Tuesday, July 30, 2013

Feeling perantau sangat!

Setiap hari, lepas sahur dan solat subuh, I akan tidur semula. Pastu, set alarm pukul 8:00 am. Biasanya kalau alarm berbunyi I will turn it off, bermalas-malasan dan topup tidur dalam 10 minit lagi. Tapi hari ini bila nak matikan alarm di phone, ternampak facebook notification "N. S. added a photo of you". Dalam hati, eh photo apa ye, agak-agak hebahan seminar ke atau someone promote tudung raya, baju raya or set kecantian kulit wajah. Swipe je my phone, tadaa.. nampak ni


Eh, itukan.. itukan.. . Terus segar anak mata, tak jadi nak sambung tidur. Yeay alhamdulillah tak sangka keluar gak salam perantauan dari kami di surat khabar Harian Metro. Tak mengharap sangat sebab rasanya mesti ramai perantau2 lain yang hantar kan dan penuh queue. Siap agak raya tahun depan baru dipublish kot. hehe.

22 Ramadhan 1434H

It's a very special feeling. Tanpa berlengah masa, Wechat adik suh die simpan dan framekan keratan akhbar tu. Poyo sgt kan. haha.. Tak lama lepas tu, dapat plak Wechat dari abang.

"Assalammualaikum kakak, kitorang dah tengok dah ko punye salam perantau, mami pun dah nengok.."

Best giler kata ko.Terima kasihlah kepada bekas lecturer I di UTM tu yang sudi snap picture ni. Terharu sangat atas keprihatinan beliau. Pastu mulalah feeling2 perantau abis. haha..

Oklah you all, kepada pembaca blog ini terutamanya kpd rakan-rakan seperjuangan, silent reader atau bukan, saya ucapkan Salam lebaran, ampun maaf dipinta setulus hati jika ada terkasar bahasa tersinggung perasaan, halalkan makan minum, panjang umur kita jumpa lagi, ewah...

Apepun, thanks for reading this entry.

Monday, July 29, 2013

Agar-agar roti

Semalam petang browse internet cari-cari resepi kuih raya until encounter with myresepi page. Alya pun ada sekali, duk sebelah. Exited die ngk gambar-gambar kuih raya. Bila nampak agar-agar yang berwarna-warni,

"Mama, mama.. that's my favorite!"

Ye ye la anak daraku sorang ni. Mama tak pernah buat agar-agar tu sepanjang hidup Alya tiba2 jadi favorite die plak. Bila go through resepi, ala senang je lagipun bahan sume ada kecuali susu cair tinggal setengah tin. But don't worry babeh, boleh tambah susu segar bagi menggantikan kekurangan susu cair tu.

 

---------------------------------------------------------

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air
  • 200 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila 

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

---------------------------------------------------------


Serius menjadi lah resepi ni. Rasa enak, lemak manis dan gebu. Eh, ada ke agar-agar rasa gebu. hihi.. Bawa ke masjid untuk iftar bersama-sama muslimin muslimat yang lain. Diorang suka giler... Sister-sister from egypt, iraq, bangladesh n american siap tanya macam mana nak buat. Boleh repeat ni, hehe :)

 

Tara!! Inilah hasilnya.


Bahagian yang terpotong itu dimakan Alya dengan gembiranya. Banyak tu dia makan.
"Yeay!! my favorite, my favorite.."

Hehe.. mama tersenyum puas.

p/s.  Memecut laju mengkhatamkan quran. Tinggal 10 hari lagik. Mak aih, cepatnya masa berlalu.

Wednesday, July 24, 2013

Pandai ke jahit?

Pandai tu takdela pandai mana tapi bolehla dipakai baju-baju hasil tangan sendiri seperti di bawah:
1. Baju kurung alya

Inilah baju pertama-tama sekali I jahit. Saja pilih warna hijau gelap sebab kalau jahit senget tak nampak sangat. Kalau perhatikan pada kain, tu bukan labuh ye, Alya ni saja je, die perasan jadi princess dengan kain labuh tutup kaki. Maafkan dia sebab tak tau gaya baju kurung yang sebenar. :)

2. my long dress 
Long dress ni dibuat khusus untuk menyambut Ramadhan, dipakai untuk berbuka puasa dan terawih di masjid berdekatan. Sebenarnya masa nak tebuk leher terbesar sikit, so agak cacatlah di situ. Nasib baik pakai tudung you, so tak nampaklah.. hihi..

3. Baju raya alya

Ha ni dari tudung ke kain I jahit sendiri. Part tudung tu tak reti sgt, buat style syria je.. perhatikan kat bahagian atasnya, awning  terlalu lebar kot. tapi takpe boleh adjust lagi. Lepas dah siap ni rasa macam puteri islam pun ada. wakaka... nasibla alya. 

4. Jubah cekak musang suami

Ha.. tang cekak musang tu paling mencabar sekali. Berpeluh-peluh dahi dan berdebar je masa jahit ni sebab takut tersenget. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan dan suami puas hati. Haruslah dia cakap puas hati kalau tak nnti I merajuk taknak jahit baju die lagi. hehe.. Nampak dalam gambar sebelah kanan masih belum berjahit tapi saat blog ni ditulis baju ni sudah siap, part rumah butang je belum study lagi.

Ada jual ke kain ela di US?
Ada tu ada tapi takdelah semeriah macam kat Malaysia. Kat Malaysia ada Jakel, wah tiba2 berangan bestnya kalau dapat shopping kat Jakel. pastu terbayang kain2 kat Tangkak dan Kota Tinggi, pergh.. sabo jela. I beli apparel fabric di Walmart dan kedai kain di sini. Fabric untuk pakaian ni agak susah nak cari sbb org US ni menjahit biasanya utk home decor spt sarung kusyen, langsir, cadar, sarung bantal dsb. Kalau ada apparel fabric pun tak banyak pilihan. Macam baju alya I beli dari ebay je sebab die asik nak pink. Pink pink pink. Boring mak jemah.

kedai kain


Macam mana boleh terjebak dengan dunia jahitan ni?
Well, rata-rata kawan yg amik PhD ni mesti ada hobi tertentu untuk menghilangkan stress. Dulu hobi I memasak dan buat kek (kononnya) tapi sekarang mcm dah tak sebab memasak kan tugas harian bukan hobi. muahaha.. kadang-kadang sampai satu tahap boring giler rasa makanan sendiri. nak jugak ngeteh kat warung sambil makan mee goreng mamak ke, mee bandung ke roti canai ke.. hehe..

Second, sebab pos dari Malaysia ke US sudah mahal maka tak dapatlah nak suruh mak pos baju raya. So, gigihla belajar menjahit baju kurung, mengadap youtube dan blog2 jahitan di kala hujung minggu. Terima kasihla kepada uploaders dan blogger2 berkenaan. Dari suruh mak pos baik derma kat Syria je duit tu kan? Suami pun sokong hobi saya ini. itu yang makin ligat bukan kemain ni.

Third, sebab rasa hobi ni menguntungkan. Upah tailor sekarang kan mahal, pastu bila dah pandai jahit bolehla jahit baju yg kita suka. Lagi2 I kan tinggi, macam nak beli long skirt pun susah. So skrg ni hari2 dapat pakai long skirt g school. wehuu..

Because I love long skirt (Gambar semasa di Washington DC)

Nanti next entry I cerita pasal mesin2 yang terlibat ye. In shaa Allah.. Masa I tak banyak so cerita pun pendek-pendek je dan I malas nak simpan dlm draft lama2. Silap2 berkubur je entry tu without being published. harap maklum.

Thanks for reading :)

Monday, July 22, 2013

Salam para dermawan

Hunger hurts. These first 14 days of Ramadhan we sought Allah's (swt) rahma (mercy) as we experienced the pains of hunger. For many of us, alhamdulillah, the hunger hurts only until iftar (breakfast) time.
But for NEARLY 1 BILLION PEOPLE around the world hunger hurts every day!
Imagine if after 16-hours of fasting you didn't know if you could even secure a date to break your fast on, let alone something nutritious for your children to eat? That's a reality for so many of our brothers and sisters. 
Contohnya di Syria, Ya Allah.. kalau nengok video-video Syria di Youtube sangat sedih. Kejam sungguh puak-puak yang benci Islam ini. Umat Islam sekarang ni dihina, dikeji, dibunuh, diperkosa dan diseksa tanpa belas kasihan sesuka hati. Kanak-kanak Syria hidup dalam ketakutan dan kelaparan sedangkan anak-anak kita hidup gembira dengan pelbagai toys barbies, fisher price, lego dll. Wajarkah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar tangisan anak-anak mujahideen ini? 
Sempena bulan yang mulia ini dimana pahala dilipatgandakan, marilah kita sama-sama membantu our sisters and brothers in need. Korang boleh hulurkan derma ke Islamic Relief Malaysia bagi yang duk Malaysia. Kalau yang duk USA tu boleh derma ke Islamic Relief USA. Islamic Relief UK pun ada gak. Selain itu derma kat  Malaysia Life Line for Syria pun boleh. 
Come on guys, Syria is calling.


Thursday, July 18, 2013

blog makeover

ehem.. ehem.. i made a little transformation and decoration to my blog. meriah tak? meriah tak? macam cik z  komen, lama giler i x update, pastu bila update berderet-deret post. hehe.. well, sebelum2 ni memang hectic giler my life, tak sempat nak update blog, baca blog korang je but bila dah masuk bulan Ramadhan ni bolehla curi-curi masa time lunch hour. Anyhow I'm still busy with my research. don't wanna talk about my research, it's not an interesting story for now. like Dory (a blue fish in Finding Nemo movie) said, "just keep swimming, just keep swimming.."

I chose gambar Niagara Falls for header sebab i dah jatuh hati ngn waterfalls ni. Bulan lepas kami pergi air terjun ni masha Allah, subhanallah, Allahu Akbar mcm nak nangis nengok tau. tak taula nak describe mcm mana perasaan tu. sebak, gembira, terharu semua ada. Runtun hati melihat air yang  jatuh berdebur-debur tu. Betapa betapa maha besarnya kekuasaan Tuhan. Benar, sesungguhnya kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah Ya Rabbi.. kami serahkan jiwa dan raga hanya kpd-Mu. Semoga cinta kpd-Mu bukan cinta palsu.

OK, gambar-gambar ni adalah sedutan dari Facebook i.










Kalau korang dapat pergi ke Niagara Falls suatu hari nanti, benda wajib yang perlu dibuat ialah naik bot. Nanti korang akan dpt blue raincoat mcm dlm gambar ni sbb kalau tak pakai memang basah kuyup ar. Bot ini akan bawa kita dekat dengan jatuhan air tu, masa tu korang akan rasa best bila dihujani air waterfall ni. Sungguh syahdu dan gembira perasaannya. Aritu kitorang kompius, ni air hujan ke waterfall sbb kebetulan waktu tu cuaca mendung mcm nak hujan. Pastu air dia serong-serong sebijik mcm hujan. Rupanya tidak, itu air dari waterfalls saja rupanya.

Best, best! nak pergi lagi, nak pergi lagi.. tapi jauh mak aih.. 12 jam kalau drive straight dari South Carolina ke sini. Nasib baik la masa tu i dpt attend SIAM conference kat philadelphia. Dah alang-alang ke atas tu, singgahler 1 malam kat Niagara Falls. Sangat-sangat berbaloi walaupun letih yang amat.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu.

Tuesday, July 16, 2013

cakap arab, eh?

Waktu terawih, Alya macam biasa mesti akan bawa toy ke masjid. Tiap2 hari pesan kat Alya, kalau nak bawa toy ke masjid, you must share it with your friends ok? She said: OK mom..

Alya ni baik, dengar kata. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak lain yang sebaya dia, dia paling sporting kot. Tak pernah lari2 or jerit2 kacau org tgh solat. Just duduk belakang, main toy or coloring with her friends. Kadang2 bila dah usai solat or in between solat terawih, barulah alya datang ke mama sambil tunjuk hasil seninya. Mama just smile and kiss her. What an adorable daughter I have, alhamdulillah.. 

Semalam dia bawa toy whiteboard kecik yang boleh tulis-tulis tu. Ramaila kawan2 die datang kerumun. Best sgt kot whiteboard tu. haha.. Actually itu bukan toy. Waktu shopping alat tulis mama di Walmart, papa jumpa that cute whiteboard tu and offer to Alya. Mama pun grablah satu utk mama. hihi..

This pinkboard is mine. Isn't that cute?

Alya is willing to share. Dari satu kid ke kid pen tu bertukar tangan dia tak kisah. Bila dah ramai2 tu, mulalah ada yang tak puas hati dan tak sabar. Bendanya satu je pun. Lagipun budak-budak kan. Salah seorang drpnya said to Alya,
"Alya, can I take turn after her?"
Alya said, "yes.."
 Tapi sorang budak arab ni, dengan muka serius cakap
"lak! lak!"
Tu bahasa arab, maksudnya "no! no!".
Kelakar betul.

Masa berlalu, pen masih bertukar-tukar tangan diselang seli dengan
"lak! lak! lak!"
Alya masih cool masa ni. Tapi lama2 dia pun hilang sabar kot. Last-last tak sangka dengar Alya plak yang cakap
"Lak! lak! lak!"
and tak kasi orang main toy die lagi. Time tengah solat pun terdengar suara Alya pula yang asyik berkata "lak lak lak".

Macam ni muka Alya kalau tak puas hati


Mama geli hati dengar alya sebut perkataan tu. Pandai Alya cakap arab. hehe..

Begitulah ceritanya. The end.

Ramadhan gift

Minggu lepas call mak, mak cakap susahnya nak cari kasut. kaki mak besar, saiznya jarang ada kat kedai, kalau ada pun sangatlah tak cantik. Mak sesuai pakai kasut-kasut western saja katanya. kesian mak.
Aku faham maksud tersirat yang cuba disampaikan, hehe.. Lagipun memang dah niat nak bagi something untuk raya ni. Tahun lepas dah bagi Coach handbag untuk mak dan mak mertua. Tahun ini kasutlah ye tak. So, tanpa membuang masa aku pun cakap kat suami suruh call mak die tanya saiz kasut berapa. haruslah.. dah ada 2 mak kan. kalau belikan sorang, lagi sorang tu pun mesti dibelikan jugak.
kedai kasut disini seperti gudang. mcm2 design dan brand ada. Ada clark, nine west, kate preston, dockers dan lain2 lg. u name it.. Mak ckp die saiz 11 or 12. Malaysia punya standard size kan ikut UK. beriyela aku refer guideline utk convert ke saiz US. based on that guideline, kena saiz 11 stgh atau 12.
alya menyorok belakang tiang
sampai lenguh2 betis mencari, tp masih  x jpe saiz tu. ish tak mungkinla. aku ngk american ni lg besar2 n tinggi2 dari mak. bila tanya ke staff, saiz plg besar is 11. la, betul ke guideline tu. kompius i. akhirnya beli gak yg saiz 11 tu. harap2 mak muatlah ye, kalau tak nnti i sedih.
masa nak pos, aku selitkan sekali kad raya buatan sendiri bersama alya. alya belum pandai sgt menulis. baru pandai tulis huruf A L Y A.  so aku pinjam tgn die utk tulis atas kad tu. suke die.. :)
kad raya
siap2 utk pos

Eh, maksu dan atuk dapat jugak? rezeki.. Alhamdulillah..  bye, selamat menjalani ibadah puasa :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan kareem

Well, as many know, sepanjang 3 tahun duk US ni, kitorang tak pernah balik Malaysia. Ramai juga kawan-kawan yang pelik dan tanya kenapa. Kawan-kawan kat US ni kebanyakan akan balik Malaysia at least sekali sepanjang pengajian mereka. The main reason is, yelah tambang flight kan mahal, kalau kami ada duit pun rasa lebih berbaloi kalau buat travelling around US. Banyak lagi tempat kitorang belum pergi, cthnya Grand Canyon, California, Orlanda Florida, Los Angeles, Chicago dll. hihi.. kalau boleh taknaklah melepaskan peluang selagi ada. Tapi tak taula sempat pergi ke tak, semuanya atas izin Allah.

So tahun ini adalah kali ke 4 kami menjalani ibadah berpuasa di sini. Selama 16 jam menahan lapar dan dahaga harapnya amalan kami diterima. Suami dah cakap awal-awal dah, tahun ni kita berbuka di masjid je. Ok gak, bolehla cuti masak. hehe.. tapi tak cuti sangatlah, harus juga masak utk sahur. Suami memang aktif di masjid, dia jadi AJK serve makanan berbuka macam tahun2 sebelum ni. Nak cari pahala lebihla katakan. Aku pula tolong mana2 yg patut, tolong juga serve kurma dan air susu tuk muslimah. Kadang2 kalau dah ramai sgt yg tolong, aku tinggal tolong senyum je la. hihi..

Oleh kerana Niza (another Malaysian in USC) sefamily balik Malaysia for ramadhan and raya, so aku xde gengla kat masjid nu. Pandai2la nak bawak diri. Geng2 terawih aku are sisters from Egypt, Saudi, and Americans. Tapi tak rasa janggal pun, ok je.. Islam itu bersaudara kan?

Semalam berbual la dengan sorang sister from Egypt, comel giler baby die. Geram. Rasa nak cubit2 je. Culture kat sini kalau ada baby kecik, yg kadang2 menangis or get cranky, diorang tetap bawa berterawih di masjid sebab ada satu bilik khas untuk side2 yg ada anak kecik untuk solat. Kira tak mengganggu jemaah lain. Lagipun diorang nak biasakan anak-anak kecik ngn masjid. Bagus sgt tu.

Bual punya bual, aku tanyala die pasal konflik di Egypt sekarang ni. Dia cerita family dia tinggal di city yang betul2 menjadi tempat panas tu. Dan yang paling terkejutnya, dia sefamily adalah anti-Morsi. Ya Allah, kenapalah orang Islam sendiri begini pendiriannya. I don't really understand why. Why? WHY? Tidakkah mereka merasa beruntung mendapat seorang pemimpin yang jiwanya subur dengan al-Quran, tidak menghalalkan penjualan arak di Mesir, dan perundangannya mengikut syariat Islam?

Aku tanya kenapa. Dia jawab Muslim brotherhood jahat, mereka membunuh orang awam. Aku nak tanya lagi soalan kat die tapi azan Isya' sudah berkumandang. So terbantut la soalan aku tu. 

Kesimpulan yang aku nak simpulkan disini ialah kadang2 orang Islam itu sendiri menjadi musuh orang Islam. Semoga kelak akan terbukti jua kebenaran. Salam Ramadhan. Pray for Egypt.

1 Ramadhan



Ni la bilik khas utk sapa yang bawa anak