Wednesday, July 24, 2013

Pandai ke jahit?

Pandai tu takdela pandai mana tapi bolehla dipakai baju-baju hasil tangan sendiri seperti di bawah:
1. Baju kurung alya

Inilah baju pertama-tama sekali I jahit. Saja pilih warna hijau gelap sebab kalau jahit senget tak nampak sangat. Kalau perhatikan pada kain, tu bukan labuh ye, Alya ni saja je, die perasan jadi princess dengan kain labuh tutup kaki. Maafkan dia sebab tak tau gaya baju kurung yang sebenar. :)

2. my long dress 
Long dress ni dibuat khusus untuk menyambut Ramadhan, dipakai untuk berbuka puasa dan terawih di masjid berdekatan. Sebenarnya masa nak tebuk leher terbesar sikit, so agak cacatlah di situ. Nasib baik pakai tudung you, so tak nampaklah.. hihi..

3. Baju raya alya

Ha ni dari tudung ke kain I jahit sendiri. Part tudung tu tak reti sgt, buat style syria je.. perhatikan kat bahagian atasnya, awning  terlalu lebar kot. tapi takpe boleh adjust lagi. Lepas dah siap ni rasa macam puteri islam pun ada. wakaka... nasibla alya. 

4. Jubah cekak musang suami

Ha.. tang cekak musang tu paling mencabar sekali. Berpeluh-peluh dahi dan berdebar je masa jahit ni sebab takut tersenget. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan dan suami puas hati. Haruslah dia cakap puas hati kalau tak nnti I merajuk taknak jahit baju die lagi. hehe.. Nampak dalam gambar sebelah kanan masih belum berjahit tapi saat blog ni ditulis baju ni sudah siap, part rumah butang je belum study lagi.

Ada jual ke kain ela di US?
Ada tu ada tapi takdelah semeriah macam kat Malaysia. Kat Malaysia ada Jakel, wah tiba2 berangan bestnya kalau dapat shopping kat Jakel. pastu terbayang kain2 kat Tangkak dan Kota Tinggi, pergh.. sabo jela. I beli apparel fabric di Walmart dan kedai kain di sini. Fabric untuk pakaian ni agak susah nak cari sbb org US ni menjahit biasanya utk home decor spt sarung kusyen, langsir, cadar, sarung bantal dsb. Kalau ada apparel fabric pun tak banyak pilihan. Macam baju alya I beli dari ebay je sebab die asik nak pink. Pink pink pink. Boring mak jemah.

kedai kain


Macam mana boleh terjebak dengan dunia jahitan ni?
Well, rata-rata kawan yg amik PhD ni mesti ada hobi tertentu untuk menghilangkan stress. Dulu hobi I memasak dan buat kek (kononnya) tapi sekarang mcm dah tak sebab memasak kan tugas harian bukan hobi. muahaha.. kadang-kadang sampai satu tahap boring giler rasa makanan sendiri. nak jugak ngeteh kat warung sambil makan mee goreng mamak ke, mee bandung ke roti canai ke.. hehe..

Second, sebab pos dari Malaysia ke US sudah mahal maka tak dapatlah nak suruh mak pos baju raya. So, gigihla belajar menjahit baju kurung, mengadap youtube dan blog2 jahitan di kala hujung minggu. Terima kasihla kepada uploaders dan blogger2 berkenaan. Dari suruh mak pos baik derma kat Syria je duit tu kan? Suami pun sokong hobi saya ini. itu yang makin ligat bukan kemain ni.

Third, sebab rasa hobi ni menguntungkan. Upah tailor sekarang kan mahal, pastu bila dah pandai jahit bolehla jahit baju yg kita suka. Lagi2 I kan tinggi, macam nak beli long skirt pun susah. So skrg ni hari2 dapat pakai long skirt g school. wehuu..

Because I love long skirt (Gambar semasa di Washington DC)

Nanti next entry I cerita pasal mesin2 yang terlibat ye. In shaa Allah.. Masa I tak banyak so cerita pun pendek-pendek je dan I malas nak simpan dlm draft lama2. Silap2 berkubur je entry tu without being published. harap maklum.

Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment