Sudah sampai ke masanya kamu membaca Quran secara serius? Sudahkah sampai masanya kamu berhenti meneladani sikap kaum-kaum yang dilaknat dulu apabila kitab (Taurat, Injil) turun kepada mereka? Mereka mempunyai hubungan yang sangat cetek dengan kitab mereka dan langsung tiada gambaran apa isi kitab itu. Mereka tidak peduli. Mereka membaca kitab itu sekadar membaca tanpa wujud apa-apa perasaan. Janganlah kamu mengikut perangai mereka. Dan hati mereka yang keras menjadi semakin keras.
Situasi kita sekarang. Aku demam, surah apa yang perlu aku baca? Anak perempuanku akan berkahwin, surah apa perlu aku suruh DJ untuk mainkannya. Doa apa perlu aku baca dari Quran kalau aku nak cari kerja. Atau adakah Quran diturunkan untuk dijadikan hiasan dalam frame besar dan diletakkan disebelah TV Plasma? Ini sajakah fungsi Quran kepada kamu? Adakah sebab itu ia diturunkan oleh Allah? Ini benda serius (geleng kepala). Apakah Quran tidak mengubah kamu? Apakah Quran tidak memberimu nasihat? Untuk ubah kamu menjadi lebih baik?
Kita mengagumi kanak-kanak menghafal Al-Quran. Kita celebrate.. Tapi kita tak menangis bila anak itu sudah besar tapi masih tidak memahami apa yang dibaca. Jangan kita bagi 'fake relationship' antara Quran kepada mereka. Quran bukan trofi. Hafal Quran bukan untuk mendapat sanjungan manusia mahupun anugerah.
Quran itu datang untuk ubah hidup kamu. Ingatkan diri sendiri dan anak-anak kamu. Raise your children to be 'carriers' of the Quran. Jangan nanti anak-anak kamu marah kenapa kamu tidak beritahu apa itu Quran sebenarnya kepada mereka. Jangan sampai anak kamu menyalahkan kamu kerana tak beritahu Quran ini adalah benda paling berharga dalam hidup ini. Quran adalah petunjuk bagi semua manusia.
Wahai ahli Quran, jangan malas dengan al-Quran. Isi masa kamu dengan al-Quran, dalam kereta, dalam rumah. Peruntukkan masa untuk baca, dengar, fahami maknanya. Dan sebarkanlah walau satu ayat. Quran mencantikkan pertuturanmu. Bila kamu mula merasai kemanisan Quran, muzik tidak akan ada tempat dalam hati kamu. Muzik akan menjadi tidak relevan kepada kamu. Atas sebab ini kamu akan menjadi orang yang berjaya in sha Allah.
Semoga Allah lindungi kita dari segala fitnah dan mudharat.
[Petikan dari Ustaz Nouman Ali Khan]
http://www.bayyinah.tv/fe/60268-surah-al-hadid-part-2
No comments:
Post a Comment