Friday, February 28, 2014

Kejar akhirat kuasai dunia

Sudah sampai ke masanya kamu membaca Quran secara serius? Sudahkah sampai masanya kamu berhenti meneladani sikap kaum-kaum yang dilaknat dulu apabila kitab (Taurat, Injil) turun kepada mereka? Mereka mempunyai hubungan yang sangat cetek dengan kitab mereka dan langsung tiada gambaran apa isi kitab itu. Mereka tidak peduli. Mereka membaca kitab itu sekadar membaca tanpa wujud apa-apa perasaan. Janganlah kamu mengikut perangai mereka. Dan hati mereka yang keras menjadi semakin keras.

Situasi kita sekarang. Aku demam, surah apa yang perlu aku baca? Anak perempuanku akan berkahwin, surah apa perlu aku suruh DJ untuk mainkannya. Doa apa perlu aku baca dari Quran kalau aku nak cari kerja. Atau adakah Quran diturunkan untuk dijadikan hiasan dalam frame besar dan diletakkan disebelah TV Plasma?  Ini sajakah fungsi Quran kepada kamu? Adakah sebab itu ia diturunkan oleh Allah? Ini benda serius (geleng kepala). Apakah Quran tidak mengubah kamu? Apakah Quran tidak memberimu nasihat? Untuk ubah kamu menjadi lebih baik?

Kita mengagumi kanak-kanak menghafal Al-Quran. Kita celebrate.. Tapi kita tak menangis bila anak itu sudah besar tapi masih tidak memahami apa yang dibaca. Jangan kita bagi 'fake relationship' antara Quran kepada mereka. Quran bukan trofi. Hafal Quran bukan untuk mendapat sanjungan manusia mahupun anugerah.

Quran itu datang untuk ubah hidup kamu. Ingatkan diri sendiri dan anak-anak kamu. Raise your children to be 'carriers' of the Quran. Jangan nanti anak-anak kamu marah kenapa kamu tidak beritahu apa itu Quran sebenarnya kepada mereka. Jangan sampai anak kamu menyalahkan kamu kerana tak beritahu Quran ini adalah benda paling berharga dalam hidup ini. Quran adalah petunjuk bagi semua manusia.

Wahai ahli Quran, jangan malas dengan al-Quran. Isi masa kamu dengan al-Quran, dalam kereta, dalam rumah. Peruntukkan masa untuk baca, dengar, fahami maknanya. Dan sebarkanlah walau satu ayat. Quran mencantikkan pertuturanmu. Bila kamu mula merasai kemanisan Quran, muzik tidak akan ada tempat dalam hati kamu. Muzik akan menjadi tidak relevan kepada kamu. Atas sebab ini kamu akan menjadi orang yang berjaya in sha Allah.

Semoga Allah lindungi kita dari segala fitnah dan mudharat.


[Petikan dari Ustaz Nouman Ali Khan]
http://www.bayyinah.tv/fe/60268-surah-al-hadid-part-2

Wednesday, February 26, 2014

Alya Qistina, sang pencinta al-Quran.

[Versi penuh dari sedutan post di Facebook.]

Mama sangat sibuk. Asyik study je kerjanya. Setiap hari selepas habis sekolah pukul 2:45 pm, papa ambil kite dan lepas tu ambil mama di office.  Kadang-kadang dalam perjalanan ambil mama, kite cakap dengan papa "I don't want to pick up mama". Papa tanya kenapa. Entah, kite tak tau nak jawab apa. Kite rindu mama, tapi..

Lepas papa hantar kitorang ke rumah, papa pergi kerja semula. Kite dan mama pula akan makan tengah hari sambil dengar surah hafalan dari iphone. Alunan surah tu berulang-ulang keluar dari speaker. Kadang-kadang mama bagi tengok kartun kat Ipad semasa makan, kadang-kadang dia tak bagi. Ikut mood dia lah.

Lepas siap makan, mama solat dan memerap dalam bilik study sambung buat kerja. Entah apa dibuatnya kite pun tak faham. Dah lama dah dia buat kerja tu, bila nak siap pun tak taulah. Selalu nampak dia tekan-tekan papan kekunci laptop, kadang-kadang dia conteng kertas, pastu renyuk, conteng lagi dan renyuk lagi. Hish, buat sampah je.

Kite pula tak tau nak buat apa. Mama tak kasi kacau dia. Selalu juga masuk bilik study mama, melangkah pelan-pelan dan tak buat bising sambil ambil kertas putih atas printer lalu bawa keluar. Kite suka melukis. Antara gambar favorite ialah princess, monster, rainbows, tree, flower, triangles, squares dan macam-macam lagilah, lepas tu kite akan warnakannya. Lepas dah warna, kite gunting ikut tepi gambar tu tapi selalu fail sebab terpotong gambarnya sekali. Susahlah.. Dalam pada masa yang sama, surah hafalan dari iphone masih beralun-alun.

Bila tak jadi tu kite akan masuk bilik study mama semula dan ambil kertas lagi. Banyak kali lah keluar masuk bilik tu ambil kertas. Sampai satu saat mama akan cakap, "kenapa ambil banyak-banyak kertas ni. Habislah kertas mama. Kan banyak lagi ruang kosong tu, membazir je."

(Hmmm.. kite tak suka lah banyak-banyak gambar dalam satu kertas.)

Tapi mama tak marah pun. Dia bagi je ambil kertas tu sebenarnya. Eh, bukan nak cerita pasal ini sebenarnya. Ceritanya,

Pasal mama sibuk. Hari minggu pun, dah tak macam dulu. Mama masih buat kerja. Bosanlah. Katanya nak siapkan kerja sebab dah rindu nak balik Malaysia nak jumpa atuk, nenek, uncles, aunties, dan anak-anak sedara dia. Selalu dia sebut nama Putri, Lica, Ainnur, dan terbaru ni Imran. Malaysia tu kat mana ntah kite pun tak tau. Pening arr.. Yang kite tau South ko'alaina je.

Tapi kite ada rahsia macam mana nak tarik perhatian mama untuk spend masa dengan kite. Kite akan baca surah hafalan depan dia 10 kali. Bukan satu kali, 10 kali uols. Mama punya standard, tak cukup satu kali sebab bacaan kite banyak salah. Jadi 10 kali itu lebih cepat ingat katanya. Bila kite habis baca, keluar ayat mama yang biasa. "Pandainya dia, what do you want, Alya?" Selalu kite jawab kite  nak coklat ferrero rocher, tapi kali ini lain, kite jawab,

"I want to play with you.."

Kerana mama tidak akan menolak permintaan kite kalau kite menghafal quran. Sekarang kite dah hafal 18 surah dalam Juz Amma. Alhamdulillah..

Friday, February 21, 2014

Keletah anak

Alya, what is sejuk?  - sejuk is cold

What is bantal? - bantal is pillow

What is baju? - baju is dress

How about seluar? - seluar is pants

What is kasut? - kasut is shoes

What is gigit? - gigit is bite

What is cubit? - cubit is hurt.








Monday, February 17, 2014

Focus and enjoy writing

Hi friends..

Just a quick post to share what I had. I love sharing sebab selama ni kalau saya share something kat orang, automatically orang tu atau orang lain pun akan share benda-benda yang berfaedah untuk saya. Hidup untuk memberi. In sya Allah..

Number 1. 
I found a good way to help me focus while writing my thesis, reading papers or studying. Kadang-kadang bila kita dah set, ok pada pukul sekian ni aku nak mula writing atau mula study. Bila dah tiba waktunya, kita pun duduk, on laptop dan otak mula menerawang fikir nak buat apa ni. Kadang-kadang check emails dulu, facebooks atau check blogs. Lepas tu apa.. masih lagi warm up, klik sana, klik sini. Susahnya la nak start engine padahal kerja menimbun. Apa yang saya buat ialah dengan mendengar alunan muzik piano yang santai, rasa macam kat tepi pantai je uols. Mungkin juga saya ni seorang yang jenis audio, suka mendengar yang indah-indah dan suka jugak buat video sebenarnya. Tapi sebab tak banyak masa, hobi buat video tu letak tepi dulu. hehe.. Ok,  ni antara favorite playlist muzik saya

http://www.youtube.com/watch?v=SZqiKKMMaU0&list=PLB2D8CF5B5F140AB1




Number 2.
Oleh kerana saya sekarang berada di fasa menulis dan draft saya asyik ditendang banyak kali oleh "komunis", saya fikir saya perlu bantuan. Chapter 2 dan 3 saya asyik dikomen oleh SV, dia suruh betulkan itu, bila saya dah betulkan dan submit semula dia suruh betulkan yang ini pula, submit lagi dan dia komen suruh make it smooth, tukar subsection ke hadapan, dan banyak lagilah. Setiap kali hantar, setiap kali tu lah kena betulkan. So, setelah banyak kali fikir, akhirnya saya langgan
Grammarly.
Grammarly.
Grammarly.


Yes, kena bayar. Memanglah banyak yang free kat internet, tapi saya rasa ini yang terbaik. Orang putih yang makan roti hari-hari pun langgan Grammarly, lagila kita ni yang makan tempe. hakhak.. Benda ni bukan saja boleh check grammar, malah dia bagi suggestion dan huraian kenapa ayat tu tak berapa sesuai. Dan lagi, ia juga boleh check plagiarism sekali. Baru dua hari pakai, dan saya rasa lebih konfiden menulis dan yang bestnya dapat mengurangkan stress. Menulis sambil dengar alunan piano yang best memang feeling habis.



Thats' it. I hope these are beneficial for you too. 

Friday, February 7, 2014

Nafas terakhir

Di sekelilingku,
Aku mendengar tangisan,
Ya Allah, ya Allah,
Aku tak boleh melihat.

Di sekelilingku,
Aku mendengar tangisan,
Teresak-esak, tersedu-sedan, keluh-kesah tiada harapan,
Aku mendengar tapak kaki meninggalkanku pergi perlahan-lahan,
dan barulah ku tahu,
Rohku sudah melayang.

Angin sejuk,
Mula meniup rohku, dari kepala ke kaki,
dan kemudian nafas terakhir melepasi bibirku,
Tiba masanya untuk pergi,
dan aku harus pergi.

Jadi betullah, tapi dah terlambat,
Mereka kata: Setiap roh diberi tarikh tersendiri
Bila ia mesti pergi meninggalkan jasad
dan bertemu dengan takdir sebenarnya.

Dengar betul-betul apa yang aku katakan,
Siapa tahu, esok mungkin hari kau,
Di hujungnya sama ada syurga atau neraka,
Buatlah keputusan sekarang, jangan tangguh.

Marilah abang adikku, mari solat.
Sekarang! Jangan tangguh!

Ya Allah, ya Allah aku tak boleh melihat,
Mataku buta,
Adakah aku masih aku,
Atau rohku sudah jadi debu,
dan aku terpaksa membayar harganya.

Akhirnya kepada tanah kita kembali,
Sesetengah bergembira manakala yang lain terbakar,
Kalaulah aku tahu sebelum ini,
Garisan semakin pendek,
dan datang giliranku.

Dan sekarang di bawah tanah,
Mereka membaringkan aku dengan rekod burukku,
Mereka menangis, tak tahu aku  menangis lagi teruk,
Kerana mereka pulang ke rumah,
Tapi aku bertemu Tuhan.