Orang kata, jangan selalu sangat cerita pasal anak kita dengan orang. Bukan semua orang suka. Takut-takut ada yang 'evil eye'. Astagfirullah, cepat-cepat istigfar. Bila 'evil eye' ada, akan timbul rasa jeles di hati orang tu dan mungkin akan membiakkan perasaan hasad dengki and in the end mungkin membahayakan anak kita sendiri. Allahu A'lam. May Allah protect our children from any harms and hellfire.
So, for playsafe hari ni nak cerita sikit, harap tak berlebih. Ada seorang daie pesan, sebelum post apa-apa ucaplah Astagfirullah, ampunkan aku ya Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat, dan tidak menjadikan aku ujub, riak dan takbur yang akan membuatkan amalan ku jadi debu-debu berterbangan yang sia-sia. Bila ada orang likes post kita kat facebook, ucaplah Astagfirullah, ya Allah jagalah hatiku ini. Kerana apa? Kita sememangnya digalakkan menyebarkan kebaikan supaya cas positif itu berjangkit kat orang lain, tapi kadang-kadang syaitan menghasut,
"Eleh ko ni, macamlah baik sangat, macam good-good je.. nanti orang kata ko riak."
Bila kita tak post, ustaz kata itu sebenarnya salah satu riak. Ishk.. pelik, susah nak faham sebab itu mainan hati. Hati cepat berubah-ubah. Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia... Jadi sentiasalah ucap Astagfirullah sebab kita sentiasa adalah seorang pendosa dan tak sunyi dari kesilapan.
Selesai mukadimah. Ok, sekarang kita cerita tajuk kita hari ini: Sharing goals with your spouse.
Telah tertanam cita-cita dalam diri untuk menjadikan anak kite seorang hafizah. Moga-moga ya Allah, dengan izinMu ya Allah.. Mengapa tidak? Alhamdulillah.. Anak kite lahir dalam keluarga yang senang, hidupnya aman, bukan macam kat Gaza, Syria, Burma yang sentiasa diburu oleh musuh-musuh Allah. Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan? Hidup kita ini senang. Inipun kalau kita x ambil kesempatan untuk mendidik anak menghafal al-Quran alangkah ruginya. Anak-anak Syria yang bernasib malang itu pun hafal Quran, apa alasan kita nak beri kepada Allah nanti? apa hujah kita nanti? Sudah tiba kah masanya untuk kita mengkaji al-Quran dari kulit ke kulit? Janganlah kita jadi seperti kaum terdahulu yang sangat cetek hubungannya dengan kitab Allah.
Atas sebab-sebab inilah, kite tekad. Tekad yang bulat dan padu dengan ilham daripada Allah. Allah yang menitipkan perasaan ini kepada kite. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana antara ramai ibu-ibu di dunia, kite di antaranya yang dipilih untuk diberikan kesedaran ini. Tapi, janganlah disangka suami kite pun mempunyai hasrat yang sama pada mulanya.
Ya, dia suka anaknya pandai ngaji. Dia gembira. Tapi sekadar memandang saja. Di peringkat awal, kitelah yang banyak mengajar anak mengenal huruf, menghafal by listening. Pendek kata penglibatan suami sangat sedikit. Kadang-kadang bila diminta untuk ajarkan anak, dia akan tangguh-tangguh. Kadang-kadang kita sebagai ibu, strict sikit contohnya kalau anak nak makan aiskrim, kita bagi tapi ada syarat.
"Cuba ngaji dulu apa yang Alya dah hafal."
Tapi suami banyak kesian. Dia kata tak payahla.. kesian.. makan je aiskrim tu.. hmm.. begitulah. Parents, tak apalah susah2 mengajar ketika anak masih kecil. Nanti dah besar in sha Allah dia tak susahkan kita, malah akan menggembirakan hati kita dengan izin Allah. Yang penting, janganlah keterlaluan sangat sampai anak jadi takut. Lembut tapi tegas.
Satu hari, suami balik dari masjid dan nampak kite menonton siri "Traveler with Quran".
https://www.youtube.com/watch?v=qB7z3rB6ZS4&list=PLokQm4vjvyUafwNl3-P8N_szDL5p22Bl7
Dia pun joinla. Cerita ni memaparkan kisah hafiz/hafizah dari pelbagai negara. Kagum sangat bila nengok budak kecik umur 9, 10 tahun dah hafal quran. Lagi pelik lihat orang buta dan terencat akal pun hafal quran. Orang tua start umur dalam 60 tahun pun hafal quran. Ya Allah, ramainya orang hafal Quran dalam dunia ni. Rasa ketinggalan sangat. Diorang beriye-iye nak dapat ganjaran daripada Allah, syurga itu mahal kan.
Setiap hari waktu sahur, kami tonton siri ini. Lama kelamaan suami pun ada nampak sikit peningkatannya. Nampak semangat dia berkobar-kobar nak jadikan Alya penghafal Quran. Sungguh terharu bila start Ramadan hari tu, setiap hari dia ajar Alya 1 ayat. Dia tulis di blackboard dan ajar Alya satu-satu huruf. Masha Allah.. nak menangis tengok. Alya ni sebelumnya dia belum pandai baca sendiri, hafalan dia selama ni based on listening je. Ramadhan ini merupakan titik permulaan dia mula belajar membaca. Semoga suami dan anak istiqamah. Jauh di sudut hati, kudoakan dua-dua orang ini akan jadi penghafal al-Quran satu hari nanti.
Lihat bagaimana Allah menyusun kehidupan kami. Bermula dari hidup yang ntahpape di Malaysia, huha sana, huha sini, dan terlalu sibuk sehingga takda masa merenung kehidupan ini. Allah jugalah yang menghilhamkan suami untuk duduk bersama menonton siri Traveler with Quran itu. Dalam diam-diam, suami pun bercambah semangatnya. Tak perlu kite terangkan kepada suami tentang cita-cita ini dan bersusah payah mohon peranan daripada dia. Allah maha perancang. Alhamdulillah. semoga kekal hingga lepas Ramadhan. Lepas Ramadahn, ujian lain bakal menanti, kerana syaitan akan dibebaskan. Mohon petunjukMu ya Allah..
No comments:
Post a Comment