Wednesday, December 25, 2013

Komunisme


Hari ni 25 Dec. Semua org di US cuti krismas. Tak ada seketul manusia pun di universiti. Aku sorang je meredah kesejukan berjalan ke office. Musim sejuk kali ni sangat mencabar. Dah 4 tahun kat sini, patutnya dah imun tapi badan seakan-akan makin tak reti nak adapt. Ini tandanya  kerinduan kat Malaysia semakin membuak-buak. Rindu cuacanya yang malar sepanjang tahun. Tak perlu nak risau kalau tak pakai jaket tebal, glove dan sebagainya. Takdenya dada ko sejuk, menggigil dan batuk-batuk.

Ah. Mungkin orang Malaysia jeles dengan cuaca 4 musim di luar negara. Untuk tempoh waktu yang singkat bolehla rasa best tapi kalau berbulan-bulan mcm ni, haih.. tak tahanlah. Tak tahan dengan cuaca ekstrem di sini. Kalau panas, panas yg amat sgt, kalau sejuk, sejuk giler sampai ke tulang. Pegang apa benda pun semua sejuk. Sekarang ni pun aku dah risau bila tiba musim bunga nanti. Debunga2 yang berterbangan tu bahaya ok. Boleh menyebabkan mata ko gatal, hidung berair, dan mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini dikenali sebagai 'pollen allergy'. Aku dah kena tahun lepas. Yang paling merisaukan Alya lah. Selalu waktu begini, berkurung dalam rumah je jalan penyelesaiannya. Yelah, tapi sampai bila pun ko boleh berkurung, mesti kena keluar gak kan pergi office, beli grocery dsb. Tak bersyukur ka? hah.. bukanlah begitu. Sakit itu kan penghapus dosa. Itupun kalau kita ikhlas dan redha. Yup, aku ikhlas, aku redha (In sya Allah) tapi sangat2 tak sabar nak balik Malaysia for good.

Aku patutnya habis PhD bulan 8, 2014. Lapan bulan lagi beb. Aku tanya 'komunis' boleh ke aku grad bulan 8 ni. Kalau you all tak tahu siapa 'komunis' yg aku maksudkan tu, dia adalah SV aku ler. Kenapa aku panggil komunis rasanya aku dah cerita kat entry sebelum2 ni. hehe.. Dia cakap

"If you keep this momentum, you will grad on time."

So sbb dia kata boleh, aku pun buat-buat macam bolehla. Kalau org tanya bila balik, dengan slumber aku cakap tahun depan. Walhal, apa yang berlaku dalam diri aku sebenarnya, hanya aku dan Allah saja yang tahu. Aku hanya bersikap positif dan serahkan pada yang Maha Kuasa.

Kalau dikira logik akal, agak sukar nak abis on time sbb aku tak pernah lagi present apa-apa research aku ni. Poster jauh sekali. Aku pun seakan malu, kata study US tapi 1 habuk pun ko tak present. Adalah present tapi kat department sendiri je. Maksud aku takdelah sampai present kat mana2 conference. Entahla, patutnya 2 tahun courseworks dan 2 tahun lagi research. Tapi sebenarnya, yang org lain tak tahu ialah 3 tahun courseworks, so tinggal baki 1 tahun saja utk research. Kat sini, diorang sgt menekankan subjek dlm kelas. Biar 'power' katanya. Power tak power sgtlah tapi pointer aku 3.74. Buat apa nak kisah pointer kan, aku dah ada kerja, lainlah graduate student lain yg masih terkapai-kapai nak kerja mana lepas ni.

Sebenarnya kan, aku pulun buat research start sem lepas tau. Dan sem depan patutnya nak grad???? biar betul? Sekarang ni dah ada 3 chapters. Lagi 2 chapters n 1 chapter conclusion siap ah. Komunis ckp kalau aku nak publish paper dah boleh, tapi dia akan nengok mana2 yg blh ditambah. Sebab katanya dia taknak just publish paper kat conference mana2 tp mesti ada impak. Lagipun kat sini, publish paper bukan syarat untuk grad. As long as you have qualified thesis, that's enough! Aku pun ok je. Katanya yang penting siapkan thesis dulu, nnti lepas dah grad kita boleh discuss lagi camne nak publish.

So guys, itulah perkembangan aku setakat ni. Perjalanan ini tak mudah. Banyak kali jatuh, nangis, luka, letak ubat baik semula dan happy. Macam tulah kitarannya selama ni. Selalu kena marah dgn komunis sampai nangis2 depan dia walaupun kadang2 bukan silap aku. Nasib baik aku ada Allah tempat mengadu.

Semalam aku seakan jumpa 'dead end' sebab aku tak dapat solve one problem. Aku sorang je guna software tu kat sini. Aku dah email author of that journal mintak tlg dia tunjuk macam mana cara sebenarnya. First email, Alhamdulillah dia reply. Sekarang ni menunggu-menunggu jawapan dia. Ah, mungkin die sedang bergembira merayakan krismas. So tenang, sabar, usaha dan solat.

Oh ye. I wanna share this awesome video. Bagus sgt you alls. "How to get what you want from Allah". Mintalah dengan sesungguh hati, menangislah..






Thanks for reading..


Self note:
"Siapkan tesis cepat-cepat. Tak tahan menghadap komunis lama-lama.."


Wednesday, November 27, 2013

Bila otak kanan mula berbicara

Cerita tentang aku --


Di hati ku lukiskan sebuah impian
Yang aku panggil harapan
Kutentukan sendiri arah serta tujuan
Rela ku tangkis segala cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang karat ini
Demi hasrat yang murni

Aku sangkakan harapan semanis impian
Yang menjadi mimpi-mimpi indah insan
Hakikatnya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Mencari tujuan sebenar kehidupan

Kutemui sumber kekuatan
Rupanya sudah lama aku diperhatikan
Ketenangan menghampiri membuang gundah
Laksana sungai mengalir di taman indah

Jalan ke puncak masih beronak dan berliku
Ku gapai tempat sandaranku
Sedar aku bukan lagi bersendirian
Dialah Yang Maha Mengabulkan Permintaan


-- Nora Jamil, Nov 2013. University of South Carolina.
Inspired by "Hati yang rapuh" Rahimah Rahim.



Monday, November 25, 2013

Random thought

Saat menemui kegagalan tetapi yakin pertolongan Allah itu sangat dekat, adalah sebenar-benar kejayaan. Saat menemui kejayaan tetapi tidak menyedari itu hasil pertolongan daripada Allah, adalah seburuk-buruk kegagalan. Kesimpulannya, kita boleh menjadi orang yang sentiasa berjaya. - Nora Jamil, 2013.



Thursday, September 26, 2013

Let all the ingrediensts boiling on the hot pan

Salam kawan-kawan yang selalui dirindui..

Post kali ni bukan pasal masak-memasak tapi ayat ni:

"Let all the ingrediensts boiling on the hot pan."

kite dengar dari mulut advisor kite lepas weekly individual meeting ngan die. Heh, kalau die suruh masak, kite lagi rela tau tapi maksud dia lainla. Ni bukan ingredients yang mendidih, tapi otak kite yg sedang menggelegak. Sebab semalam banyak sangat keje die bagi kite:

1) fikir cane nak apply Laplace transform utk model kite.
2) tulis report nicely sume yg kite dh paham sepanjang setahun buat research ni.
3) check software ANSYS FLUENT plak, boleh tak kite embed equation kite dlm tu. Sebelum ni guna COMSOL tapi COMSOL tak support equation yg agak complicated ni.
4) baca balik paper Renardy, plot relation between  steady states dan elastic limit.
5) derive convencted derivative dan invariant derivative.

Semua benda ni die nak minggu depan. Rasa macam nak nangis dah. eh, nangis lagi, x boleh ke x nangis. Dia maklum banyak sangat keje yang kite kena buat, tapi dia still push. Kite ni tengah dlm mode lembik kot, kalau ada something additional happened mesti dah teriak kuat-kuat. Tinggal tunggu orang cucuk sikit je. heheh..

Kite rasa advisor kite macam komunis la. Hari tu tgk movie pasal perang antara vietnam ngn US, watak ketua komunis tu sebiji mcm advisor kite. Cara dia buat decision, cara berfikir, cara dia kerahkan orang2 dia, sebijik hokey. Tapi xdela kejam sgt sampai membunuh, karisma diri tu sama. Hari tu kite siap kena marah lagi. Jangan ingat you perempuan you tak boleh kena marah. Sebabya pasal nak run COMSOL kat cluster universiti la. Kite ckp kite tengah tunggu queue, banyak sangat job orang lain tengah beratur, tapi die plak cakap:

"Don't wait! push them! push them!"

dengan muka merah menahan marah. Mak aih.. pastu kan dia terus call technician universiti tapi phone office dia rosak. Lagila die bengang. Kite nak lari je masa tu. In the end dia call guna personal handphone dia, cakap cina dengan technician tu, yelah technician tu pun cina. See.. nampak tak org2 yg hebat kat US ni bukan omputih tapi sebenarnya org dari negara luar yang naikkan nama US contohnya russia dan china. Tengah dok2 dia cakap cina kat phone, tiba2 dia tanya soalan dalam bahasa cina kat kite:

"&&(^%())^W)"

Kite geleng kepala tanda tak paham. Ops.. baru dia sedar student dia yg ni bukan cina, muka je ada sikit2 iras cina. hehe. pastu die pun macam nak tergelak tapi cover. hahaha.. begitulah pengalaman kite bekerja dgn 'komunis'.

Till then.

Tuesday, September 17, 2013

Macam kat China da..

Yesterday we had a weekly Research Seminar for math department specialize in applied and computational math. The presenter was a Dr from China and all the audience were chinese except me. Heh.. My advisor and my collegue were there too.

For the first 30 minutes he talked in English with heavy accent of chinese. I can't hardly understand what he said plus he displayed his full paper on the projector and went through all over it. No slide huh? Nay..

I tell you what, the most active audience is my advisor, he asked a lot of questions and it seems like they were both discussing the matter while other people just being an observer. At first, my advisor asked in English, but then he asked in Chinese to that guy. This was because as I said earlier the guy can't speak English very well to deliver his talk. I think it is ok if he answer questions in his language but no matter what he need to present in English. Believe it or not, in the next 30 minutes I heared Chinese talk only.

It was an awkward moment for me. I think I wasted my time. I was so mad inside and made a promise to myself not to come again to this seminar if the presenter is chinese. Later in the evening I got an email from my advisor arranging my presentation for this seminar in October. Well.. that means I need to break up my promise. I must attend every week so that I can get used to the people there and hopefully I can give my presentation comfortably. Hehe..

p/s: Self-reminder: Don't speak Malay if you have an audience who can't speak Malay.

Thursday, September 12, 2013

Biasalah tu.. cabaran.

Hi, I'm back. I'm facing really hard times now. Crying in my office while calling my husband. This time the reasons are:

1. Matlab kat komputer office tak boleh pakai sebab masalah lesen pebendela. Dah emel ke person in charge tapi masih belum berjawab. Dah pergi ke office dia tapi dia takde. Great!
Alternatif lain: guna komputer di labs, Matlab ok tapi setting username dan password dah bertukar. So, takleh access. Dah tanya juga ke person in charge tapi masih belum berjawab. So, menunggu sampai keluar janggut.

2. Comsol software. Nak run bukan boleh pakai laptop biasa je, very high computation. Sebab tu kena send Comsol job ke cluster universiti. Tapi bukan aku sorang yang guna cluster tu. Kena beratur wei. Selalu tunggu 1 hingga 2 hari tu ok lah, tapi ni dah masuk 7 hari masih dalam queue wait status. Tak ke jam kepala otak ni. Kalau dah run dapat error  kena betulkan coding semula dan send semula job. Pastu tunggu lagi dan begitulah berulang2 kali. Pada aku OK je bab betul2kan coding tu tp yang aku tak tahan ialah masa menunggu.. MASA!

3. Kena pindah office sebab ada lecturer baru masuk. Office baru duk ngan sorang budak lelaki cina. Sangat2 x selesa. Segan ngn dia sbb dia pandai sangat. lagi.. ntah.. aku selalu tanya dia soalan sampai kadang2 aku dapat kesan dia rasa boring dah malas nak jawab. Sedih sgt.. Aku sedar aku sepandai dia.

4. Kena pergi bank tolong uruskan overdraft duit orang. Kalau lambat bank akan charge satu hari $50. Kejam giler, dah tu mana aku ada kereta nak g, lesen pun tadak. Kereta Din bawak g keje. Jumaat bolehla, Din cuti. Kesianla plak org tu kena bayar lebih. Rasa bersalah pulak.

Dah kenapa ngko ni nak mengadu kat blog plak. Ntah.. Biarla.. Harap2 bila tulis ni lapang sikit otak. Sebelum tulis rasa banyak giler bende yang berkecamuk, bila dah tulis.. 4 benda je rupanya. So camne nak settle yek. Erm..

1. Sementara tunggu Matlab tu OK, apekate ko guna Maple dulu untuk produce graph tu. Mana tau Allah nak bagi ko explore Maple plak. Cuba dulu.. nanti bila Matlab dah ok ko boleh compare the results.

2. Pasal Comsol dan Cluster aku x leh buat ape lg kot. Just sabar. Itu je kuncinya.

3. Pasal pindah office tu takyah fikir sgt pasal org. Buat kerja ko. Kalau dah takde tempat minta tolong, tanya je Allah. Baca quran banyak2 supaya diterangkan hati, dibukakan hijab utk ilmu masuk dalam dada.

4. Tak perlu rasa bersalah. Minta maaf dengan org tu sebab kita dah cuba sedaya upaya nak tolong. Allah Maha Tahu!

Selesai sudah sesi pujuk memujuk diri sendiri ni. Now, back to work. 


Wednesday, August 14, 2013

Luahan perasaan

Just a quick post during my lunch our.

Seperti biasa lunch ku ditemani dengan menonton Al-Jazeera English. Satu-satunya siaran berita yang ku dapat tonton sekarang ini. Well, kalau korang penonton setia Al-Jazeera English korang akan perasan sedikit sebanyak berita yang disiarkan berat sebelah. Tentu saja mereka selalu memaparkan cerita yang memberi tanggapan buruk kepada orang Islam. Tak payahla nak pergi jauh ke Al-Jazeera, duk dlm Msia pun banyak disogokkan dengan berita-berita yang tidak betul. Please lah..

Berita hari ni sangat menyedihkan apabila melihat ramai penyokong Morsi ditembak, dibakar malah yang berkerusi roda juga menjadi mangsa. Mengalir air mata, tak dapat ditahan-tahan lagi. Al-Jazeera English claims that pro-Morsi sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas keganasan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Tidak sedikit pun dinyatakan itu angkara  militer-militer as-sisi. Nampak tak permainan mereka?

Dulu, Al-Jazeera terkenal dengan ketelusan berita, independent from any kepentingan politik. Tapi bila dah ada Al-Jazeera English, becareful what you listen and watch. Nah, sekarang ni pula ada Al-Jazeera America. Dah dapat agak kan kenapa wujud media-media ini?

Seorang kawan Egyptku, sister Nagla memberitahu Al-Jazeera Mubasher lah yang mereka tonton dan boleh dipercayai. Tapi masalah pula padaku kerana ia menggunakan bahasa Arab sebagai medium komunikasi. How I wish I can understand Arabic. Ya Allah..

Al-Jazeera Mubasher
Teringat lagi masa bulan puasa ketika kami borak2, sister Nagla sentuh tentang apa yang berlaku di Mesir. Beremosi sungguh ketika dia bercerita tentang keluarganya di Mesir are anti-Morsi. Seriously? Aku dengar pun terkejut dan sedih giler. Dia tak faham kenapa mereka mudah terpengaruh dengan media-media di Mesir yang selalu memburuk-burukkan Morsi. Hari-hari dia telefon keluarganya beritahu tentang propaganda mereka, tapi  hanya sia-sia. In return, mak dia pulak mempersoalkan sama ada dia Ikhwanul Muslimin atau tidak.

Jawabnya,
"Lak.." (Bukan..) tapi saya boleh berfikir mak.

As you know, media-media yang pro-Morsi sudah di shut down setelah berlaku rampasan kuasa itu. Malah pemberita yang memaparkan keburukan Morsi akan dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Betul! Ini dia yang cerita. Katanya lagi,

"I'm crying so hard because of this.."

Sister Nagla, bertudung hijau muda dan berjubah di tengah tu.

Aku pun nak menangis dengar dia cakap camtu. Beginilah keadaan umat Islam sekarang ini. So, what can we do? Marilah kita sama-sama membaca doa qunut Nazilah dan mendoakan kemenangan kepada umat Islam. Semoga lemah longlai tentera-tentera lawan dan berpecah belah persatuan mereka. Amin Ya Rabb..



Sunday, August 11, 2013

Ketagih rendang

Alkisahnya, dek kerana nak menjadikan raya tahun ni lebih enjoyable kami buat open house kecil-kecilan.This is how we turn our sadness into happiness during raya. Kawan melayu pun tadak, so kami jemputlah kawan suami, orang Indonesia dan New York. Diorang tu student USC gak tapi keluarganya tiada di sini. Selain itu aku jemput kawan kamcengku di masjid dan familinya, orang Iraq. Aku sebut dan famili di sini sebab adat menjemput di sini lain sikit. Kalau ko jemput sister tu, maka sister tu je la yang datang tanpa suaminya. Kalau kau jemput suami, nnti si suami tu dtg sorang2. hihi..

Pernah terjadi 2 tahun lepas, we were invited to an open house hosted by an american muslim lady. Kitorang satu family dan satu lagi famili Indonesia pun pergi tanpa ragu-ragu dengan gembiranya. Tapi bila sampai tempat kejadian, kami nampak hanya brothers2 yang ada. Pergi ke dapur pun takde sister2. Aik... Rupanya dia jemput lelaki je. haha.. Nasib baik kitorang ok ngan family tu, so tak jadi hal lah.  

Ok, back to the story, masa open house di rumah kami, aku buat rendang ayam. Diorang cakap sedap giler, diorang cakap bukan aku ok. eheh.. Aku ni jenis bukan pandai masak sgt pun, so kalau ada orang cakap sedap memang kembang semangkuklah. haha.. Nak cerita, kalau aku masak tak sedap pun suami tambah banyak kali, inikan lagi sedap. Lihat saja badannya sudah cukup untuk membuktikan kata-kataku. Lepas itu, semalam iaitu raya ke-3 suami minta dibuatkan rendang lagi. Kali ini rendang daging pula. Haih.. ni yang malas kalau pandai masak ni. (lol just kidding!). Pun menjadi jugak Alhamdulillah..

Kalau nak tahu rahsianya ini dia resepi aku ambil dari myresepi.com. Sedikit tips kepada orang-orang yang tak terer masak macam aku, kalau nak guna resepi dari web ni cari yang orang banyak bagi laporan masakan atau komen sedap. Elakkan mengikut resepi yang takde orang komen langsung. :)

__________________________________________________________

Bahan-bahan 

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit 

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
 __________________________________________________________

Berikut ialah gambar-gambar hasil air tanganku. Poyo je kan. Orang lain lagi terer masak tak kecoh pun. Ngada sangat tau..

Rendang ayam




Rendang daging
Kawan Iraqku, kelakar sgt tau minah ni, suka buat lawak.


Bye.. thanks for reading this entry!

Friday, August 9, 2013

Our painting was sold for USD $25


Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, masjid kami telah mengadakan art auction untuk mengutip duit bagi memeriahkan lagi raya kami di sini. Acara tahunan ini sungguh mengujakan kerana setiap family digalakkan menyumbang sekurang-kurangnya satu art. Tak kisahla kalau ko buta seni, tak pandai lukis ke apa, yang penting cuba dulu dan pasang niat untuk bersedekah. Hasil karya budak-budak juga banyak diketengahkan. Ataupun kita boleh juga menyumbang art2 yg ada di rumah kita. Hasil daripada auction ini akan digunakan untuk menyewa train for kids, jumping house, clowns, gelongsor yang kena masukkan angin tu  (tak tau nama sebenar) dll. Pendek kata, semuanya ditujukan khas untuk kegembiraan anak-anak di hari raya.

Mulanya suami cadangkan supaya alif ba ta alya yang sudah sedia ada ditampal di bilik solat rumah kami dilelong tapi  rasa sayang la pulak, ada sentimental value di situ. Lagipun rasanya Alya masih memerlukannya. Tak ke naya bila tengah lelong2 tu Alya jerit "It's mine! it's mine!!" Biasalah dia tu, barang dia mana orang boleh ambil sesuka hati.

Sudah semestinya aku yang tulis huruf-huruf Hijaiyah yang berwarna warni itu. Nak tahu kenapa ada sentimental values, mari kita zoom..


Haa.. yang Alya conteng2 tu yang membuatkan ia mahal bagi aku. Kenangan tu ketika usianya 2 tahun.

Akhirnya, dapat idea nak lukis seperti gambar di bawah ini. Dulu masa duk Malaysia, kalau painting je mesti nak lukis sawah padi, laut, sungai dan pokok-pokok. Tapi bila dah duk oversea ni (cewah) nak la lain sikit ye tak. So we come out dengan idea padang pasir. Mulanya nak buat hujan di padang pasir sesuai dengan potongan ayat Quran yang cuba kami ketengahkan:

"Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel"
Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dia sebaik-baik pengurus. Al-Imran ayat 173.




Konon-konon nak buat analogi hujan tu adalah simbol pertolongan dari Allah di tengah panasnya padang pasir. Tapi tak pandai nak color hujan tu camna takut jadi comot pulak. Buta seni betul. kui kui kui.. Ayat ni sempena mengingati Syria dan Egypt yang sedang bergolak. Tiadalah yang dapat menolong mereka kecuali pertolongan daripada Allah SWT. Dan juga aku suka ayat ni, bila tengah stress selalu baca, kadang-kadang nangis sendiri. Hihu..

Alya tolong kaler tapi kecoh giler masa painting, akulah yang terjerit-jerit.

"Alya! Alya! please do it nice and slow!"

Alya pun boleh tahan jugak bisingnya,

"Mama, mama let me do it. Lemme do it!! I want blue, I want green.."

Hihi.. what can you expect from a kid right? As long as she is happy, we are happy too.

Seeing people bargaining stuffs  is really exciting and knowing the fact that your art is one of them is much more exciting. Seriously.. Kalau nak nengok videonya boleh lihat di facebook saya.


Alhamdulillah akhirnya art kami yang tak berapa cantik tu terjual dengan harga USD $25 bermakna sebanyak itu jugalah sumbangan kami untuk komuniti di sini. Tidak cukup dengan itu, in return suami pula bid art-art lain. Tiga frame gambar bunga ni berjaya dibida dengan harga USD$10:


Bunga ni pulak erm.. brape ntah ek, lupa..

Dan yang paling best bila suami dapat bid kulit kambing tertera sebahagian surah al-Qalam dengan harga USD $20. Ini kambing bukan sembarang kambing, ia berasal dari Afrika Selatan tau.


Secara keseluruhannya, art yang paling mahal dibida ialah berharga USD 300. Tapi yang tu bukan homemade lah, diorang beli kot. Cara ni bagus untuk kutip fundraising. Korang pun bolehla apply kat tempat korang gak. Cubalah! In shaa Allah dapat kumpul banyak duit.

Ok bye, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Tuesday, July 30, 2013

Feeling perantau sangat!

Setiap hari, lepas sahur dan solat subuh, I akan tidur semula. Pastu, set alarm pukul 8:00 am. Biasanya kalau alarm berbunyi I will turn it off, bermalas-malasan dan topup tidur dalam 10 minit lagi. Tapi hari ini bila nak matikan alarm di phone, ternampak facebook notification "N. S. added a photo of you". Dalam hati, eh photo apa ye, agak-agak hebahan seminar ke atau someone promote tudung raya, baju raya or set kecantian kulit wajah. Swipe je my phone, tadaa.. nampak ni


Eh, itukan.. itukan.. . Terus segar anak mata, tak jadi nak sambung tidur. Yeay alhamdulillah tak sangka keluar gak salam perantauan dari kami di surat khabar Harian Metro. Tak mengharap sangat sebab rasanya mesti ramai perantau2 lain yang hantar kan dan penuh queue. Siap agak raya tahun depan baru dipublish kot. hehe.

22 Ramadhan 1434H

It's a very special feeling. Tanpa berlengah masa, Wechat adik suh die simpan dan framekan keratan akhbar tu. Poyo sgt kan. haha.. Tak lama lepas tu, dapat plak Wechat dari abang.

"Assalammualaikum kakak, kitorang dah tengok dah ko punye salam perantau, mami pun dah nengok.."

Best giler kata ko.Terima kasihlah kepada bekas lecturer I di UTM tu yang sudi snap picture ni. Terharu sangat atas keprihatinan beliau. Pastu mulalah feeling2 perantau abis. haha..

Oklah you all, kepada pembaca blog ini terutamanya kpd rakan-rakan seperjuangan, silent reader atau bukan, saya ucapkan Salam lebaran, ampun maaf dipinta setulus hati jika ada terkasar bahasa tersinggung perasaan, halalkan makan minum, panjang umur kita jumpa lagi, ewah...

Apepun, thanks for reading this entry.

Monday, July 29, 2013

Agar-agar roti

Semalam petang browse internet cari-cari resepi kuih raya until encounter with myresepi page. Alya pun ada sekali, duk sebelah. Exited die ngk gambar-gambar kuih raya. Bila nampak agar-agar yang berwarna-warni,

"Mama, mama.. that's my favorite!"

Ye ye la anak daraku sorang ni. Mama tak pernah buat agar-agar tu sepanjang hidup Alya tiba2 jadi favorite die plak. Bila go through resepi, ala senang je lagipun bahan sume ada kecuali susu cair tinggal setengah tin. But don't worry babeh, boleh tambah susu segar bagi menggantikan kekurangan susu cair tu.

 

---------------------------------------------------------

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air
  • 200 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila 

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

---------------------------------------------------------


Serius menjadi lah resepi ni. Rasa enak, lemak manis dan gebu. Eh, ada ke agar-agar rasa gebu. hihi.. Bawa ke masjid untuk iftar bersama-sama muslimin muslimat yang lain. Diorang suka giler... Sister-sister from egypt, iraq, bangladesh n american siap tanya macam mana nak buat. Boleh repeat ni, hehe :)

 

Tara!! Inilah hasilnya.


Bahagian yang terpotong itu dimakan Alya dengan gembiranya. Banyak tu dia makan.
"Yeay!! my favorite, my favorite.."

Hehe.. mama tersenyum puas.

p/s.  Memecut laju mengkhatamkan quran. Tinggal 10 hari lagik. Mak aih, cepatnya masa berlalu.

Wednesday, July 24, 2013

Pandai ke jahit?

Pandai tu takdela pandai mana tapi bolehla dipakai baju-baju hasil tangan sendiri seperti di bawah:
1. Baju kurung alya

Inilah baju pertama-tama sekali I jahit. Saja pilih warna hijau gelap sebab kalau jahit senget tak nampak sangat. Kalau perhatikan pada kain, tu bukan labuh ye, Alya ni saja je, die perasan jadi princess dengan kain labuh tutup kaki. Maafkan dia sebab tak tau gaya baju kurung yang sebenar. :)

2. my long dress 
Long dress ni dibuat khusus untuk menyambut Ramadhan, dipakai untuk berbuka puasa dan terawih di masjid berdekatan. Sebenarnya masa nak tebuk leher terbesar sikit, so agak cacatlah di situ. Nasib baik pakai tudung you, so tak nampaklah.. hihi..

3. Baju raya alya

Ha ni dari tudung ke kain I jahit sendiri. Part tudung tu tak reti sgt, buat style syria je.. perhatikan kat bahagian atasnya, awning  terlalu lebar kot. tapi takpe boleh adjust lagi. Lepas dah siap ni rasa macam puteri islam pun ada. wakaka... nasibla alya. 

4. Jubah cekak musang suami

Ha.. tang cekak musang tu paling mencabar sekali. Berpeluh-peluh dahi dan berdebar je masa jahit ni sebab takut tersenget. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan dan suami puas hati. Haruslah dia cakap puas hati kalau tak nnti I merajuk taknak jahit baju die lagi. hehe.. Nampak dalam gambar sebelah kanan masih belum berjahit tapi saat blog ni ditulis baju ni sudah siap, part rumah butang je belum study lagi.

Ada jual ke kain ela di US?
Ada tu ada tapi takdelah semeriah macam kat Malaysia. Kat Malaysia ada Jakel, wah tiba2 berangan bestnya kalau dapat shopping kat Jakel. pastu terbayang kain2 kat Tangkak dan Kota Tinggi, pergh.. sabo jela. I beli apparel fabric di Walmart dan kedai kain di sini. Fabric untuk pakaian ni agak susah nak cari sbb org US ni menjahit biasanya utk home decor spt sarung kusyen, langsir, cadar, sarung bantal dsb. Kalau ada apparel fabric pun tak banyak pilihan. Macam baju alya I beli dari ebay je sebab die asik nak pink. Pink pink pink. Boring mak jemah.

kedai kain


Macam mana boleh terjebak dengan dunia jahitan ni?
Well, rata-rata kawan yg amik PhD ni mesti ada hobi tertentu untuk menghilangkan stress. Dulu hobi I memasak dan buat kek (kononnya) tapi sekarang mcm dah tak sebab memasak kan tugas harian bukan hobi. muahaha.. kadang-kadang sampai satu tahap boring giler rasa makanan sendiri. nak jugak ngeteh kat warung sambil makan mee goreng mamak ke, mee bandung ke roti canai ke.. hehe..

Second, sebab pos dari Malaysia ke US sudah mahal maka tak dapatlah nak suruh mak pos baju raya. So, gigihla belajar menjahit baju kurung, mengadap youtube dan blog2 jahitan di kala hujung minggu. Terima kasihla kepada uploaders dan blogger2 berkenaan. Dari suruh mak pos baik derma kat Syria je duit tu kan? Suami pun sokong hobi saya ini. itu yang makin ligat bukan kemain ni.

Third, sebab rasa hobi ni menguntungkan. Upah tailor sekarang kan mahal, pastu bila dah pandai jahit bolehla jahit baju yg kita suka. Lagi2 I kan tinggi, macam nak beli long skirt pun susah. So skrg ni hari2 dapat pakai long skirt g school. wehuu..

Because I love long skirt (Gambar semasa di Washington DC)

Nanti next entry I cerita pasal mesin2 yang terlibat ye. In shaa Allah.. Masa I tak banyak so cerita pun pendek-pendek je dan I malas nak simpan dlm draft lama2. Silap2 berkubur je entry tu without being published. harap maklum.

Thanks for reading :)

Monday, July 22, 2013

Salam para dermawan

Hunger hurts. These first 14 days of Ramadhan we sought Allah's (swt) rahma (mercy) as we experienced the pains of hunger. For many of us, alhamdulillah, the hunger hurts only until iftar (breakfast) time.
But for NEARLY 1 BILLION PEOPLE around the world hunger hurts every day!
Imagine if after 16-hours of fasting you didn't know if you could even secure a date to break your fast on, let alone something nutritious for your children to eat? That's a reality for so many of our brothers and sisters. 
Contohnya di Syria, Ya Allah.. kalau nengok video-video Syria di Youtube sangat sedih. Kejam sungguh puak-puak yang benci Islam ini. Umat Islam sekarang ni dihina, dikeji, dibunuh, diperkosa dan diseksa tanpa belas kasihan sesuka hati. Kanak-kanak Syria hidup dalam ketakutan dan kelaparan sedangkan anak-anak kita hidup gembira dengan pelbagai toys barbies, fisher price, lego dll. Wajarkah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar tangisan anak-anak mujahideen ini? 
Sempena bulan yang mulia ini dimana pahala dilipatgandakan, marilah kita sama-sama membantu our sisters and brothers in need. Korang boleh hulurkan derma ke Islamic Relief Malaysia bagi yang duk Malaysia. Kalau yang duk USA tu boleh derma ke Islamic Relief USA. Islamic Relief UK pun ada gak. Selain itu derma kat  Malaysia Life Line for Syria pun boleh. 
Come on guys, Syria is calling.


Thursday, July 18, 2013

blog makeover

ehem.. ehem.. i made a little transformation and decoration to my blog. meriah tak? meriah tak? macam cik z  komen, lama giler i x update, pastu bila update berderet-deret post. hehe.. well, sebelum2 ni memang hectic giler my life, tak sempat nak update blog, baca blog korang je but bila dah masuk bulan Ramadhan ni bolehla curi-curi masa time lunch hour. Anyhow I'm still busy with my research. don't wanna talk about my research, it's not an interesting story for now. like Dory (a blue fish in Finding Nemo movie) said, "just keep swimming, just keep swimming.."

I chose gambar Niagara Falls for header sebab i dah jatuh hati ngn waterfalls ni. Bulan lepas kami pergi air terjun ni masha Allah, subhanallah, Allahu Akbar mcm nak nangis nengok tau. tak taula nak describe mcm mana perasaan tu. sebak, gembira, terharu semua ada. Runtun hati melihat air yang  jatuh berdebur-debur tu. Betapa betapa maha besarnya kekuasaan Tuhan. Benar, sesungguhnya kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah Ya Rabbi.. kami serahkan jiwa dan raga hanya kpd-Mu. Semoga cinta kpd-Mu bukan cinta palsu.

OK, gambar-gambar ni adalah sedutan dari Facebook i.










Kalau korang dapat pergi ke Niagara Falls suatu hari nanti, benda wajib yang perlu dibuat ialah naik bot. Nanti korang akan dpt blue raincoat mcm dlm gambar ni sbb kalau tak pakai memang basah kuyup ar. Bot ini akan bawa kita dekat dengan jatuhan air tu, masa tu korang akan rasa best bila dihujani air waterfall ni. Sungguh syahdu dan gembira perasaannya. Aritu kitorang kompius, ni air hujan ke waterfall sbb kebetulan waktu tu cuaca mendung mcm nak hujan. Pastu air dia serong-serong sebijik mcm hujan. Rupanya tidak, itu air dari waterfalls saja rupanya.

Best, best! nak pergi lagi, nak pergi lagi.. tapi jauh mak aih.. 12 jam kalau drive straight dari South Carolina ke sini. Nasib baik la masa tu i dpt attend SIAM conference kat philadelphia. Dah alang-alang ke atas tu, singgahler 1 malam kat Niagara Falls. Sangat-sangat berbaloi walaupun letih yang amat.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu.

Tuesday, July 16, 2013

cakap arab, eh?

Waktu terawih, Alya macam biasa mesti akan bawa toy ke masjid. Tiap2 hari pesan kat Alya, kalau nak bawa toy ke masjid, you must share it with your friends ok? She said: OK mom..

Alya ni baik, dengar kata. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak lain yang sebaya dia, dia paling sporting kot. Tak pernah lari2 or jerit2 kacau org tgh solat. Just duduk belakang, main toy or coloring with her friends. Kadang2 bila dah usai solat or in between solat terawih, barulah alya datang ke mama sambil tunjuk hasil seninya. Mama just smile and kiss her. What an adorable daughter I have, alhamdulillah.. 

Semalam dia bawa toy whiteboard kecik yang boleh tulis-tulis tu. Ramaila kawan2 die datang kerumun. Best sgt kot whiteboard tu. haha.. Actually itu bukan toy. Waktu shopping alat tulis mama di Walmart, papa jumpa that cute whiteboard tu and offer to Alya. Mama pun grablah satu utk mama. hihi..

This pinkboard is mine. Isn't that cute?

Alya is willing to share. Dari satu kid ke kid pen tu bertukar tangan dia tak kisah. Bila dah ramai2 tu, mulalah ada yang tak puas hati dan tak sabar. Bendanya satu je pun. Lagipun budak-budak kan. Salah seorang drpnya said to Alya,
"Alya, can I take turn after her?"
Alya said, "yes.."
 Tapi sorang budak arab ni, dengan muka serius cakap
"lak! lak!"
Tu bahasa arab, maksudnya "no! no!".
Kelakar betul.

Masa berlalu, pen masih bertukar-tukar tangan diselang seli dengan
"lak! lak! lak!"
Alya masih cool masa ni. Tapi lama2 dia pun hilang sabar kot. Last-last tak sangka dengar Alya plak yang cakap
"Lak! lak! lak!"
and tak kasi orang main toy die lagi. Time tengah solat pun terdengar suara Alya pula yang asyik berkata "lak lak lak".

Macam ni muka Alya kalau tak puas hati


Mama geli hati dengar alya sebut perkataan tu. Pandai Alya cakap arab. hehe..

Begitulah ceritanya. The end.

Ramadhan gift

Minggu lepas call mak, mak cakap susahnya nak cari kasut. kaki mak besar, saiznya jarang ada kat kedai, kalau ada pun sangatlah tak cantik. Mak sesuai pakai kasut-kasut western saja katanya. kesian mak.
Aku faham maksud tersirat yang cuba disampaikan, hehe.. Lagipun memang dah niat nak bagi something untuk raya ni. Tahun lepas dah bagi Coach handbag untuk mak dan mak mertua. Tahun ini kasutlah ye tak. So, tanpa membuang masa aku pun cakap kat suami suruh call mak die tanya saiz kasut berapa. haruslah.. dah ada 2 mak kan. kalau belikan sorang, lagi sorang tu pun mesti dibelikan jugak.
kedai kasut disini seperti gudang. mcm2 design dan brand ada. Ada clark, nine west, kate preston, dockers dan lain2 lg. u name it.. Mak ckp die saiz 11 or 12. Malaysia punya standard size kan ikut UK. beriyela aku refer guideline utk convert ke saiz US. based on that guideline, kena saiz 11 stgh atau 12.
alya menyorok belakang tiang
sampai lenguh2 betis mencari, tp masih  x jpe saiz tu. ish tak mungkinla. aku ngk american ni lg besar2 n tinggi2 dari mak. bila tanya ke staff, saiz plg besar is 11. la, betul ke guideline tu. kompius i. akhirnya beli gak yg saiz 11 tu. harap2 mak muatlah ye, kalau tak nnti i sedih.
masa nak pos, aku selitkan sekali kad raya buatan sendiri bersama alya. alya belum pandai sgt menulis. baru pandai tulis huruf A L Y A.  so aku pinjam tgn die utk tulis atas kad tu. suke die.. :)
kad raya
siap2 utk pos

Eh, maksu dan atuk dapat jugak? rezeki.. Alhamdulillah..  bye, selamat menjalani ibadah puasa :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan kareem

Well, as many know, sepanjang 3 tahun duk US ni, kitorang tak pernah balik Malaysia. Ramai juga kawan-kawan yang pelik dan tanya kenapa. Kawan-kawan kat US ni kebanyakan akan balik Malaysia at least sekali sepanjang pengajian mereka. The main reason is, yelah tambang flight kan mahal, kalau kami ada duit pun rasa lebih berbaloi kalau buat travelling around US. Banyak lagi tempat kitorang belum pergi, cthnya Grand Canyon, California, Orlanda Florida, Los Angeles, Chicago dll. hihi.. kalau boleh taknaklah melepaskan peluang selagi ada. Tapi tak taula sempat pergi ke tak, semuanya atas izin Allah.

So tahun ini adalah kali ke 4 kami menjalani ibadah berpuasa di sini. Selama 16 jam menahan lapar dan dahaga harapnya amalan kami diterima. Suami dah cakap awal-awal dah, tahun ni kita berbuka di masjid je. Ok gak, bolehla cuti masak. hehe.. tapi tak cuti sangatlah, harus juga masak utk sahur. Suami memang aktif di masjid, dia jadi AJK serve makanan berbuka macam tahun2 sebelum ni. Nak cari pahala lebihla katakan. Aku pula tolong mana2 yg patut, tolong juga serve kurma dan air susu tuk muslimah. Kadang2 kalau dah ramai sgt yg tolong, aku tinggal tolong senyum je la. hihi..

Oleh kerana Niza (another Malaysian in USC) sefamily balik Malaysia for ramadhan and raya, so aku xde gengla kat masjid nu. Pandai2la nak bawak diri. Geng2 terawih aku are sisters from Egypt, Saudi, and Americans. Tapi tak rasa janggal pun, ok je.. Islam itu bersaudara kan?

Semalam berbual la dengan sorang sister from Egypt, comel giler baby die. Geram. Rasa nak cubit2 je. Culture kat sini kalau ada baby kecik, yg kadang2 menangis or get cranky, diorang tetap bawa berterawih di masjid sebab ada satu bilik khas untuk side2 yg ada anak kecik untuk solat. Kira tak mengganggu jemaah lain. Lagipun diorang nak biasakan anak-anak kecik ngn masjid. Bagus sgt tu.

Bual punya bual, aku tanyala die pasal konflik di Egypt sekarang ni. Dia cerita family dia tinggal di city yang betul2 menjadi tempat panas tu. Dan yang paling terkejutnya, dia sefamily adalah anti-Morsi. Ya Allah, kenapalah orang Islam sendiri begini pendiriannya. I don't really understand why. Why? WHY? Tidakkah mereka merasa beruntung mendapat seorang pemimpin yang jiwanya subur dengan al-Quran, tidak menghalalkan penjualan arak di Mesir, dan perundangannya mengikut syariat Islam?

Aku tanya kenapa. Dia jawab Muslim brotherhood jahat, mereka membunuh orang awam. Aku nak tanya lagi soalan kat die tapi azan Isya' sudah berkumandang. So terbantut la soalan aku tu. 

Kesimpulan yang aku nak simpulkan disini ialah kadang2 orang Islam itu sendiri menjadi musuh orang Islam. Semoga kelak akan terbukti jua kebenaran. Salam Ramadhan. Pray for Egypt.

1 Ramadhan



Ni la bilik khas utk sapa yang bawa anak
  



Sunday, March 31, 2013

no-cry day

Tuesday, 26 March 2013.


Setiap kali dikejut bangun pagi Alya pasti nangis.

"I don't wanna school!! I wanna sleep! I'm tired!" 

Bergegar rumah dengan tangisan dan amukan Alya yang boleh membuatkan otak jammed sekejap. Nasib baik mak bapaknya penyabar, kalau tak dah lama kena kompang budak tu. kikiki.. Kitorang dah lali tapi kadang kadang kesian jugak. Kecik2 dah tensen kena bangun pagi. Budak-budak zaman dulu rilek je nak bangun pukul berapa, mak tak marah. Tapi takdela pagi sangat, pukul 7 je pun. So, hari ini ada kelainan sikit. Kejut alya dengan penuh kasih sayang, cium-cium pipi dia sambil cakap

"Alya, today is no-cry day ok?" 

Alya dalam mamai2, 

"ha? what?" 

Agaknya alya pun malas nak layan mama die merepek pagi-pagi ni, tidur lagi bagus gamaknya. Lepas tu dukung dia ke bathroom, dudukkan atas potty, gosok gigi dia. Part basuh muka dia paling bengang, dahla ngantuk tiba-tiba kat muka rasa sejuk-sejuk basah. Mulala nak nangis.

"Alya, remember.. today is no-cry day.." 

Sambil menggerakkan jari telunjuk saying

no.. no.. no..

(jari telunjuk pun boleh bercakap you..).

Alya senyap, tak jadi nangis. Dalam hati, wah berkesan jugak taktik aku ni. Then, masa sapu losyen kat badan dia dan pakaikan baju

"Alya, you know what. Kakak putri not cry, Adam not cry, Kakak Aisya not cry, Haris not cry. They always happy. Alya is a happy girl too. Alya not crying.."

Hehe.. semua nama budak-budak kecik yang Alya kenal aku sebut. Kabel mesti cukup kuat beb. Alya pula nampak macam faham je tema yang aku cuba ketengahkan hari ini. Dia dengar je dengan penuh minat bila nama kawan-kawannya disebut.

Waktu sarapan, aku cakap lagi pasal no-cry day. Papa senyum meleret je.. hikhik. Bila tiba waktu pergi ke babysitter, kami bersalaman dan aku sempat bertanya pada Alya,

"Alya, what day is today?"

Alya jawab dengan penuh confident dan semangat.

"Today is crying day!!"

Haha.. kesitu pulak jadinya. Alya.. Alya..





Alya anak solehah. Selalu ikut papa g solat jumaat time mama ada kelas.


Friday, March 22, 2013

dress code

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..


Dress code adalah peraturan atau setting dalam berpakaian. Penentu gaya penampilan. Pilihan warna, material, tebal nipis, panjang pendek, longgar sendat dan yang sewaktu dengannya.

Dulu saya tidak kisah refleksi pakaian saya, yang penting mengikut trend dan apa yang berada banyak di pasaran. Perasaan supaya lebih kurang sama dengan masyarakat sekeliling agar tidak kelihatan janggal itu wujud. Suatu masa dulu: seluar jeans BUM, baju lengan pendek beserta stongan, blous paras punggung, tudung awning sekerat dada, tudung bawal pelbagai warna dan sandal tanpa setokin menyarung tubuh silih berganti. Dalam minda sedar, bentuk kaki, tangan, punggung, bahu dan dada kelihatan. Ya, dalam minda sedar tetapi tiada sedikit pun keinginan untuk berubah. Kenapa?

Saya faham dalil wajibnya menutup aurat sejak di bangku sekolah lama dulu.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)


 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Tetapi rupanya hanya sekadar pengertian tanpa tindakan. Itulah kefahaman tanpa hidayah. Allah sayang saya. Lantas Dia telah memberikan sedikit  hidayah-Nya membuatkan saya terjatuh lalu bangkit mengejarnya. Wallahi, sekarang dress code saya sudah berubah. Tudung mesti tidak jarang, tak menampakkan bentuk dada atau bahu, baju mesti labuh menutupi punggung, dan seluar atau kain mesti longgar menyembunyikan bentuk kaki. Kenapa agaknya kita perlu menutup aurat dengan sempurna? Takpe, biar saya tolong jawabkan.. kerana ia tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya.

Berulang sudah saya katakan, United States mengubah hidup saya 180 darjah dari segi pemikiran, pandangan hidup, penampilan diri, cita-cita dan banyak lagi. Berubah dari paksi kegelapan ke cahaya-Nya. Alhamdulillah.. Itupun atas izin dan kasih sayang Allah.

Tetapi  bukan mudah membeli pakaian yang betul-betul menutup aurat di shopping complex di sini. Kalau ada, agak-agak satu dalam seribu. Rare.. Selalunya beli online saja.

Tudung sericahaya online
Baju Nautica
Seluar Jeans Old Navy
Saya syorkan kepada wanita-wanita muslimah di luar sana, kepada yang suka berseluar, belilah seluar 'wide leg pant' jenama Old Navy. Boleh pilih sama ada jeans atau slack bagi pemakaian kasual dan formal respectively. Dua-dua selesa. Saya beli di ebay saja, yang penting murah dan berbaloi. Untuk baju pula, selain di muslim online shop, juga boleh dapatkan di pasaran terbuka dengan keyword: "long dress". Banyak pilihan. US kan syurga membeli belah (katanya..)

Allahu Akbar.. Post kali ini tak bermakna nak menunjuk saya ni baik sangat dan sempurna imannya, tapi sekurang-kurangnya saya berusaha ke arah itu dan mengajak para pembaca sekali. Dengan izin Allah, semoga saya istiqamah. Amin..


Tudung sericahaya online, baju eastessence.com, long skirt walmart

Selendang ebay, jubah eastessence.com
p/s: Saya sudah, anda bila lagi?

Friday, February 15, 2013

Di penjara waktu

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak menulis tentang penjara dan waktu. Ini tak ada mengena dengan lagu Awie yang tajuknya dipenjara janji tu ye. Nyanyi sikit..

"Hati ku digirisnya lagi, kali ini lebih dalam dan pedih, namun aku sudah berjanji, dia cintaku yang terakhir.."

Dah, dah sikit je.. hehe..

Setiap orang mempunyai 24 jam dalam sehari, tiada yang dapat lebih atau kurang. Jika anda seorang academician dan anda rasa anda bekerja lebih dari 40 jam seminggu, post ini ditujukan khas untuk anda. Ha.. cube korang congak, berapa byk masa korang spend utk kerja atau study atau buat research. Sibuk tak? Penat tak? Lebih teruk lagi, kalau weekend pun kena sambung buat keje. Come on lah.. get a life!

Confession: Aku salah seorang daripadanya, yang sentiasa mengejar dan dikejar waktu. Tapi bersyukur sangat bila tgh blogwalking hari tu, terbaca satu artikel yang sangat berguna utk solve masalah ni. Aku rasa macam dah fokus buat kerja sepanjang minggu, tapi bila in the end of the week tup tup keje tak siap2 gak, so takde pilihan, kena sambung buat masa weekend. Aku tak taulah adakah aku ni jenis yang lembab buat keje atau keje memang banyak. Aku rasa dua-dua kot. hehe.. So, aku tau aku perlu berubah, aku taknak hidupku dibelenggu terus menerus dengan kerja-kerja duniawi ini. cewah.. 

40 jam seminggu itu normal, kiranya hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat hanya diperuntukkan 8 jam sehari sahaja. 8x5=40. Simple math! haha..

Antara faktor penyebab ketidakcukupan waktu ini adalah anda tidak efisien dalam membuat kerja.  Maksudnya ialah anda suka berangan, tidak fokus, kadang-kadang buka facebook, buka blog, online shopping dan sebagainya. Lagi bermasalah jika anda update status facebook sebelum atau semasa membuat kerja. Ini akan membuatkan anda menjeling-jeling komputer anda kerana terpengaruh untuk melihat feedback dari rakan2 anda. poorahh...

Faktor ke-dua ialah anda "overdo". Maksudnya ialah anda memperuntukkan masa yang banyak untuk sesuatu job. Contoh macam kes aku, bila aku ada presentation, aku lah orang paling sibuk sekali dalam dunia. Baca artikel tu berkali-kali, rujuk banyak sumber, sentiasa fikir apa soalan yang bakal ditanya. Punye dasyat penangan presentation ni bagi aku. Yelah, serik dowh dgn kes masa tahun 2 disini. Bukan aku cakap tak elok kalau nak prepare macam tu sekali, tapi perlu seimbang dengan job lain. Kalau tak research ko tak jalan-jalan. SV pun nanti fikir kita tak efisien.

So, cara penyelesaiannya ialah dengan merekod masa anda setiap hari ketika anda memulakan dan menghabiskan kerja. Tulis dari pukul berapa hingga pukul berapa kita buat sesuatu job. Ini tidak termasuk korang rehat, g toilet, borak-borak dan lain-lain. Korang boleh nengok contoh aku kat bawah ni supaya lebih jelas. Aku baru je start minggu ni ok.

Saksikanlah! saksikanlah olehmu..  hasilnya amat memalukan kerana sesungguhnya aku tak achieve pun 8 jam sehari. Purata 5 jam 30 minit je. Ouch.. patutla keje tak siap! Ini bukan sebab masalah LEBIH 40 jam, tapi KURANG beb.. Memang patutla kena kerja di hujung minggu. Padan muko!

Tapi kan sebenarnya minggu ini dah yang terbaik aku rasa. Aku tak main-main, buka facebook dan blog hanya ketika lunch hour saja. Jadi bagaimana untuk cukupkan 8 jam ye? Perlukah aku datang seawal 8 pagi? Ini tidak mungkin kerana aku perlu menyiapkan Alya ke babysitter dan menguruskan sedikit hal rumahtangga. 

Aku harap aku dapat menemui cara untuk memperbaiki rekod peribadi aku di minggu-minggu akan datang. In shaa Allah.. semoga Allah memberi keberkatan waktu kepada kita semua. Amin..

Thursday, February 7, 2013

Religion?

Today we had a research group seminar. The talk was given by one of my SV's PhD student. Currently, he has three PhD students and we are rotating each week about who will give presentation. Nothing much, just presented one research paper, wrote on the whiteboard, showed every mathematical steps on how to derive each equations, and throughout the talk, we can stop him to ask questions. It's informal meeting but the expectation from SV is quite high for the presenter. You must know how to answer each question people ask, lots of eye contact with audience, teach people not teach the board, and be confidence. He will give comments about your style and content. This is just basic requirement. Beyond that, you need to prepare like hell, spend almost your time and energy preparing and focusing onto that.  

Ok, back to the main topic, after we finished the seminar, I stayed back and asked him some questions about my research. Then, he gave me some ideas on how to solve it.  Alhamdulillah, I got a clearer view after that. When I'm about to leave, he asked,

"Do you celebrate this coming Chinese New Year?"

 "No. Why?"

He didn't replied but asked me another question.

"Every muslim in Malaysia is converted, right? What are their religion before that?"

Ha??  I just like.. ha??? I don't know. It's a long long time ago. What is the religion of your grandfather of grandfather of grandfather of.... (the list goes on)?

Simply said, I told him the first man that was created by God, Adam is Islam. He believed in one god i.e. Allah.

"Ok, that is your belief. My sister in law is a muslim but she didn't wear scarf and pray like you. She just didn't eat pork. She is muslim because she inherited Islam from her ancestors coming from the middle east."

I think my SV wants to know about Islam and I'm happy to answer that. He even know that we celebrate Ramadhan's eve. Then, I said,

 "I think if you truly know about Islam, you'll be a greater man than what you are now."

"No, I'm atheist." He smiled.

Aku ternganga sekejap.

"How about your wife and family?"

"My wife celebrate it. She flied back to China yesterday to see her mom."

"Why you are atheist?"

Berani pulak aku tanya.

"Because we were trained like that. When we were small, we play a lot, then when it's time to enter college, we struggled. Everybody want to go to college at that time. We studied mathematics, physics, chemistry in a short time, sleep for 3-4 hours per day and that's it. I cannot see something else. It's all about us, I don't believe anything other than that."

Hmmm.. patutla..

You see, he is the smartest mathematician I've ever known in my entire life. Even he is chinese, he is the leader of many professional organizations in USA, got lots of awards, lots of respects, lots of grants, and lots of money more than an American citizen can earned each month. It's not easy to argue with person like this. I'm not be able spontaneously lay out what surah in Quran  mentioned about bing bang theory,  the light of the moon is a reflected light, shape of the earth is geospherical and etc. since 1400 years ago.

Deep in my heart, actually I have this intention long time before, when I finished my PhD I will give a Quran's translation to him as a gift. May he get the 'nur' to embrace Islam. In shaa Allah..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kepetahan lidah untuk berbicara tentang kebenaran agama-MU. Ampunkanlah hamba-Mu yang lemah ini Ya Rabb..


Sunset at Columbia. Love it! SubhanAllah..

Mental note: Prepare for two presentations next week: (1) Research Group Seminar, (2) PDE Chapter 6, Second-order Elliptic Equations.

Busy... busy.. busy...

Saturday, February 2, 2013

Selepas tahiyat akhir sebelum salam

Kala subuh yang hening dan dingin dengan suhu -5 darjah celcius. Dua heater yang terpasang di dalam rumah tidak dapat mengatasi kesejukan alami. Sepasang suami-isteri dengan berjaket tebal dan berstokin bersembahyang subuh berjemaah. Setelah selesai..


**********************************************************************************
Suami: Sayang, baca tak doa selepas tahiyat akhir sebelum salam?
Isteri  : Tak, abang baca ea? Bestnye.. I tau pasal doa tu, tapi belum hafal betul-betul. (Dalam hati berkata: Ishk, Berpuluh-puluh theorem boleh hafal, takkanlah doa sekerat pun tak boleh).
Suami: Abang baca. Macam ni..



Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal”.

Isteri : Ok, nanti I hafal dan amalkan ye. Terima kasih bang.. 
Suami: (Senyum)
**********************************************************************************



Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah kamu berdoa memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara : Berlindung daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati; serta berlindung daripada kejahatan al-masih ad-dajjal”. (HR Muslim)...

Dalam riwayat lain : “Apabila kamu selesai bertasyahhud, hendaklah memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara, baginda membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal”. (HR al-Bukhari dan Muslim)...


p/s: Qasidah yang tengah 'in' skg ni, I like...


Thursday, January 17, 2013

Doa for study and research

These are the powerful doas for me. Recite it whole-heartedly and feel the aura. Specially dedicated to kak yanti as she requested long time ago. Sorry kak, I forgot!





Tuesday, January 15, 2013

Back-to-school blues

Yesterday was the first day of Spring 2013 semester. Time flies.. I'm now in the 6th semester of my study. I don't know what I'm thinking, I just forgot to buy notebooks for 3 classes I enrolled this semester. umm.. it's like.. hey! what the..!

To my surprise, I had blues on my first day. I don't feel like to go to school, I feel like I'm a small kid who doesn't want to go to school. Even, Alya is better in managing herself when she went to babysitter.

"bang, camne ni, rasa macam taknak g school. dahla lupa beli notebooks semalam masa kita g shopping. tak ingat langsung!"

"kenapa plak?"

"entahla, takut jumpa SV sebab keje yang dia suruh siapkan masa winter break tak siap"

"la.. abis selama ni sayang buat apa, abg ngk hari2 buat keje"

"memanglah, i rasa pun i tak buang masa sgt masa winter break ni tapi keje still tak siap. tau tak, dalam masa 1 jam i boleh karang ayat tak sampai satu perenggan pun. i xde skill menulisla bang. lambat.. bila i baca research paper, i nak tulis statement die guna ayat I sendiri tapi i tak dapat lari dari struktur ayat die. tak tau nak menjadikan ayat tu suara kita sendiri. rasa macam ayat die dah paling perfect, nak ubah tang mana? last2 cari synonym for some words. x best, tu yang jadi lambat."

"yang, sebab tulah org buat PhD bertahun-tahun."

"huh.. nanti kalau terjumpa SV nak cakap ape?"

"rileksla sayang, SV pun x siap keje die gak"

"haha.. lawak"

p/s: he always know how to cheer me up even though he is not an academician guy.