Semalam call mak, mak cakap husband dia tak jadi ikut pergi US. Mak pula baru semalam masuk wad, masuk air sebab demam panas. Ditambah dengan darah tinggi. Sebenarnya, kite plan nak sponsor mak datang sini lawat kami, sebab rindu sangat dengan mak. Mulanya husband dia kata nak ikut, kami pun sukalah sebab ada orang boleh teman mak. Tapi tak jadi pulak. Risau nanti kalau mak terpengsan atas kapal terbang, siapa nak diharapkan. Dahla berejam-rejam dalam plane tu. Mula-mula mak cakap boleh je dia datang sendiri, mak kite seorang yang lasak. Tapi dah demam2 ni, kita yang tak bagi, badan mak bukan macam dulu lagi.
Kite dah apply extend cuma belum dapat keputusan dari diorang lagi. Lulus ke dak? Sekarang ni, situasinya kami homesick. Sangat.. Boleh bertahan 4 tahun je.. Abis dah kena extend ni, guane.. Menyesal tak balik Malaysia tahun lepas. Sekarang ni, tak boleh balik sebab visa expired bulan 8, 2014. Kalau kite balik Malaysia sekarang, memang tak boleh masuk US semula. Kalau tak boleh masuk US macam mana nak siapkan urusan PhD. Tak mudah nak siapkan PhD kalau channel dari Msia. US ni complicated sket. Ramai yang pesan, jangan channel2 ni, kalau boleh setelkan semua.
Allah.. Allah.. satu-satunya tempat bergantung harap. Air mata rindu banyak kali tumpah. Di bahu terasa berat menanggung beban, di hati meronta-ronta nak balik. Ini ujian, semoga kami termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. Kun fayakun.. semuanya tidak mustahil jika Allah menginginkannya. Ya Allah, satukanlah hati kami dalam menghadapi ujian ini dan mudahkanlah urusan kami. Mudahkanlah urusan sahabat-sahabat kami. Berilah kejayaan kepada mereka.
Semoga kami diberi kesempatan bertemu kembali dengan wajah-wajah yang sentiasa menunggu kepulangan kami. Adik bongsu kite cakap "kepulangan yang dinanti".. (kesat air mata). kbai..
Nora,
ReplyDeleteAkak baca dengan hati yang sebak. Moga diberi kekuatan menghadapi segala ujian. Teruskan perjuangan sehingga akhir dan kepulanganmu sesungguhnya memang dinanti
thanks kak fizz atas kata2 semangat dan doa. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin
DeleteSedihnya... dah hampir 4 tahun kan. Dalam saat2 ni tak ada apa yg boleh dibuat selain terus berdoa dan memujuk hati sekurang-kurangnya Nora tak keseorangan kat US sana. InsyaAllah Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.
ReplyDeletep/s: personal question, lama dah ker mak awak ada husband baru ni?
Thanks cik z for your soothing words.
Deletep/s: lebih setahun dah ada bapak baru. hihi
Kak lyn faham apa yg nora rasa sbb kak lyn pon melaluinya. Sebab rindu jugaklah kak lyn sponsor mak ngan abah kak lyn mai uk tapi bila tgk keadaan kesihatan mak ngan abah bila datang sini kekadang terrselit rs menyesal suh depa mai jalan jauh2. Niat di hati nak bg chance kat depa utk berhoney moon but then kak lyn realized keadaan kesihatan depa dah tak seperti masa kak lyn tinggalkan depa ms nak datang uk dulu. Bila tgk kesihatan depa mcm tu rs mcm kalau boleh nak habiskan phd cepat2
ReplyDeletethanks kak lyn. semoga Allah beri kekuatan dan kesembuhan kpd parents kak lyn. sekarang ni selalu fikir masa semakin suntuk, ajal maut di tgn Tuhan. masa bersama mereka tak ternilai harganya, tu yang jadi sedih.. ;(
DeleteYa Allah.. mudahkanlah urusan PhD sahabat-sahabat ku yg sedang berjuang. Berilah mereka kesempatan menebus kembali waktu bersama keluarga tercinta, keluarga yang banyak berkorban, keluarga yang sentiasa menyokong dari awal hingga akhir, keluarga yang mahu melihat mereka berjaya. Jika Engkau pisahkan mereka di dunia ini, kau satukanlah mereka di syurga-Mu Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat kembali.
Salam Nora...
ReplyDeleteSedih mmg baca entry awak yg nie...dapat rasakan apa yg nora rasa....mmg rindu sgt ngan family especially mak, ayah n adik beradik....Akak harap Nora sefamily terus kuat, tabah, sabar dan cekal dengan ujian Allah ini... Semoga semuanya dipermudahkan Nya....
Akak pun xsangka dapat balik aritu...mmg xterpk dan xplan pun untuk balik tapi Allah tu Maha Besar Kuasa Nya...Kami dapat balik melepaskan rindu dan sebagainya tetapi dalam keadaan abah dan ayah yg sakit. Besar sungguh ujian Allah utk kami sefamily. Sedih sgt sebb abah akak xboleh gerak seluruh badan, mata buka tapi xfocus kat akak...akak cuma berharap agar dia dgr apa yg akak ckp....Tapi kami semua bersyukur sgt Allah tunjukkan jalan utk kami balik sebb kami dapat menguruskan kedua-dua jenazah. Paling akak bersyukur sebb akak dapat memberikan bakti terakhir dengan menjaga abah akak dlm keadaan yg mcm tue dan berada dihadapannya ketika dia menghembuskan nafasnya yg terakhir....Allah lah perancang yg paling hebat.....memudahkan segala urusan kita semua......
Now, akak berharap agar kedua ibu kami dapat meneruskan kehidupan ini tanpa org yg mereka sayang dengan tabah dan kuat dan berharap adik adik kami dapat membantu mereka sepanjang kami xder...Semoga Allah memanjangkan umur mereka dan diberikan kesihatan yg baik sehingga perjuangan kami selesai dan balik Malaysia.
Buat Nora sefamily kat US, akak doakan segalanya dipermudahkan Allah dan diberikan kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini..InshaAllah..Amin, Amin, Amin...
kak yanti,
ReplyDeleteMula-mula dengar kisah kak yanti kehilangan org tersyg, hati jadi pilu sgt. Automatik teringat keluarga sendiri. Tapi saya bangga dengan akak sebab akak dapat hadapi dengan tenang dan tak terbawa2 perasaan.
Terima kasih atas doa dan kata semangat. Untuk akak jugak, semoga diberikan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa, dapat habiskan PhD cepat2 dan kita berkumpul semula. eceh!
Buat kakak2ku semua, jika sedih atau teringat pd keluarga tersayang yang sudah tiada dimata, sama2 kita baca kisah Rasul tercinta yg kehilangan insan2 tersayang sejak kecil lg. Sedikit sebanyak byk boleh memberi kekuantan. Teruskan perjuanmu kakak2 semua, masa sy juga pasti tiba nnt. Salam Ramadan. Senyum.
ReplyDeletethanks ilah. good reminder. eh, tak sangka plak ilah baca blog akak. ehehe.. Salam Ramadhan.. :)
ReplyDelete