Seperti biasa lunch ku ditemani dengan menonton Al-Jazeera English. Satu-satunya siaran berita yang ku dapat tonton sekarang ini. Well, kalau korang penonton setia Al-Jazeera English korang akan perasan sedikit sebanyak berita yang disiarkan berat sebelah. Tentu saja mereka selalu memaparkan cerita yang memberi tanggapan buruk kepada orang Islam. Tak payahla nak pergi jauh ke Al-Jazeera, duk dlm Msia pun banyak disogokkan dengan berita-berita yang tidak betul. Please lah..
Berita hari ni sangat menyedihkan apabila melihat ramai penyokong Morsi ditembak, dibakar malah yang berkerusi roda juga menjadi mangsa. Mengalir air mata, tak dapat ditahan-tahan lagi. Al-Jazeera English claims that pro-Morsi sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas keganasan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Tidak sedikit pun dinyatakan itu angkara militer-militer as-sisi. Nampak tak permainan mereka?
Dulu, Al-Jazeera terkenal dengan ketelusan berita, independent from any kepentingan politik. Tapi bila dah ada Al-Jazeera English, becareful what you listen and watch. Nah, sekarang ni pula ada Al-Jazeera America. Dah dapat agak kan kenapa wujud media-media ini?
Seorang kawan Egyptku, sister Nagla memberitahu Al-Jazeera Mubasher lah yang mereka tonton dan boleh dipercayai. Tapi masalah pula padaku kerana ia menggunakan bahasa Arab sebagai medium komunikasi. How I wish I can understand Arabic. Ya Allah..
Al-Jazeera Mubasher |
Jawabnya,
"Lak.." (Bukan..) tapi saya boleh berfikir mak.
As you know, media-media yang pro-Morsi sudah di shut down setelah berlaku rampasan kuasa itu. Malah pemberita yang memaparkan keburukan Morsi akan dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Betul! Ini dia yang cerita. Katanya lagi,
"I'm crying so hard because of this.."
Sister Nagla, bertudung hijau muda dan berjubah di tengah tu. |
Aku pun nak menangis dengar dia cakap camtu. Beginilah keadaan umat Islam sekarang ini. So, what can we do? Marilah kita sama-sama membaca doa qunut Nazilah dan mendoakan kemenangan kepada umat Islam. Semoga lemah longlai tentera-tentera lawan dan berpecah belah persatuan mereka. Amin Ya Rabb..