesihatan, kewangan dan sebagainya.

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati

Perjalanan ni juga personally buat kite rasa kebergantungan yang sangat-sangat pada Allah yang Maha Mendengar. Itu sesuatu yang sangat berharga dan tak mungkin kite kecapi perasaan ini kalau Allah bagi senang. Mungkin kite akan jadi lupa dan kalau kita berjaya, kita rasa itu atas usaha kita sendiri, bukan atas belas ehsan daripada Allah.

Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 
Menuntut ilmu itu jihad. Semakin payah kita rasa, semakin banyak yang kita pelajari dan semakin banyak pula ganjarannya In shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kepada kita kemanisan dalam perjuangan ini. Apa niat kita nak dapat PhD? Adakah kerana nak dapat gelaran Dr, dipandang tinggi oleh kawan2 dan masyarakat? Atau kita nak guna title Dr ni untuk masyarakat lebih mendengar kata kita bila kita mengajak mereka menjunjung tinggi kalam Allah? You know better.. High position makes your voice louder, no doubt!

Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya boleh jatuh, dan yang gagal pun boleh jatuh tenggelam. Yang ada sandaran yang kukuh saja benar-benar berjaya. Kenapa pula yang berjaya boleh jatuh? Sebab bila berjaya mungkin kita makin jauh daripada Allah, merasa hebat, dan yang gagal pula buat kita rasa putus asa, putus harapan dengan pertolongan Allah. Tapi setakat ni, tengok ramai yang dah berjaya, dan menjadi hamba yang lebih baik. Allahu Akbar!

Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa  

Kesimpulannya, berjaya atau gagal tetaplah ikhlaskan hati, berserah semuanya kepada Allah. Sebenarnya jika hadapi kesukaran, itu bukan kegagalan namanya, tapi itu adalah "kejayaan yang ditangguhkan."

Nah... untuk semua para pejuang, Selamat Berjuang. Jangan putus asa, kerana Allah dah janji, setiap kesukaran itu pasti disusuli dengan kesenangan. Seperti dalam ayat 1000 dinar, Allah telah menetapkan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu itu.

Ya Allah, berikanlah rasa puas padaku dengan ketetapan-Mu dan berkatilah aku dengan semua yang telah dipastikan bagiku sehingga aku tidak menyukai kesegeraan dari apa yang Engkau tangguhkan dan tidak pula menyukai penangguhan dari apa yang Engkau segerakan.

p/s: Ada sahabat yang tidak di sisi kita, tapi nama kita sentiasa dalam doa dia. Ya Allah, sayangi dia.



4 comments:

  1. Ini antara lagu nasyid favorite cik z juga. "Kejayaan yang ditangguhkan", ungkapan yang sangat terkesan dihati. Salam perjuangan dari Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. favorite song juga ye cik z. yey.. kita geng. Alhamdulillah, tugas cik z hampir selesai. happy for you.. and congratulation in advanced.

      Delete
  2. selamat berjuang nora. kami sentiasa mendoakan dari jauh.

    ReplyDelete
  3. untuk kak fizah juga. selamat berjuang. Terima kasih banyak-banyak atas doa yang tak putus-putus.

    ReplyDelete