So tahun ini adalah kali ke 4 kami menjalani ibadah berpuasa di sini. Selama 16 jam menahan lapar dan dahaga harapnya amalan kami diterima. Suami dah cakap awal-awal dah, tahun ni kita berbuka di masjid je. Ok gak, bolehla cuti masak. hehe.. tapi tak cuti sangatlah, harus juga masak utk sahur. Suami memang aktif di masjid, dia jadi AJK serve makanan berbuka macam tahun2 sebelum ni. Nak cari pahala lebihla katakan. Aku pula tolong mana2 yg patut, tolong juga serve kurma dan air susu tuk muslimah. Kadang2 kalau dah ramai sgt yg tolong, aku tinggal tolong senyum je la. hihi..
Oleh kerana Niza (another Malaysian in USC) sefamily balik Malaysia for ramadhan and raya, so aku xde gengla kat masjid nu. Pandai2la nak bawak diri. Geng2 terawih aku are sisters from Egypt, Saudi, and Americans. Tapi tak rasa janggal pun, ok je.. Islam itu bersaudara kan?
Semalam berbual la dengan sorang sister from Egypt, comel giler baby die. Geram. Rasa nak cubit2 je. Culture kat sini kalau ada baby kecik, yg kadang2 menangis or get cranky, diorang tetap bawa berterawih di masjid sebab ada satu bilik khas untuk side2 yg ada anak kecik untuk solat. Kira tak mengganggu jemaah lain. Lagipun diorang nak biasakan anak-anak kecik ngn masjid. Bagus sgt tu.
Bual punya bual, aku tanyala die pasal konflik di Egypt sekarang ni. Dia cerita family dia tinggal di city yang betul2 menjadi tempat panas tu. Dan yang paling terkejutnya, dia sefamily adalah anti-Morsi. Ya Allah, kenapalah orang Islam sendiri begini pendiriannya. I don't really understand why. Why? WHY? Tidakkah mereka merasa beruntung mendapat seorang pemimpin yang jiwanya subur dengan al-Quran, tidak menghalalkan penjualan arak di Mesir, dan perundangannya mengikut syariat Islam?
Aku tanya kenapa. Dia jawab Muslim brotherhood jahat, mereka membunuh orang awam. Aku nak tanya lagi soalan kat die tapi azan Isya' sudah berkumandang. So terbantut la soalan aku tu.
Kesimpulan yang aku nak simpulkan disini ialah kadang2 orang Islam itu sendiri menjadi musuh orang Islam. Semoga kelak akan terbukti jua kebenaran. Salam Ramadhan. Pray for Egypt.
1 Ramadhan |
Ni la bilik khas utk sapa yang bawa anak |
Salam Nora
ReplyDeleteBetul tu, ada peluang pergilah tempat yang masih belum pergi. Nanti kalau pergi, belikan Fridge Magnet satu hehehe
Selamat berpuasa di perantauan! and yes, pray for our brothers and sisters in egypt and syria as well :)
Wslam kak fizah. fridge magnet tu ada utk akak, in shaa Allah.. hehe. selamat berpuasa
DeleteSalam ramadhan juga buat Nora sekeluarga. Serius lama awk tak update sekali update berderet2 pulak. Kalau akk jadi awk pun mungkin akk akan buat perkara yang sama. Yela bukan senang nak datang sana lagi.
ReplyDeleteCerita pasal Egypt, memang sedih la mengenangkan orang islam sendiri menolak kepimpinan ulama penghafaz AlQuran. Hari2 baca updated dan hanya boleh doa dari jauh.
ha. kan? serius lama tak update tibe2 berderet2 pulak post. tulah, sebelum2 ni busy sgt, bila dh masuk bulan puasa blh curi masa lunch time utk update blog. tulah, kawan2 kat US ni la sibuk tnye knp x blk Malaysia. diorang kaya bolehla.. hihi..
DeleteSedih mengenangkan Egypt dan Syria.