Sunday, January 6, 2013

Setokin bulu

Suatu malam ketika seorang isteri diserang demam selsema dan pening-pening lalat keletihan menunggu kepulangan suaminya dari masjid yang tak kunjung tiba. Tiba-tiba..

Suami: Assalammualaikum.
Isteri: Waalaikummussalam.. yeay abang dah balik.. kenapa lambat sangat hari ni bang? Ingatkan kereta rosak ke, abang jumpa kawan ke.. ishh...
Suami: Sorry yang.. lambat sket sebab abang tanya soalan kat imam tadi.
Isteri: Wah, terernya abang.. Imam faham ke soalan abang? hehe.. tanya in person ke public dalam kuliah tadi.
Suami: Ish.. mestila faham. Abang tanya depan semua oranglah..
Isteri: Wah, hebat sungguh. Apa yang abang tanya sampai lambat betul nak habis.
Suami: Abang tanya imam pasal ambil wudhu' dengan menyapu setokin.
Isteri: Eh, abang kan dah tau pasal tu? Siap ajar I lagi..
Suami: Memanglah, saja nak dapat kepastian. Ingatkan jemaah lain dah tau, abang fikir soalan abang ni macam "lame" lah. Rupanya semua tak tau.
Isteri: Aik, takkanlah tak tau.. bukan ke..
Suami: Tau memang tau tapi kaedah diorang ada yang salah. Ada yang bangun pagi, solat subuh, ambik wudhu' macam biasa tapi bila part basuh kaki, brother tu sapu setokin die je.
Isteri: Hmmm... patutnye kena ambil wudhu' yang sempurna dulu kan, basuh kaki betul-betul, pastu terus pakai setokin. Dan bila die nak solat zohor, wudhu' dari step pertama dan bila part kaki, baru boleh sapu setokin atau kasut kan bang?
Suami: Betul sayang. Lagi satu cara sapuannya macam mana?
Isteri: Hari tu abang ajar just sapu hujung setokin dengan air.
Suami: Tadi imam ajar cara yang betul. Sapu setokin dari hujung jari hingga atas buku lali, gerakan ke atas tau.
Isteri: oo.. ye ke. salahlah apa yang I buat selama ni?
Suami:  Takpe, kita masih belajar. Lepas tu, tempohnya pula berapa lama?
Isteri: Entah... ada tempoh tamat juga ea..
Suami: Kita boleh buat sapuan setokin selama 5 waktu sahaja dari wudhu' yang sempurna. Tapi untuk musafir, dibolehkan selama 3 hari. Sebab tu sebelum abang pergi kerja, abang akan ambil wudhu' yang sempurna, pakai setokin dan pastu salam dengan sayang. Untuk solat Zohor dan Asar kat tempat kerja, baru boleh sapu setokin.
Isteri: Oo.. habis tu kalau kita kat rumah tak pergi mana-mana, lepas wudhu' pakai setokin bulu camni boleh tak sapu setokin nanti?
Suami: Boleh.
Isteri: Alhamdulillah.. dapat ilmu baru. Terima kasih bang.
Suami: Sama-sama..

Rujukan formal: http://fikrahhalaqah.com/hukum-sapuan-ke-atas-stokin-ketika-berwuduk-adakah-dibenarkan/

6 comments:

  1. Alhamdulillah. Dpt satu ilmu baru. Sblm ni kak lyn pernah dengar landlord cerita gitu2. Cuma tak dijelaskan secara terperinci. Rsnya Nora nak kena mention kot kenapa dibolehkan buat perkara di atas supaya rakan2 yg lain faham kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak lyn for your comment. Saya baru letak satu link sebagai rujukan rasmi.

      Delete
  2. Nora,

    Sori akak tak tahu emel awak apa, satu lagi jam dah terjual. Boleh bagi emel tak? *sori tulis kat entry ni plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay... Alhamdulillah. emel yg sy selalu buka mohdjami@email.sc.edu.

      Delete
  3. Salam Nora,

    I pun used that method bila solat kat school...Islam itu indah kan...

    ReplyDelete