Friday, March 28, 2014

Redha siapa?

Hari ini belajar lagi ilmu tentang hakikat sebenar keTuhanan. Alhamdulillah, syukur.. Allah hadirkan orang yang yang suka dan benci terhadap kita supaya kita belajar sesuatu. Allah memperkenalkan diriNya dalam setiap ujian yang dihadapi. Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan? Tetapkan matlamat dan fokus.

Lagu ini ditujukan untuk diri sendiri:


Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Tuhan, kelak kita akan tenang

Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakalanya dia suka kepada kita, sukanya hanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga

Adakala redhanya kepada kita di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa

Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci
Itu soal dia

Yang penting apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-nya adalah balasan
Balasan-nya adalah berkekalan

Carilah keredhaan Tuhan, hati senang.

https://www.youtube.com/watch?v=GxlvqC3KXMY&feature=share



Tuesday, March 25, 2014

Sejarah silam

Assalammualaikum sahabat.

Seorang kawan beritahu tentang satu ceramah sejarah nabi yang sangat bagus. See.. kalau kita share something ngan orang, orang tu pun cepat-cepat nak share dengan kita perkara yang disukainya atau yang bermanfaat kepadanya.

Saya cakap ceramah ni bagus sebab ustaz cerita dari zaman silam jauh ke belakang dari zaman nabi Muhammad. Dimulakan dengan cerita Nabi Ibrahim. Kita agak familiar dengan sirah nabi tapi kejadian penting sebelum tu kita kurang maklum ye tak? Jujurnya, saya belum habis dengar lagi. Baru sampai Disc 3 dalam hati berbisik. Eh, kena buat nota ni. Sebab kronologi peristiwa tu kita kena fahamkan betul-betul. So Disc 1 dan Disc 2 tiada nota lagi hanya dengar sahaja. Jadi jika ada sahabat  yang dengar dan buat nota, minta tolong kirimkan kepada saya. Mungkin nanti kita boleh kumpulkan dan sebarkan kepada orang lain. (dapat sikit pencen kubur in sha Allah)

Ok, ini dia siri ceramah yang saya maksudkan:
Ceramah Sejarah Nabi Ke-1 (Disc 1)
Ceramah Sejarah Nabi ke-1 (Disc 2)
dan seterusnya. Saya baru siapkan nota untuk Ceramah Sejarah Nabi Ke-3 (Disc 1) seperti di bawah.


Rasanya kena dengar cepat-cepat kerana mungkin video-video ini akan dihapuskan dari youtube seperti terjadi kepada video-video islamik yang lain yang boleh mendorong umat Islam bertambah kuat pemahamannya.

Ok, itu saja, sekian.

Wassalam..

Monday, March 3, 2014

Sedang berada di bawah. Tolong tarik saya ke atas.

Kisah tentang tiga orang yang sedang membina sebuah sekolah. Ada seorang pelawat tiba di sekolah tersebut dan bertanya kepada salah seorang pekerja.

"Apa yang tuan sedang bina?"

"Tak nampak ke, saya sedang menyapu simen dan menyusun batu bata."

Lalu pelawat bertanya kepada pekerja kedua soalan yang sama. Dia menjawab:

"Saya sedang membina sebuah sekolah. Tak nampak ke, yang ini bangunan sekolah, ada kolam di sini, ni pejabat, ni bilik darjah dan ini makmal dsb."

Lalu pelawat tadi bertanya kepada pekerja ketiga. Dengan penuh rendah diri dan keyakinan dia mengatakan
"Saya sedang membina sebuah umat."

Tanam dalam diri apa yang kita buat adalah untuk sebuah cita-cita yang besar. Jangan hanya bermain di sekitar kepentingan peribadi. Yakinlah apa yang kita sedang usahakan ini adalah sebuah batu bata dalam sebuah impian yang besar. Sebuah cita-cita yang besar hanya mampu dicapai dengan usaha yang besar.

Dalam menggapai cita-cita itu, sudah pasti kita bertemu dengan halangan dan ujian. Allah memberi kita ujian bukan untuk melemahkan kita. Tetapi untuk menguatkan dan menyempurnakan diri kita sebagai manusia.

Allah akan menguji kita melalui titik-titik kelemahan kita.

[Petikan dari Abdullah Munir, Carleton University, Canada]
http://www.youtube.com/watch?v=2rAeWFL4Tu4


p/s: Sedang berada di bawah. Tolong tarik saya ke atas. ;(