Thursday, July 5, 2012

Lama menyepi

Assalammualaikum, apa khabar dan semoga Allah merahmati sekalian muslimin muslimat dan mukminin mukminat. Hmmm.. lama menyepi kan? Facebook pun jarang update, cuma letak gambar vacation je untuk tatapan ahli keluarga. Kadang-kadang teringin juga nak update Facebook tapi lepas fikir banyak kali tak jadi. Kadang-kadang dah post, tapi selang 1 minit delete semula. Kenapakah? 

Banyak sebab-sebabnya. Tak perlulah saya ceritakan kat sini kot tapi sebab utama, ialah saya fikir jika saya post, adakah ia akan merenggut amalan pahala saya. Pahala dahla tak banyak mana, jika ditoreh, lama-lama habis juga. Urm.. "macam ustazah" la pulak kan. Pernah rakan facebook saya berkata begitu pada saya. Ada juga yang cakap "macam baru dapat hidayah je". Sedih memang sedih, yela.. kita ni pun bukannya baik mana pun. Sebab tu bila nak post benda2 yg bercorak islamik pun jadi segan.

Tapi betul juga apa yang dikata tu. Saya macam baru dapat hidayah. Alhamdulillah.. macam pelik bunyinya kan? Yela, sejak duduk di US ni banyak betul yang saya belajar. Syukur syukur Ya Allah. Allah memberikan saya ilmu dari sisi-Nya di samping ilmu dunia. Moga-mogalah syukur saya bertambah setiap hari dan sentiasa ingat kepada-Nya. Kalau dikira, tak boleh dibilang berapa banyak nikmat yang diberikan pada saya. Bangun pagi, dah ada orang siapkan sarapan, balik kelas tengah hari, lunch dah siap, petang boleh berehat, main-main dengan Alya, riadah bersama family, pergi playground, dan x perlu kecoh2 nk siapkan makan malam. Nak apa lagi kan? Dapat suami yang supportive mcm ni sangat2lah membahagiakan. Alhamdulillah.

Tak lama lagi Comprehensive Exam. Sejak cuti Summer break awal bulan 5 hari tu saya dah mula buat persediaan, setiap hari ke library untuk belajar. Kawan-kawan lain merancang percutian, saya merancang jadual belajar. Kadang-kadang semangat tinggi menggunung, kadang-kadang letih, kadang-kadang bosan, kadang-kadang tak faham. Biasalah, cabaran orang menuntut ilmu.

Sistem pembelajaran di US ni lain sikit. Pelajar PhD akan menghadapi 2 jenis peperiksaan besar, iaitu Qualifying Exam dan Comprehensive Exam. Qualifying exam menentukan kita layak atau tidak menjadi pelajar PhD,  dan kalau dalam exam ni tak lepas bermakna silalah balik kampung.  Tapi kita diberi peluang untuk repeat sekali saja. Comprehensive exam pula penentu untuk kita sama ada layak untuk buat research atau tidak. Sama juga, diberi peluang kali kedua jika kali pertama gagal. 

Kalau saya gagal Comprehensive exam ni maka kebarangkalian untuk extend adalah tinggi. Tak mau.. tak mau.. Saya dah rindu nak makan buah durian, rambutan, kuih apam, karipap dan macam-macam lagi makanan Malaysia. Kalau boleh saya nak pass sekali saja dan habis PhD on time. Tak sabar nak buat research dan publish paper. Siapa yang taknak kan? Err.. siapala yang nak ulang balik study benda yang sama untuk peperiksaan kali kedua. Dahla persediaannya memakan masa selama berbulan-bulan. Ini lah peperiksaan paling sukar sepanjang hidup saya.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan-Nya adalah sebaik-baik perancangan.

p/s: Doakan saya lulus ye! terima kasih..

Gambar terbaru semasa melawat seorang kawan di Clemson University




2 comments:

  1. nora,

    Semalam dah tulis komen kat entry atas, 10 kali gagal sbb x matching dgn verfication code, hari ni try lagi...

    takpe nora orang nak kata apapun, ustazah ke, baru dapat hidayah ke...bukan senang nak jadi baik, dan bukan susah nak jadi jahat. Biar apa orang kata, yang penting niat kita. Hanya Allah yang tahu niat kita kan

    Apapun, wish u all the best kat sana. Doakan untuk akak juga di sini. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fizah,

      alala.. ciannye sampai 10 kali gagal.. hehe... i truly appreciate your effort. thanks for the soothing words kak fizah. all the best to you as well. May Allah make it easier for you.

      Delete