Tuesday, July 1, 2014

Bila semua orang tanya bila nak balik

Sekarang ni, soalan yang paling ditakuti kalau orang tanya ialah:
"Bila nak balik Malaysia?"
Pang!!.. rasa kat hati ni bagai ditampar-tampar. Camne ek nak cakap. Kite sendiri pun tak tau bila boleh balik sebenarnya. Dah dapat kelulusan extend selama 6 bulan. Kite faham orang yang tanya tu, berharap nak kite balik cepat, kite pun harap benda yang sama, cuma kadang2 kite elakkan dari soalan ni. Hakikatnya, macam yang kite cakap, kite memang nak balik sangat, kalau boleh hari ni jugak, tapi bila ada orang tanya, mcm ada satu tekanan atmosfera di situ.

Macam dululah kot bila dah kawin tapi belum dapat baby, tak suka kalau orang tanya bila nak dapat baby. Sekarang ni pun orang tanya bila Alya nak dapat adik? hmmpph.. soalan macam ni yang berbentuk abstrak dimana jawapannya kita sendiri tak tau, amat sukar dijawab. Semua ni rezeki, kalau Allah nak bagi cepat, dapatlah.. kalau Allah tak bagi lagi, sabar je lah.

Ini rahsia Allah, kita hanya merancang, Dia juga merancang, tetapi yang pastinya perancangan Dia lebih baik dan sangat terbaik untuk kita. Berbaik sangka dengan Allah dan bertenang itu yang terbaik. Pada sesiapa yang bertanya, doakan saja diriku ini agar diberi kemudahan dalam semua urusan. Terima kasih juga kerana bertanya, mungkin tekanan atmosfera tersebut menjadikan nilai flux lebih tinggi dan kadar halaju kerja kita semakin meningkat. hehe..

Oklah, selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkah. Tahun ke 5 sambut Ramadhan disini, Alhamdulillah atas segala nikmatNya. Sekurang-kurangnya kite berada di tempat yang aman dan tiada sebarang sekatan atau masalah mengamalkan ajaran Islam di sini.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya. Amin..

12 comments:

  1. Selamat berpuasa Nora. Ramai sangat ker yg tanya? Senyum je la. Akk sendiri dah lali dgn soalan bila nak kahwin. Bila, bila dan bila. I dont know the answer myself.
    p/s: Jangan terkejut. Akk pun InsyaAllah extend juga.

    ReplyDelete
  2. Zana, aku mati-mati ingat ko boleh abis on time. Tapi aku tak tanya le ko "bila nak balik" sebab itu soalan cepu emas utk org tgh buat phd :)

    Nora, kak lyn yg blom masuk dua tahun kat sini pon dah ramai yang tanya bila nak balik. Soalan yang adakalanya buat jadi stress bila memikirkan research blom mencapai sasaran :)=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut kan, aku pun terkeju juga ha ha. Just kidding. Baru je apply blm lulus lg.

      Delete
  3. kak zana, ramai jugak la yg tanya. 1 kampung tanya mak kite. haha.. tu tak termasuk kwn2 fb lg. hihi..

    Akak baru apply graduation ye. Betul la.. Phd ni banyak uncertainties kan. Kita byk bermain dgn benda yg x pasti. semoga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru update pasal ni kat blog. Actually ada yg x blh di kongsikan disitu, tapi x pe la nanti blk kuantan kita open tanle la pulak.

      Delete
    2. oret2.. apapun don't let it make u down. jumpa nanti :)

      Delete
  4. kak lyn, aah kan. diorg suka tanya benda cmni. sabar je lah.. at least akak ada husband yg sama2 melaluinya. boleh share ngn die. Semoga akak ditemukan jalan keluar bg stp permasalahan. :)

    ReplyDelete
  5. Nora selamat menunaikan ibadah puasa di perantauan. Semoga ibadah kita diterima olehnya.

    Dan jangan tak tau akak pun kena tanya jugak, tapi soalan sedikit berbeza. Bunyinya begini

    "Bila nak habis?" huwaaa :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah soalan maut. Siape la yg tanya tu yer.

      Delete
    2. pergh.. tu lagi direct punye soalan, menusuk ke lubuk hati paling dalam. sabar ye kak fizz. lagi sikit je tu habislah.. in sha Allah.

      Delete
  6. "Bila nak habis?" ????? Itu soalan nak kena cap merah 5 palang kat pipi. huhuhu.....Giler sensitif persoalan.

    Zana, ko kena remove something dr blog ko. Maybe adds sbb aku punya antivirus prevents dr bukak ko punya blog sbb macam ada harmful content.

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ker nanti ok recheck, tp mcm x der adds kecuali map tu kot.

      Delete